my nuff

Aku, Kita. Saya dan Koi

"Idham, tunggu koi..!"
Tu cara Faiz bahasakan diri dia dengan kawan sebaya dia..
Tapi dengan Ain atau orang yang lebih tua darinya dia bahasakan dirinya SAYA.
Koi ni loghat orang Pahang.
Kalau tanya orang Pahang perkataan koi tu kasar bagi budak2.
Kira macam tak sesuailah budak2 guna KOI tu.
Ain ingat masa kecik2 dulu, bahasa yag digunakan untuk ganti diri dengan kawan sebaya ialah KITA.
Masa kecik dulu tak boleh guna AKU sebab kasar dan tak sesuai untuk budak2.
Ain orang Negeri Sembilan tapi masa kecik Ain dilarang membahasakan diri dengan DEN.
Juga dianggap kasar.
Jadi masa kecik dulu kalau ngan kawan2 Ain gunakan KITA, dengan orang yang lebih tua yang Ain rapat terutamanya mak ayah Ain sendiri, Ain bahasakan diri sebagai AIN dan dengan orang tua yang lain macam cikgu Ain guna SAYA.

Pesanan Terakhir Seorang Lelaki

BAHAGIAN 33


NIK ARIF rasa malas hendak bekerja hari itu. Beberapa kali dia menelefon Atiqah namun telefon Atiqah ditutup. Dia menelefon ke rumah Atiqah namun tidak ada yang menjawab. Kenapa dengan gadis itu? Sakitkah dia? Dia teringat peristiwa semalam. Dia tahu dia tidak patut membuat Atiqah begitu. Atiqah benar-benar marah. Semakin lama dia semakin tidak tahan dengan perangai Atiqah yang menderanya. Sudah berpuluh kali dia mengajak Atiqah berkahwin dan dalam jumlah yang sama Atiqah menolak cadangannya mentah-mentah. Dia benar-benar kecewa.

Ketika dia balik petang itu, dia terdengar suara orang bercakap dan berbual rancak dari dalam rumahnya. Ketika dia masuk, ada beberapa orang perempuan berbangsa Inggeris dan seorang perempuan berbangsa Melayu sedang rancak berbual dengan emaknya.

“Tu anak saya dah balik dah.” Hajah Mimah berkata riang, menarik tangan Nik Arif yang tercengang-cengang. Emaknya tidak pula memberitahu yang rakan-rakannya mahu datang berkunjung. Dia tidak pelik kalau emaknya mempunyai ramai kawan dari pelbagai bangsa. Sebagai ahli pandu puteri, emaknya memang ramai kenalan baik di dalam negara mahupun di luar negara.

“Nik, emak nak kenalkan dengan Puan Zainab mama Atiqah.”

Nik Arif tersentak. Merenung seorang perempuan yang mungkin masih berusia awal empat puluhan. Ada iras-iras Atiqah. Cantik.

“Ini Susan, Rachel dan Vanessa.”

Perlahan tetapi tertib menyalami Puan Zainab. Wanita tersebut tampak baik. Penampilannya meyakinkan dan wajahnya lembut.

“Anak kakak?” Tanya Puan Zainab.

Hajah Mimah mengangguk sambil melihat Nik Arif menyalami tetamu yang lain.

Handsome orangnya.”

Nik Arif tersenyum mendengarnya. Dia cuba mencari Atiqah dengan anak matanya namun Atiqah tidak ada di ruang tamu tersebut. Adakah Atiqah sakit?

“Wah! Sudah besar anak kakak ya.” Kata Susan yang sedang menikmati kuih muih yang dihidangkan.

Nik Arif merenung Susan yang mungkin hampir sebaya dengan mama Atiqah. Pandai pula mat salih ni cakap Melayu, desis hati Nik Arif.

“Nik tahu, mereka semua ni pandai cakap bahasa Melayu. Emak pun tak sangka. Emak minta mereka tinggal di sini aja dari menyewa hotel.” Hajah Mimah memberitahu riang.

Nik Arif mengakui apa yang dikatakan oleh emaknya itu ada kebenarannya. Lagipun Nik Arif lebih suka kalau mama Atiqah tinggal di situ. Sekurang-kurangnya dia dapat mengorek cerita siapa Atiqah yang sebenarnya.

“Susan dulu mengambil jurusan bahasa Melayu di universiti di sini, kak.” Puan Zainab memberitahu.

Hajah Mimah memandang Susan dengan rupa kagum.

“Mak cik duduk di New Zealand?” Tanya Nik Arif ramah. Dia merasakan bakal mama mertuanya terlalu muda dan begitu janggal untuknya memanggil mak cik.

“Mak cik mengusahakan motel apartment di sana, Nik.” Terang Puan Zainab luhur.

Nik Arif menelan air liur. Pahit. Rupa-rupanya Atiqah berbohong dengannya selama ini. Timbul rasa marah dan geram di hatinya. Dia tidak tahu kenapa Atiqah mahu merahsiakan semuanya ni daripada pengetahuannya.

“Susan rakan kongsinya. Mereka datang ke sini sebab mahu berjumpa dengan wakil Malaysia yang mahu melabur untuk perusahaan motel di sana.” Terang Hajah Mimah.

Nik Arif melihat Puan Zainab mengangguk. Dia masih termangu-mangu, bengang dan sakit hati dengan Atiqah. Atiqah telah menipunya selama ini. Wajahnya merah menahan marah. Dia kemudian meminta diri, masuk ke dapur untuk mencari kalau-kalau Atiqah ada disitu. Ternyata tekaannya tepat. Atiqah sedang membasuh pinggan di singki ketika dia masuk. Dia menahan rasa marah yang membara di hati.

“Bila mama Iqa datang?” Tanya Nik Arif perlahan. Bibirnya dekat dengan telinga Atiqah.

Atiqah tersentak kemudian tersengih merenung wajah Nik Arif yang tegang.

“Pagi tadi.” Atiqah memang mahu pergi ke hotel tempat mamanya menginap tetapi mamanya yang terlebih dahulu mencarinya di rumah.

Kebetulan Hajah Mimah berada di situ. Wanita itu beria-ia mempelawa mamanya tinggal di situ. Atiqah tahu selama ini Hajah Mimah kesunyian. Jika mamanya bersetuju menginap di situ maka Hajah Mimah tidak akan kesunyian lagi buat beberapa waktu. Tambahan pula apabila dia mendapati mereka semua begitu serasi dengannya.

“Iqa jemput dia di airport?” Tanya Nik Arif.

Atiqah menggeleng. Merenung Nik Arif sekilas.

Nik Arif menggosok bahu Atiqah perlahan.

Atiqah merasa kelainannya.

“Cantik ya, mama Iqa.”

Atiqah masih tidak menjawab.

Dia kurang senang dengan perlakuan Nik Arif namun dia begitu lemah berhadapan dengan lelaki itu.

Kebimbangan tiba-tiba menerpa hatinya. Apakah Nik Arif akan memarahinya?

Dia hanya menunggu. Dia sudah lama bersedia.

“Nik makin lama makin pelik dengan Iqa ni. Rupa-rupanya banyak lagi yang Nik tak tah tentang Iqa. Siapa Iqa sebenarnya ni? Mama Iqa ada motel di New Zealand rupanya?”

Antara mahu dengan tidak Atiqah terpaksa mengangguk. Lemah.

“Iqa kata mama Iqa ke New Zealand bercuti.”

Atiqah menarik nafasnya dalam-dalam. Dia membasuh tangannya yang masih bersabun. Lama dia merenung wajah Nik Arif.

“Kenapa, tak boleh jawab! Esok-esok entah apa lagi Iqa tipu Nik. Nik tak tahu apa tujuan Iqa kelentong Nik. Nik selalu jujur dengan Iqa tapi penghabisannya… Iqa buat Nik macam Nik ni orang bodoh!” Keras suara Nik Arif.

“Iqa bukan nak tpu Nik cuma Iqa rasa belum masanya nak beritahu.” Atiqah tahu lambat laun Nik Arif akan tahu juga siapa dirinya.

“Belum masanya… Huhu, sampai hati Iqa buat Nik macam ni. Tak apalah, Nik sedar siapa diri Nik..” Suara Nik Arif mendatar.

Atiqah terdiam. Dia tahu Nik Arif tersinggung.

“Takkan tu pun nak ambil hati!”

Nik Arif ketawa sinis. “Ini baru sikit Iqa… esok lusa entah apa lagi yang Iqa tipukan Nik. Jangan-jangan Iqa ni anak somebody, entahlah… tak tahulah apa maksud Iqa buat Nik macam ni.”

Atiqah berpusing menghadap Nik Arif dengan takut-takut.

“Iqa rasa Iqa tak perlu kecoh siapa mama Iqa. Iqa tak suka bercerita tentang keluarga Iqa.”

Nik Arif merenung wajah Atiqah yang muram. Dia tahu mama dan ayah Atiqah sudah lama bercerai namun dia tidak faham kenapa Atiqah terlalu berahsia lebih-lebih lagi dengannya, bakal suami gadis itu sendiri.

“Walau dengan Nik sendiri?’ Suara Nik Arif sudah mula perlahan.

Atiqah hanya mebiarkan Nik Arif memegang erat tangannya. Rasa bersalah dan takut membuatkan dia membiarkan apa sahaja yang nik Arif lakukan padanya.

“Nik akan jadi suami Iqa nanti, kenapa nak berahsia?”

Hampir tersedak Atiqah mendengarnya namun masih sempat tersenyum. Ah lelaki… kau terlalu yakin!

“Iqa, mama letak cawannya di sini ya.”

Puan Zainab yang muncul secara tiba-tiba di muka pintu dapur membuatkan Atiqah dan Nik Arif terperanjat. Wanita itu kemudian melangkah masuk sambil menatang sedulang cawan yang telah digunakan.

Atiqah merenung Puan Zainab yang bersahaja memandangnya dan Nik Arif yang berpegangan tangan. Nik Arif cepat-cepat melepaskan tangan Atiqah.

Puan Zainab pura-pura tidak mengerti. Sebagai seorang ibu, dia memahami apa yang dilihatnya sebentar tadi.

“Kasihan anak mama, penat ya. Mahu mama tolong? Sejak dari tadi tak habis-habis basuh pinggan.” Puan Zainab mengusap bahu Atiqah lembut.

Nik Arif membuang pandang. Dia rasa malu tiba-tiba.

Atiqah hanya tersenyum kelat.

“Tak apalah ma, Iqa bolah buat… That’s okay.”

“Malam ni Kak Mimah mahu bawa mak cik keluar, Iqa dengan Nik nak ikut?”

Atiqah merenung Nik Arif yang tersenyum.

“Boleh juga mak cik.” Nik Arif menjawab pantas.

Atiqah meneruskan kerjanya. Hatinya merasa tidak sedap. Tentu mamanya melihat apa yang telah berlaku sebentar tadi. Dia tidak pasti sudah berapa lama mamanya berdiri memerhatikan drama tersebut.

“Iqa tak mahu ikut?”

Atiqah menggeleng lambat-lambat.

“Mama ingat nak bermesra dan bersiar-siar dengan anak dan menantu mama. Tapi Iqa tak mahu pula. Kalau macam tu Nik tak payah ikutlah.”

Atiqah menjeling Nik Arif yang tersenyum nakal.

Puan Zainab menggosok-gosok bahu Atiqah lembut. Perlahan dan penuh kasih sayang.

“Lepas sembahyang Maghrib, itu pun kalau Iqa nak ikut.” Beritahu Puan Zainab sebelum beredar dari dapur.

Atiqah menggigit bibir. Menjeling Nik Arif yang tersenyum nakal padanya.

“Baikkan mama mertua Nik.”

Atiqah hanya diam tanpa kata. Dia menepis tangan Nik yang mahu merangkul pinggangnya.

“Apa ni, jangan gatallah Nik. Nanti mama nampak!”

Nik Arif hanya ketawa. Hatinya benar-benar gembira. Hilang marahnya.

Macam mana Nak Unfollow Blog

Salam Isnin semua....
Ain nak minta tolong pada yang cerdik pandai tentang blog ni...
Camna nak unfollow blog yang kita tak nak follow lagi..
Yelah kan ada banyak blog yang Ain follow dah tak aktif lagi
Dan pagi ni ada satu blog yang memang menjelik kan ada kat dashboard tu...
Ain tak tau masa bila Ain follow blog tu....
Tolong ......
Kalau masa dashboard pesen lama dulu bleh gak ge manage blog tu...
Tapi yang pesen baru ni Ain tak tau camna nak buat....
Pada yang tau camna cara nya... Bagi tau ye....

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff