my nuff

3 Idiots

Hari Sabtu lepas TV3 tayangkan citer hindi 3 Idiots. Ekceli citer ni dah berpuluh kali Ain tengok. Bila kuar kat TV3 ari tu nak tengok juga. Walau pun ada adegan yang dipotongnya tapi kira oklah sebab adegan yang dipotong tu tak sesuai ditonton umum. Dan yang bestnye selalu Panggung Sabtu 2 hingga 5 petang tapi kali ni dipanjangkan hingga 5.30 petang. Puas hati sehhh dapat tengok citer tu kat tv. Selalu tengok kat laptop je.
3 Idiot ni mengisahkan perjalanan 2 sahabat (Farhan dan Raju) untuk mencari sahabat mereka (Ranchor) yang telah lama menghilangkan diri selepas tamat pengajian mereka di Imperial Collegue Engineering (ICE). Dibantu oleh 'musuh' mereka Chatur (Silencer).
Dalam perjalanan tu Farhan mengimbas kembali bagaimana perkenalan dan persahabatan mereka dengan insan unik yang bernama Ranchordas Shalmadas Chanchad. Ranchor seorang yang suka menongkah arus dan berfikiran luar dari kotak. Selalu cari pasal dengan dengan pengarah kolej tu Dr. Viru Sahastrabuddhe atau Virus tetapi bercinta dengan anak perempuan pengarah tu iaitu  Dr.Pia.
Pelbagai kisah lucu yang mecuit hati dan kisah sedih hingga menitiskan air mata sepanjang 5 tahun mereka belajar di kolej tersebut. Tapi atas perjanjian yang dibuat oleh Ranchor dengan majikannya menyebabkan dia menghilangkan diri pada hari terakhir selepas pentauliahan mereka. Pencarian dua sahabat membongkar rahsia siapa sebenarnya Ranchor.
Pelakon dalam filem ni - Aamir Khan, R.Madhavan, Sharman Joshi, Kareena Kapoor, Boman Irani dll....
Pada peminat hindustan jangan terlepas menonton filem ni. Memang terbaik....

Pesanan Terakhir Seorang Lelaki

BAHAGIAN 28


ATIQAH baru sahaja mahu masuk ke bilik tidur apabila telefonnya berbunyi. Dia merenung jam di dinding. Pukul dua belas malam. Siapa yang rajin menelefonnya malam-malam buta begini? June masih belum pulang. Malam itu malam minggu, June tidak akan pulang selagi waktu tidak beralih ke pagi.

“Iqa, Nik ni. Kaki Nik sakit sangat… Tolong hantar Nik ke klinik sayang.”

Atiqah terkelu. Suara Nik Arif kedengaran seperti sedang menanggung sakit yang teramat.

“Mak cik mana?” Atiqah bertanya.

“Diakan ada jambori pandu puteri. Tolong Iqa, nak jalan pun susah ni.” Sayu suara Nik Arif. Timbul kasihan di hati Atiqah.

“Okeylah… tunggu sekejap, Iqa datang.” Atiqah meletakkan gagang telefon, menukar baju tidurnya lantas memakai tudung. Dia mahu mengambil kunci keretanya tetapi terfikir, tentu Nik Arif tidak mahu naik kereta buruknya.

Ketika dia menolak pintu rumah Hajah Mimah, Nik Arif sedang berbaring di sofa. Dahi lelaki itu berkerut-kerut merenung mukanya.

“Sakit sangat ke?” Atiqah bertanya. Dia melihat kaki kanan Nik Arif yang bengkak. Dipegangnya perlahan-lahan.

“Auw!” Nik Arif menjerit kuat.

Atiqah mengetap bibir.

“Sorry, sorry.” Atiqah mengangkat tangannya. Meminta maaf.

“Gout?” Tanya Atiqah.

Nik Arif merenung Atiqah yang sedang memerhatikan kakinya. Dia bangun perlahan-lahan.

“Tak tahu tapi sakit sangat. Sampai tak boleh angkat. Nik tak boleh drive.”

Atiqah menganggukkan kepalanya.

“Boleh jalan?”

Nik Arif menggeleng.

Atiqah mengeluh. Kalau sudah tidak boleh berjalan memang Nik Arif sudah agak teruk. Dia teringat tentang penyakit gout yang pernah dibacanya. Kaki akan bengkak lebih-lebih lagi bila terpijak benda sejuk seperti simen.

IC dengan purse dah bawa?” Tanya Atiqah lagi.

Nik Arif mengangguk. Dia meletakkan kunci keretanya dalam genggaman tangan Atiqah lantas dengan bersusah payah cuba untuk bangun. Atiqah meletakkan tangan lelaki itu di bahunya. Kalau Nik Arif tidak sakit, mampus dia tidak akan melakukan begitu.

Berpeluh juga dia mahu menghantar Nik arif hingga ke kereta. Dia merasakan lelaki itu begitu berat. Apalah nasib aku, desis Atiqah di dalam hati.

“Gout agaknya ni. Nik makan apa siang tadi?” Tanya Atiqah apabila Nik Arig sudah berada di sebelahnya. Dia terus memandu ke klinik.

“Nik pergi Westport, makan seafood…” Nik Arif berkata perlahan.

Atiqah merenung Nik Arif sekilas.

“Goutlah tu… Selalu ke Nik makan seafood?” Tanya Atiqah.

Nik Arif merenung Atiqah yang tenang memandu. Macam doktor, desis hatinya. Kalau tak fikirkan kakinya yang sakit, mahu sahaja dia memeluk Atiqah dan membelai mesra gadis itu. Bukan mudah mendapat peluang berdua-duaan begini dengan Atiqah.

“Selalu juga… Memang favourite Nik, seafood.”

Nik Arif melihat Atiqah tersenyum.

“Kenapa Iqa senyum? Nik sakit tahu tak!”

Dalam sakit-sakit pun masih nak marah orang, Atiqah merengus. Gadis itu memperlahankan keratanya apabila melihat ada sebuah klinik di hadapannya. Kemudian dia melajukan kereta semula apabila mendapati klinik tersebut bukan klinik dua puluh empat jam.

“Kalau suka sangat makan seafood sekalipun, agak-agaklah sikit. Sekarang bila dah sakit, kan susah. Seafood memang sedap tapi sakitnya pun sedap. Iqa rasa memang Nik kena gout. Lebih sembilan puluh peratus pesakit gout lelaki.” Atiqah menoleh pada Nik Arif yang sudah agak tenang.

“Pandailah Iqa!” Ejek Nik Arif.

Atiqah memberhentikan keretanya di salah sebuah klinik. Dia membukakan pintu untuk Nik Arif dan memapah lelaki itu turun. Tidak ada orang ketika itu lantas Atiqah membawa Nik Arif terus ke dalam bilik rawatan. Doktor memeriksa dengan teliti. Sah! Nik Arif memang menghidap penyakit gout. Doktor memberi satu suntikan untuk menghilangkan sakit kemudian mengambil contoh darah Nik Arif. Doktor India tersebut memberitahu Atiqah supaya menjaga makanan Nik Arif.

Atiqah menahan hati. Doktor tu mesti ingat aku ni isteri Nik Arif, desis hati Atiqah.

“Come next week to collect the result. Tomorrow is Sunday, if on Monday you still in pain, ask your wife to collect your m.c at counter. Just mention your name.” Doktor India tersebut memberitahu.

Nik Arif mengangguk sambil tersenyum-senyum merenung wajah Atiqah yang tegang. Selepas membayar duit ubat, Atiqah memapah Nik Arif ke kereta semula.

“Pandai Iqa teka yang Nik kena gout.” Nik Arif berkata perlahan ketika mereka dalam perjalanan pulang.

“Tanda-tandanya Nik, kaki bengkak macam kaki gajah kalau bukan gout apa lagi? Terlalu banyak uric acid. Dengar tak apa kata doktor tadi. Jangan makan seafood dalam masa sebulan. Internal organ, daging, bunga kopis pun jangan. Nanti mak cik balik Iqa cakap dengan dia. Nik kena makan buah-buahan dan sayur-sayuran aja. Teruk dah tu!” Atiqah berkata serius.

Nik Arif meletakkan telapak tangannya di belakang tangan Atiqah. Dia meramas tangan Atiqah lembut.

“Thanks Doctor Atiqah sebab tolong saya.”

Dengan bersahaja Nik Arif meletakkan tangan Atiqah dimulutnya. Atiqah merasa kurang senang diperlakukan begitu. Sejak kebelakangan ini Nik Arif sudah agak keterlaluan.

“Tugas Iqa kena tolong tapi jangan mengatal pula!” Atiqh berkata seperuh geram.

Nik Arif ketawa. Denyutan di kakinya sudah berkurangan, mungkin kerana suntikan yang diberi oleh doktor sebentar tadi.

“Nik sakit Iqa, Nik nak manja-manja pun takkan tak boleh. Sekurang-kurangnya hilang sakit Nik.” Nik Arif beralasan sambil tersengih. Dibawanya lagi jari Atiqah ke mulutnya.

"Memang Iqa tahu Nik sakit… tapi biasanya orang sakit taklah miang macam Nik.” Atiqah menempelak.

Nik Arif hanya ketawa apabila Atiqah menarik tangannya dengan pantas.

Woman, if you kiss her, you not gentleman, If you don’t, you are not a man. Dari dikatakan bukan lelaki, baik Nik buat.” Nik Arif mengusik.

Lantaklah! Kalau dilayan nanti bertambah teruk pula lelaki itu.

Selepas menghantar Nik Arif nanti, dia mahu tidur. Matanya sudah mengantuk.  Dia menekan brek kecemasan dan menolak Nik Arif yang sudah merangkulnya. Atiqah benar-benar meradang dengan perbuatan Nik Arif yang melampau itu. Panas nafas Nik Arif yang ditampar dimukanya, membuatkan dia terkejut.

NIk Arif mengangkat mukanya apabila terasa pipinya pedih ditampar Atiqah.

“What’s wrong?” Dia bertanya Atiqah yang sudah merah padam wajahnya.

“Nik nak mampus buat tak senonoh macam tu? Kalau Iqa langgar tiang tadi, mampus, macam mana?” Jerkah Atiqah keras.

Nik Arif ketawa. Hidung Atiqah diusik dengan jarinya. Jarinya merayau di muka Atiqah yang masam mencuka. Direnungnya lembut dengan perasaan sayang yang menggila. Sudah lama dia berangan mahu melakukan begitu. Baru malam ini niatnya termakbul. Dia benar-benar puas kerana dapat menikmatinya.

“Tak apalah… mati sama-sama. Satu kubur.” Nik Arif mengusik kemudiannya bila bibirnya melepaskan bibir Atiqah.

Atiqah mengetapkan bibirnya. Kalau tidak difikirkan Nik Arif yang sakit, mahu sahaja ditinggalkan kereta tersebut di situ. Dia mengurut dada. Nafasnya benar-benar sesak dengan kelakuan Nik Arif.

“Kurang ajar!” Getus Atiqah geram.

Nik Arif tahu Atiqah marah namun dia tidak rasa bersalah melakukan begitu.

“Cakaplah apa saja Iqa, asal Iqa puas dan Nik pun puas…” Nik Arif mengusik Atiqah, nakal. Bibirnya merayau-rayau di pipi Atiqah seolah-olah tidak puas dengan apa yang dinikmatinya sebentar tadi.

Atiqah menolak keras muka Nik Arif. Dia menghidupkan semula enjin kereta. Sakit hatinya Tuhan sahaja yang tahu.

“Iqa nak marah-marah ni kenapa? I regret Iqa because I can’t seduce you to bed. Sakit macam ni mana ada ubat!” Nik Arif masih lagi tersenyum.

Geram Atiqah mendengarnya. Mahu sahaja dia menampar Nik Arif sekali lagi.

“Bayangkan kalau Iqa ni lelaki. Pukul dua belas malam perempuan yang Iqa gila-gilakan, ketuk pintu rumah Iqa dan berdiri dengan senyuman seksi. Apa Iqa nak buat?” Gurau Nik Arif.

Atiqah menahan hatinya yang kian dibungai kemarahan. Dia harus bersabar. Sikap miang dan nakal Nik Arif akan dibalasnya bila pemuda itu sudah pulih nanti.

“Bukankan itu yang dinantikan? Shit man! Nik dah gila sekarang Iqa. Tolong!” Nik Arif mengusik lagi.

Muka Atiqah masih lagi tegang.

Sorry Iqa, Nik bukan sengaja. Biasalah lelaki, kurang mampu mengawal diri. Lebih-lebih lagi memang dia berangan-angan mahu melakukan pada seseorang yang dipujanya siang dan malam. Macam Nik juga. Bangun pagi, Nik tengok muka Iqa dekat siling, dekat dinding, dekat bilik dan di mana-mana saja. Iqa buat Nik ya? Bomoh apa yang Iqa pakai ni sampai Nik mengigau nama Iqa?”

Nak mampus agaknya Nik Arif ni, gerutu Atiqah dalam hati.

Come on Iqa, Iqa marah ya?” Nik Arif memujuk apabila melihat Atiqah yang diam. Dalam samar lampu jalan dia dapat melihat wajah Atiqah yang masam mencuka.

“Nik minta maaf Iqa, Nik memang tak sopan tapi Nik tak janji tak akan buat lagi. Kalau Iqa izinkan, Nik nak buat lagi sampai puas.” Nik Arif tersenyum bila melihat Atiqah menjelingnya.

“Nik serius Iqa, Nik sayangkan Iqa. Nik gilakan Iqa sekarang. Nik dah tak kisah dah. Kalau Nik tak kahwin dengan Iqa, Nik rela mati di tali gantung.”

Atiqah memperlahankan kereta apabila sudah sampai ke rumah Hajah Mimah. Dia benar-benar malas mahu melayan Nik Arif. Otaknya letih, begitu juga tubuhnya. Dia sudah tidak sabar lagi mahu pulang dan tidur.

“Nik lapar Iqa, buatkan Nik bubur boleh sayang?” Pinta Nik Arif apabila Atiqah memapahnya masuk ke dalam rumah. Sempat juga dia menyentuh pipi Atiqah dengan bibirnya.

Atiqah hanya mengeluh. Nik Arif memang sudah melampau. Dia mahu sahaja meninggalkan Nik Arif tetapi melihat Nik Arif yang merenungnya penuh mengharap, dibuatnya juga.

“Cakaplah dengan Nik, Iqa.” Nik Arif terus memujuk Atiqah.

“Dari cakap dengan orang gila, baik diam.”

Nik Arif ketawa besar mendengar kata-kata Atiqah.

“Sampai hati Iqa cakap Nik orang gila. Iqa tak sayang Nik ya?” Dengan susah payah dia menghampiri Atiqah yang sedang mengacau bubur di dapur. Tangannya melingkari tubuh Atiqah. Dia melihat kejutan di wajah gadis itu.

“Nik jangan nak menggatal lagi… nanti Iqa pijak kaki Nik.”

Nik Arif tidak menghiraukan amaran Atiqah sebaliknya terus mengusap tangan gadis itu dengan lembut.

“Kalau ikutkan hati Nik, malam ni mahu aja Nik telefon kadi suruh nikahkan kita.”

Atiqah meluat mendengar kata-kata tersebut.

“Dekat kuala Lumpur ni berlambak perempuan. Setakat Iqa ni…” Atiqah tidak jadi meneruskan kata-katanya apabila Nik Arif mula merapatkan pipinya ke pipi Atiqah.

“Cuba jangan nak menggatal, Nik! Duduk baik-baik. Nanti Iqa tinggalkan bubur ni.”

Nik Arif kian mengeratkan pelukannya di pinggang Atiqah. Cakaplah apa sahaja. Untuk melepaskan peluang dengan gadis tersebut dalam keadaan begini, tidak sesekali.

“I love you.” Dia berbisik lembut di telingan Atiqah.

“Nik tolonglah! Duduklah… Iqa tak suka Nik buat macam ni. Kita ni manusia.” Atiqah berkata separuh merayu.

Nik Arif merenung wajah Atiqah. Bibirnya merayau-rayau di pipi gadis tersebut. Alangkah lembutnya! Dikucupnya pipi Atiqah berkali-kali sehingga puas.

Dia melepaskan Atiqah dan duduk semula di kerusi.

Atiqah membuatkan susu untuk Nik Arif. Dia mahu segera pulang sebelum June pulang. Dia tidak mahu June berprasangka dengannya lagi. Namun Nik Arif pula mahu Atiqah menemaninya makan. Antara mahu dengan tidak, Atiqah terpaksa menunggu.

“Esok tak kerja, balik lambat sikit, apa salahnya. Pagi esok Nik nak makan apa?”

Atiqah menarik nafas pajang. Aku pula yang dah macam emak dia, desis hatinya.

“Makan ajalah apa yang ada dalam peti ais tu.” Atiqah menjawab acuh tak acuh.

“Nik tak boleh makan minyak, tak boleh makan ayam, daging. Banyak benda yang tak boleh dimakan. Iqa tolong Niklah. Masakkan Nik sarapan esok. Nik dahlah anak yatim, emak jauh pula tu!” Nik Arif membuat muka kasihan.

Atiqah mahu ketawa mendengarnya lantas wajahnya segera diseriuskan.

“Tengoklah kalau Iqa dapat bangun awal esok. Mak cik bila nak balik?” Tanya Atiqah sekadar basa-basi. Bercakap pun tidak memandang wajah Nik Arif.

“Dua tiga hari lagi. Kalau Iqa tak tolong Nik, Nik mati tak makanlah.” Nik Arif mengusik. Merenung wajah Atiqah yang tenang.

“Makan buah dalam peti ais tu. Lepas baik, pergi exercise, doktorkan cakap Nik dah overweight. Patutlah badan macam batu masa Iqa papah tadi.”

Nik Arif ketawa. Direnungnya wajah Atiqah lama-lama. Dia kesal kerana berdua dengan Atiqah dalam keadaan sakit begitu. Kalau dia baik tentu banyak perkara boleh dilakukan dengan Atiqah.

“itu baru papah, Iqa… belum lagi kena hem, hem dengan Nik.”

Atiqah membeliakkan matanya. Dia tidak suka mendengar kata-kata yang kurang sopan daripada Nik Arif.

Nik Arif ketawa besar.

“Gatal! Kalau dah gatal sangat carilah perempuan lain, bukan Iqa!” Atiqah merengus geram.

“Huh… membebel, membebel… perempuan macam tulah.” Direnung wajah Atiqah yang sudah bangun mahu mengemas.

“Huh! Man… you listen to him, he wants you to talk. If you talk, he ask you to stop.” Atiqah bercakap perlahan seolah-olah kepada dirinya sendiri. Namun Nik Arif sempat mendengarnya. Dia tahu Atiqah memulang paku buah keras padanya.

“Tengok tu… membebel sorang-sorang pula.” Atiqah mengambil air dengan tangannya lalu disimbah ke muka Nik Arif.

Nik Arif mengelak sambil ketawa besar.

KETIKA Atiqah pulang dari rumah Hajah Mimah. June baru sahaja balik. Mukanya tegang melihat Atiqah.

“Kau dari mana Iqa?” Tanya June agak keras.

Atiqah duduk di hadapan June.

“Aku hantar Nik ke klinik. Kakinya bengkak tak boleh drive.” Atiqah melihat jam dipergelangan tangan.

Sudah pukul tiga pagi? Begitu cepat masa berjalan. Menghantar Nik arif ke klinik dan membuatkan lelaki itu bubur rupa-rupanya memakan masa yang lama. Dia benar-benar keletihan.

“Hai! Dah tak boleh pergi sendiri sampai kau yang nak kena hantar?” June bersuara sini.

Atiqah tahu June marahkan dia. Dia dapat melihat perubahan June sejak kebelakangan ini. June selalu marah-marah. Apa yang boleh dilakukannya. Nik Arif sudah tidak boleh dilarang. Kadangkala dia sakit hati tetapi kadangkala dia rasa dia juga sukakan lelaki yang begitu manja dengannya itu.

“Kaki kanannya kena gout. Tak boleh drive!”

Kalau Nik Arif tidak memaksa dia menemaninya lepas makan tadi tentu dia sudah lama sampai di rumah. Tiba-tiba dia rasa kesal.

“Lambat kau balik June, dah pukul tiga baru balik?” Atiqah berkata perlahan namun itu sudah cukup untuk membuat June melenting.

“Aku keluar ramai-ramai kau dah kecoh. Kau tu pergi rumah jantan, duduk berdua-duaan dalam rumah sampai pukul tiga pagi, aku tak kecoh pun.” June membalas. Sakit hatinya ketika terdengar suara Nik Arif dan Atiqah di dapur rumah Hajah Mimah masih bersisa.

“Bukan main lagi aku dengar kau berdua ketawa. Yalah… tak lama gi jadilah menantu Hajah Mimah!”

“Dia yang telefon aku tadi suruh hantar dia ke klinik. Apa salahnya. Dia sedang sakit. Kalau kau pun kau kasihan. Kenapa kau nak marah-marah ni?” Atiqah berkata geram. Dia malas mahu bertengkar namun kadangkala June sengaja menyakitkan hatinya.

“Huh… Nik Arif tu bukan suka sangat dengan kau Iqa. Baik kau hati-hati. Aku cuma nasihatkan kau aja. Dia sengaja nak kenakan kau. Sebagai sahabat, aku cuma nak tolong kau.”

Atiqah tidak tahu apa niat June yang sebenarnya.

“Dia pun bukan boleh percaya sangat. Tengoklah… dulu dia berkawan dengan aku, lepas tu terus berkawan dengan kau. Dia tu memang tak boleh dipercayai.” June membebel lagi.

Atiqah masuk ke biliknya. Malas dia mahu mendengar kata-kata June.

“Kenapa susah sangat nak hidup?”

Atiqah merebahkan badannya perlahan-lahan lantas menutup matanya.

Terlepas Bahagian Lepas Boleh Baca Di SINI

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff