my nuff

Fobia

Sejak ada Fear Factor ni banyak rancangan kat TV atau radio buat topik pasal fobia.
Malam Jumaat lepas Primadona wat topik fobia ni...
Ada Aaron Aziz ngan Shuib Sepah.
Baru tau Si kacak tu takut jumpa doktor gigi dan si pelawak tu takutkan darah.
Hehehehe...
Pastu pagi tadi kat Suria FM pun citer pasal fobia.
Ain rasa semua orang ada fobia masing-masing.
Macam Ain sendiri, Ain fobia dengan ketinggian ngan terowong gelap.
Ain memang gigil bila ada kat tempat tinggi.
 Kadang-kadang ge Audit ke sekolah naik tingkat empat pun dah ketar bila tengok ke bawah.
Lagi satu yang Ain fobia terowong gelap.
Ain ingat masa kecik-kecik dulu selalu main ngan kawan masuk dalam kalbet bawah jambatan.
Tu pun Ain dan cemas takut tak boleh keluar.
Huhuhu...
Sampai sekarang pun.
Kalau main gelongsor air yang dalam terowong tu, confirm Ain pejam mata je...
Takut wei...
Takut tak keluar dari situ.
Itu fobia yang Ain memang tau sejak dulu lagi.
Fobia lain belum dikenalpasti lagi.
Hehehehe

Pesanan Terakhir Seorang Lelaki

BAHAGIAN 34


ATIQAH memandang Encik badrul yang sudah duduk di hadapannya. Dia merasa lega kerana lelaki itu datang juga seperti yang dijanjikan. Dalam saat begini dia memang mengharapkan kedatangan lelaki tersebut.

“Ini saya bawa penyata syarikat, Iqa.” Encik Badrul mengunjukkan sebuah sampul surat besar pada Atiqah.

Atiqah memanggil pelayan dan kemudian memesan makanan untuk mereka berdua. Encik Badrul merenung Atiqa yang sedang meneliti maklumat yang diberinya sebentar tadi.

Demi Atiqah, Encik Badrul berusaha mendapatkannya dia akaun namun hatinya penuh dengan tanda tanya. Atiqah begitu bersungguh-sungguh mahu mendapatkan segala maklumat dan sebarang kontrak yang mereka perolehi pada waktu sekarang. Kadangkala dia tertanya-tanya sendiri, apa peranan Atiqah di Angkasa Holdings. Harap-harap pertemuan kali ini mereka akan meleraikan kekusutan yang sering menera benaknya.

“Macam mana syarikat, semua okey?” Tanya Atiqah berbasa-basi. Dai merenung Encik Badrul yang mengangguk.

“Encik Badrul, saya minta maaf kalau selama ni saya menyinggung perasaan Encik Badrul. Saya meminta pertolongan Encik Badrul pun ada sebabnya. Syarikat Angkasa tempat saya bekerja berminat untuk membeli ekuiti syarikat Tuan Ahmad.” Atiqah menegakkan badannya.

“Selama ni mungkin saya ada membohongi Encik Badrul. Saya minta maaf. Saya tahu Encik Badrul tentu tertanya-tanya, besar sangat ke pangkat Si Iqa ni sampai diberi tugas macam ni. Saya tahu Encik Badrul mesti pelik. Iqa dulu kerani dia syarikat aku, tapi sekarang macam bagus-bagus aja.” Atiqah berkata sambil ketawa.

Encik Badrul turut ketawa mendengarnya. Dua kali pertemuan mereka sebelum ini, Atiqah meminta Encik Badrul jangan mempertikaikan siapa dia dan apa tugasnya di Angkasa Holdings. Kali ini gadis itu bercakap lain pula.

“Ini kad saya, Encik Badrul.” Atiqah mengunjukkan sekeping kad kepada Encik Badrul.

Encik Badrul mengamatinya lama. Berkerut dahi lelaki yang berusia awal empat puluhan itu apabila menatap kad tersebut.

“Nama saya Atiqah Marzuki, macam nama yang saya gunakan masa bekerja dengan syarikat encik, tapi janganlah Encik Badrul mengata saya yang bukan-bukan bila saya katakan yang sebenarnya nama saya Atiqah Datuk Marzuki.”

Ada kejutan di wajah Encik Badrul namun kemudian dia mengeluh. Pernah beberapa kali dahulu dia memikirkan siapa Atiqah sebenarnya namun dia tidak memperolehi jawapannya. Kini walau dia terperanjat namun dia percayakan Atiqah. Dia dapat menilai perbawakan Atiqah. Gadis itu bersahaja tapi cedik dan tegas.

“Ketika bekerja dengan syarikat Encik Badrul dulu, saya menghadapi masalah dengan ayah. Ketika saya berkerja dengan syarikat encik, saya hanya minta kerja sebagai kerani sesuai dengan sijil SPM saya kerana ketika itu saya baru selesai menghabiskan ijazah program analisis saya. Saya fikir itu hanya sementara untuk menyambung hidup. Saya pernah mempelajari undang-undang selama tiga tahun tapi kemudian saya berhenti. Ayah marahkan saya dan mengata saya anak yang tak mendengar kata.”

“Susah nak cakap Encik Badrul, saya anak tunggal dan ayah terlalu mengharapkan saya, sedangkan saya langsung tak berminat. Mama saya berada di New Zealand selepas bercerai dengan ayah. Saya kemudian duduk di luar negara bersama mama untuk beberapa tahun dan belajar business di sana.

“Di Malaysia saya menyambung pelajaran di salah sebuah kolej tempatan. Ayah nampaknya mula lembut tapi Encik Badrul tahu saja kisah ayah yang menikahi perempuan yang sudah bersuami. Heboh satu Malaysia dan sebagai anak saya rasa malu. Jadi saya tinggalkan rumah. Menganggur beberapa bulan dan akhirnya mendapat kerja di syarikat encik. Alhamdulillah, saya sukakan kerja tu.”

“Ayah cari saya dan minta saya bekerja dengannya. Syukur. Rasanya kami dah dapat menyesuaikan diri sekarang.” Atiqah menerangkan panjang lebar.

Seorang pelayan datang membawa pesanan. Atiqah kemudian mengucapkan terima kasih.

Encik Badrul menggelengkan kepalanya beberapa kali. Sukar untuk mempercayai segalanya. Dia rasakan bagai mimpi tetapi itulah hakikatnya. Bagaimana dia sendiri tidak tahu selama ini?

“Beberapa bulan bekerja di syarikat ayah, ayah bagi profile Syarikat Tegas. Mulanya saya tak perasan tapi bila saya ternampak logo Syarikat Tegas, saya mula berminat menelitinya. Ayah kata syarikat tu perlukan wang untuk pelaburan memandangkan keadaan ekonomi sekarang. Ayah suruh saya decide. Saya dah cakap dengan ayah, saya suka Syarikat Tegas. Pada ayah, saya bagi beberapa alasan yang munasabah tapi sebenarnya saya sayangkan Syarikat tu. Setahun lebih saya bekerja di sana dan saya sukakannya.” Atiqah menyambung kata.

“Iqa mahu membalas dendam?”

Atiqah ketawa seraya menggoyangkan jari telunjuknya.

“Tidak, saya tak berdendam, baik dengan Tuan Ahmad mahupun Faizal. Saya cuma mahu mereka sedar, manusia sebenarnya sama dan jangan suka mempersendakan orang laim.”

Encik Badrul tersenyum kelat. Kad Atiqah di tangan lama direnungnya. Patutlah selama ini dia selalu kagum dengan Atiqah, rupa-ruanya Atiqah bukan gadis sebarangan. Dia boleh membuat apa sahaja pekerjaan yang diminta dan hasilnya selalu memuaskan. Atiqah bijak dan dia sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh tertipu dengan Atiqah.

“Kasmah macam mana?”

Pernah beberapa kali dia menelefon Faizal tetapi lelaki itu bersikap acuh tak acuh sahaja dengannya. Akhirnya dia naik malas. Dia tidak tahu apa yang tersirat di hati Faizal. Mungkin Faizal merasakan yang dia tergila-gilakannya.

“Macam tu juga, tak pernah berubah… suka mengarah.” Encik Badrul mengeluh perlahan disulami oleh tawa Atiqah.

“Dia masih muda Encik Badrul, cantik pula tu. Faizal terlalu sayangkan dia.” Atiqah memberikan pendapatnya.

Salah satu kelebihan Atiqah, tidak suka memburukkan orang.

Encik Badrul merenung wajah Atiqah. Dia hairan bagaimana Atiqah boleh merahsiakan identiti dirinya sehingga sanggup dihina sebegitu rupa.

“Tapi Kasmah tu aset syarikat. Dia cantik. Letak di bahagian marketing memang bagus. Tentu ramai customernya.”

Encik Badrul ketawa sambil menyedut air orennya perlahan-lahan. Atiqah ada-ada sahaja. Tentu Tuan Ahmad terperanjat dengan apa yang bakal didengarnya nanti, begitu juga Faizal. Tidak sabar dia mahu melihat reaksi kedua-duanya.

“Ramai pekerja tak berapa sukakan Kasmah tu Iqa. Mentang-mentanglah Tuan Ahmad tu bakal bapa mertuanya, suka hati aja nak datang pejabat. Iqa kenal Mary?”

Atiqah menganggukkan kepalanya.

Assistant manager… kenapa?” Dia membayangkan wajah Mary. Mary juga menjadi fokusnya sekarang. Ada sesuatu yang akan dilakukan pada Mary nanti.

“Dia selalu tak puas hati dengan Mary sebab awak tahulah… Mary tu cantik dan ramai customer. Dia cemburu.”

Atiqah ketawa mendengarnya. Encik Badrul macam perempuan, suka mengumpat.

“Mary pekerja yang baik, Encik Badrul. Dia rajin dan very protective to other staff.”

“Tapi awak tahulah Kasmah tu. Mana dia boleh lihat orang lebih daripada dia.”

Kata-kata Encik Badrul menyebabkan Atiqah tersenyum.

“Kasmah masih muda, perlu banyak belajar lagi.”

Atiqah membayangkan Mary. Jika Angkasa Holdings mengambil alih Syarikat Tegas nanti, dia mahu meletakkan Mary ke jawatan yang lebih bagus. Mungkin Mary akan dibawa ke Kilang Take 2020. Mary memang baik dengannya selama ini dan tekun bekerja.

“Saya tak sangka betul yang Iqa ni anak Datuk Marzuki.” Encik Badrul nerkata perlaan. Masih terkilan kerana gagal mengesannya lebih awal.

“Encik Badrul rasa yang saya ni menipu?”

Encik Badrul menggeleng.

“Tak, saya percaya. Kalau tak, masakan Iqa begitu bersungguh-sungguh. Dan kad ini sebagai buktinya. Pengurus Operasi Take 2020. Hebat. Saya bangga dengan Iqa!”

Atiqah ketawa kecil.

“Bangga apa Encik Badrul. Saya dapat jawatan tu sebab saya anak Datuk Marzuki. Kalau setakat berbekalkan sijil yang saya ada sekarang ni, entah bila tahunlah saya akan dapat menjawat jawatan tu.”

Atiqah bergurau yang membuatkan Encik Badrul tersenyum.

“Saya bukan bangga dengan jawatan yang awak sandang sekarang Iqa tapi saya bangga dengan sikap awak. Awak langsung tak sombong dan sikap awak yang merendah diri membuat saya bangga dan sekali gus kagum. Awak boleh mendabik dada ke sana ke mari beritahu siapa awak yang sebenarnya tapi awak tak buat macam tu, sehinggalah Tuan Ahmad kutuk awak pun awak tak kisah.”

Bagi Atiqah, kemewahan bukan satu jalan utuk bermegah. Selama ini kemewahan membuat dia merasakan maruah dirinya tergadai dan paling mengecewakan kemewahan membuatkan rumah tangga ayah dan mamanya hancur.

“Saya tak sabar mahu melihat reaksi Tuan Ahmad bila mengetahu yang Iqa anak Datuk Marzuki.” Sambung Encik Badrul. Selama ini Atiqah selalu diperlakukan sewenang-wenangnya oleh Tuan Ahmad mahupun Faizal. Dia selalu rasa sedih kerana dia sayangkan Atiqah seperti adiknya sendiri.

“Jangan beritahu Tuan Ahmad dulu. Saya akan berjumpa dia pada mesyuarat pertama nanti. Mungkin saya perlukan pertolongan Rncik Badrul lagi dan saya harap Encik Badrul tak keberatan.”

Encik Badrul menganggukkan kepalanya. Kalau untuk Atiqah, dia tak kisah untuk berbuat apa jua pun.

“Untuk Iqa, apa saja akan saya bantu.” Encik Badrul berkata perlahan.

Atiqah benar-benar lega mendengar pengakuan itu. Dia sayangkan Syarikat Tegas dan pada masa yang sama hatinya berkali-kali mengingatkan diri sendiri bahawa apa yang dilakukannya ini bukanlah kerana dendam tetapi tanggungjawab untuk membantu.

“Betul ke ni Encik Badrul? Sekarang siapa buatkan air untuk Encik Badrul?’ Atiqah mengusik.

Encik Badrul ketawa besar.

“Ada setiausaha baru. Cantik tapi buat air tak sesedap awak buat.”

Atiqah ketawa besar mendengarnya.

“Makanlah Encik Badrul. Berbual aja dari tadi sampai makanan pun tak disentuh.” Atiqah mempelawa Encik Badrul.

“Sebenarnya selera saya dah hilang Iqa. Gembira sangat bila tahu Iqa anak Datuk Marzuki.”

Atiqah ketawa lagi mendengar kata-kata Encik Badrul. Dia tahu Encik Badrul benar-benar ikhlas dengan kata-katanya.

Juvana Yang Dinanti

Jenayah juvana merujuk kepada perlakuan jenayah atau anti-sosial golongan juvenil (remaja). Jenayah jenis ini merupakan sesuatu yang makin membimbangkan semua pihak di seluruh dunia. Ia merupakan satu isu sosial yang penting kerana golongan ini mampu melakukan jenayah berat, namun mereka masih belum boleh dipertanggungjawabkan sepenuhnya.

Sumber Google....

Tapi bukan jenayah juvana yang Ain nantikan tapi JUVANA THE MOVIE....
Hmmm....
Bila ingatkan balik drama Juvana kat TV3 tu, memang terbaiklah.
Tak miss tengok cerita tu.
Dan 24hb ni Juvana The Movie plak...
Hmmm.... terpikir-pikir macam mana Ain nak ge tengok cerita tu.
Al maklum kalau Ain bergerak 3 Amirul tu mesti follow sekali..
Camna ek...

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff