my nuff

Fakta Tentang Anak Ke Dua

Yang ni Ain dapat dari Facebook. Meh kita check kot-kot ada yang kena...

Mereka berdua ni anak kedua dalam adik beradik...


Siapa ANAK KE-2 dalam family meh sini baca fakta ini!!!


ANAK MANJA MAMA GITU !!
sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh mama

ANAK DEGIL teettt !!
Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia aje yg betul.dlm ramai-ramai adik beradik dia aje yg KETEGAQ.kemahuan dia kuat.kalau buat sesuatu sungguh-sungguh.kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan.

TAK PANDAI PUJUK
memang anak no 2 ni dia tak pandai pujuk makwe or pakwe dia. (ciannn)

BERCINTA
dia kalau bercinta, sangat setia.sanggup berkorban. :D

HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang.kalau hitam, hitam lah kalau putih, putih lah.degil tak boleh toleransi.

HATI
Anak no 2 ni juga nampak aje keras.tp hati dia lembut.SATU lagi pe'el dia.dia tak boleh ditegur.

BERDIKARI
Very independent.memang betul.tp kalau terlebih independent pun payah.mudah bergaul.very take care.

ARAHAN
Anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan.dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja ngan orang.

PEMAAF & CARING
tidak dinafikan anak no 2 ni pun pemaaf dan caring.TAPI awas jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham saje lah...

Kesan Kekurangan Air Putih Terhadap Tubuh Badan





Tahukah anda kurang air, bahaya bagi darah dan sel-sel otak? Tahukah anda bahawa pengaruh air terhadap sistem kerja darah dan ginjal adalah sangat besar.

Jika kita mengambil air kurang dari 8 gelas sehari, efek secara keseluruhan memang tidak terasa. Tapi sebagai penyelesaian, tubuh akan menyeimbangkan diri dengan mengambil sumber dari komponen tubuh sendiri, di antaranya dari darah. Kekurangan air bagi darah amat berbahaya bagi tubuh. Sebabnya adalah darah akan menjadi kental dan pekat. Akibatnya, perjalanan darah sebagai alat pengangkutan oksigen dan zat-zat makanan pun akan terganggu.

Darah yang kental tersebut juga akan melewati ginjal yang berfungsi sebagai filter atau alat untuk menyaring racun dari darah. Ginjal memiliki saringan yang sangat halus, sehingga jika terpaksa menyaring darah yang kental maka ginjal harus bekerja lebih ekstra keras. Kemungkinan besar ginjal akan rosak dan juga berkemungkinan besar kelak akan mengalami “cuci darah” atau dalam bahasa medik biasa disebut hemodialisis.

Bagaimana pula dengan otak? Perjalanan darah yang kental tersebut juga akan terhambat ketika melewati otak. Padahal, sel-sel otak paling memerlukan zat-zat makanan dan oksigen yang dibawa oleh darah. Sehingga fungsi sel-sel otak tidak mampu berjalan dengan optimal dan bahkan sel-sel otak akan cepat mati. Kondisi tersebut akan semakin memicu timbulnya masalah strok. Kerana itu jangan sampai kekurangan air!!!

Kesan Kekurangan Air Dalam Badan

Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan :

1. Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek).

2. Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah.

3. Sukar memberi tumpuan terhadap perkara yang dilakukan terutamanya pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak.

4. Tekanan darah menurun.

5. Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurangan menyebabkan mudah rasa mengantuk.

6. Lesu pada waktu siang.

7. Sakit belakang.

8. Dehidrasi.

9. Sakit kepala.

10. Memperlahankan kadar metabolisma badan.

11. Meningkatkan risiko kanser usus, kanser pundi kencing dan kanser payudara.

12. Sendi dan otot mengalami kekeringan cecair.

13. Menyukarkan penyingkiran bahan toksik.

14. Meningkatkan keinginan untuk makan.

15. Darah menjadi lebih pekat .

16. Mudah keliru.

17. Degupan jantung semakin meningkat.

18. Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan.

19. Tubuh akan mengalami dehidrasi. Dehidrasi ini menyebabkan cairan di otak akan menurun, pengangkutan oksigen yang seharusnya mengalir ke otak pun berkurang. Akibatnya, sel-sel otak menjadi tidak aktif dan berkembang.

20. Gangguan fungsi kognitif (kepandaian) otak. Jika kita kekurangan air putih, otak tidak mampu menjalankan fungsi normalnya lagi, terutama fungsi kognitif yang akhirnya membuat kita menjadi senang lupa dan kurang konsentrasi.

21. Mengganggu fungsi ginjal. Ini kerana air sangat penting untuk mencegah penyakit batu karang. Dengan cukupnya air dalam badan, maka komponen pembentukan batu karang menjadi lebih mudah luruh bersama air kencing.

22. Pelbagai gejala ringan dan berat akan timbul. Kekurangan air yang dialami oleh tubuh akan menyebabkan gejala ringan dan sedang seperti lelah, haus, batuk kering, badan panas, sakit kepala, air kencing pekat, denyut nadi cepat, hingga gejala berat seperti halusinasi dan kematian.

23. Mudah terkena infeksi kerana bakteria tidak mampu keluar akibat kurang minum, kita akan mengalami infeksi. Gejalanya seperti suhu badan yang sedikit meningkat, rasa ngilu terutamanya saat akhir buang air kecil, perasaan ingin buang air kecil yang tidak dapat ditahan-tahan, dll.

24. Kulit menjadi kusam. Ini karena kurang minum air menyebabkan aliran darah dalam kapilari di kulit juga tidak maksimal.

Jadi apakah alasan anda untuk tidak menggantikan air manis dengan air putih? Ramai yang tahu bahawa air putih begitu berharga tetapi tak ramai yang memanfaatkannya. Malas untuk sering ke tandas barangkali. Ayuh kita didik anak-anak untuk memanfaatkan sepenuhnya keajaibannya.

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff