my nuff

Wordless Wednesday



Pesanan Terakhir Seorang Lelaki

BAHAGIAN 35


DATUK MARZUKI sudah mengambil keputusan untuk membeli ekuiti Syarikat Tegas. Keputusan tersebut diambil atas dorongan Atiqah. Hari itu mesyuarat akan diadakan di Syarikat Tegas. Atiqah akan turut sama.

Ketika dia sampai di syarikat tersebut, Tuan Ahmad sudah menunggunya bersama ahli lembaga pengarah yang lain.

“Perkenalan, ini Faizal… anak saya.” Tuan Ahmad memperkenalkan Faizal kepada Datuk Marzuki.

Datuk Marzuki dan Faizal berjabat salam.

“Encik Badrul, pengurus syarikat ni. Mr. Sim ketua akauntan dan Mr. Rajab ketua auditor.” Tuan Ahmad memperkenalkan satu per satu ahli lembaga pengarah yang berada di situ.

Tuan Ahmad merasa gembira dengan keputusan Datuk Marzuki untuk membeli ekuiti syarikatnya. Dia bangga kerana syarikatnya terpilih utuk bernaung di Angkasa Holding yang mempunyai empayar perniagaan yang luas.

“Anak saya sepatutnya sudah sampai sekarang. Selalunya dia tak pernah lewat begini!”

Datuk Marzuki melihat jam di pergelangan tangannya dan kelihatan agak resah. Dia masih ingat yang dia sudah memberitahu Atiqah tentang mesyuarat penting pada hari itu dan Atiqah telah pun berjanji akan datang ke syarikat tersebut.

Tuan Ahmad mengangguk, merenung Faizal yang sedang meneliti sesuatu dari fail yang dibawanya.

“Anak Datuk tahu ke syarikat saya ni?” Tanya Tuan Ahmad ramah.

Datuk Marzuki ketawa kecil.

“Anak saya tahu semua tempat di Kuala Lumpur ni. Jangan bimbang. Dia tak pernah terlewat begini. Mungkin ada masalah di kilang. Tadi saya dah beritahu dia. Dia akan datang.” Datuk Marzuki berkata dengan yakin. Matanya memandang ke pintu yang terkuak dari luar. Dia tersenyum lega.

Bersama beberapa buah fail di tangan, Atiqah berdiri sambil tersenyum merenung wajah-wajah yang berada di bilik mesyuarat tersebut.

Tuan Ahmad terperanjat melihat kedatangan Atiqah. Kenapa Atiqah berada di situ? Kenapa Atiqah begitu berani datang ke pejabat ini? Dia merenung wajah Faizal yang pucat.

“Hai Iqa, dah sampai pun. Macam mana nak jadi bos kalau datang lambat?” Usik Datuk Marzuki.

Atiqah ketawa kecil seraya menyalami Encik Badrul.

“Kenalkan Ahmad, anak saya Atiqah.”

Wajah Tuan Ahmad berubah. Dia benar-benar terperanjat dengan kenyataan di hadapannya sekarang. Begitu juga dengan Faizal. Cuma Encik Badrul yang kelihatan tenang.

Mahu dengan tidak dia menyalami Atiqah.

“Saya minta maaf kerana terlambat. Ada kerja di kilang sebentar tadi. Boleh kita mulakan sekarang ayah?” Tanya Atiqah yang kemudian mengambil tenpat di sebelah Encik Badrul.

Faizal bagaikan tidak percaya, apatah lagi Tuan Ahmad. Beberapa kali matanya dipejam celikkan. Mustahil.

“Boleh kita mulakan sekarang Ahmad?” Datuk Marzuki bertanya pada Tuan Ahmad yang masih tercegat di tempat duduknya.

Tuan Ahmad mengangguk. Matanya tidak lepas dari mula Atiqah. Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Ahmad yang mengaturkan pertemuan ini dan terima kasih pada semua yang hadir di majlis ini. Sebenarnya majlis ini lebih kepada majlis suai kenal rasanya.” Atiqah memulakan bicara. Matanya jatuh pada wajah Tuan Ahmad yang masih terpaku dan terkulat-kulat merenungnya.

“Agaknya ada yang tereperanjat melihat saya di sini dan merasa tidak yakin.” Atiqah menyambung kata.

Semua yang mendengar ketawa kecuali Faizal dan Tuan Ahmad.

“Atiqah anak saya. Saya sebenarnya memberi kepercayaan penuh kepada beliau walaupun dia agak muda. Tak adalah muda mana.” Datuk Marzuki mencelah mengusik anaknya.

Tuan Ahmad pura-pura senyum mendengar kata-kata Datuk Marzuki.

Atiqah ketawa kecil. Dia tahu ayahnya menyokong kuat apa yang dilakukannya dari belakang.

“Sebenarnya tentang pembelian ekuiti syarikat, saya telah menyerahkan seratus peratus keputusan kepada anak saya untuk membuat keputusan. Daripada tiga syarikat yang menunjukkan minat, kami memberi keutamaan kepada Syarikat Tegas. Faktor bumiputera adalah faktor yang pertama di samping kekukuhan kewangan yang dilihat sejak dua tahun kebelakangan ini. Sila Iqa.” Datuk Marzuki tersenyum pada Atiqah yang mengangguk perlahan.

Selepas meminta izin daripada ayahnya, Atiqah bangun untuk meneruskan perjalanan mesyuarat.

Atiqah merenung Tuan Ahmad yang berwajah muram sedari tadi. Atiqah sedar lelaki itu benar-benar tidak senang hati dengan kehadirannya di situ.

“Terima kasih Datuk… Saya sudah meneliti profile syarikat, penyata kewangan yang diberi sejak lima tahun yang lepas, keuntungan sebelum cukai dan selepas cukai, aset serta modal Syarikat Tegas dan saya sangat berbesar hati jika rundingan ini dapat diteruskan lagi. Dan jika persetujuan dibuat saya mencadangkan satu jawatankuasa bagi membantu kita dari segi pengurusan, kawalan dalaman, dasar perakuan dan laporan kewangan syarikat ditubuhkan. Ahli jawatankuasa akan dipilih lima puluh peratus daripada Syarikat Tegas dan selebihnya daripada wakil Angkasa.

“Seperti surat cadangan yang telah dihantar kepada Syarikat Tegas dan ditandatangani oleh Datuk Marzuki, kami member dua pilihan yang akan menetukan perjalanan syarikat. Cadangan pembelian ekuiti sebanyak tiga puluh persen tanpa pengubahan struktur syarikat atau pembelian saham syarikat dengan campur tangan dari syarikat induk iaitu Anghasa Holdings. Terpulanglah pada Syarikat Tegas untuk menimbangkan dan seterusnua jika kata sepakat dicapai, diharap MOA akan ditandatangani secepat mungkin.” Atiqah berkata tenang.

Dia memandang Faizal yang sedari tadi merenugn ke arahnya. Dia tahu Faizal tidak yakin dengan apa yang dilihatnya namun keyakinan yang diberi oleh ayahnya membuat Atiqah kuat. Dia boleh melakukannya.

Perbincangan selesai selepas dua jam kemudian. Perbincangan tersebut agak menarik tetapi tidak bagi Tuan Ahmad. Dalam perbincangan tersebut Encik Badrul lebih banyak bersuara. Mr.Rajan pula lebih banyak menyoal tentang faedah dan keuntungan bagi pihak Syarikat Tegas.

“Macam mana kita tak tahu yang Atiqah anak Datuk Marzuki? Macam mana kamu Faizal… kamu sendiri takkan tak tahu? Kamu Badrul nampaknya macam ada sesuatu yang kamu sorokkan daripada saya.”

Tuan Ahmad yang tidak dapat mengawal perasaannya, terus bertanya sebaik sahaja Atiqah dan Datuk Marzuki keluar meninggalkan bilik mesyuarat tersebut. Dia merenung Faizal yang kelihatan seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.

“Badrul, masakan you tak tahu apa-apa. Apa muslihat dia bekerja dengan kita sebelum ni!” Tengking Tuan Ahmad pada Encik Badrul yang kelihatan tenang.

Sakit hati Tuan Ahmad mengingatkan Atiqah bergurau dan berbual dengan Encik Badrul seolah-olah Encik Badrul sudah tahu siapa Atiqah yang sebenarnya.

“Bertenang Tuan Ahmad.” Encik Badrul berkata tenang.

Tuan Ahmad menggigit bibir. Setelah apa yang dilakukannya pada Atiqah dan kemudian mendapat tahu Atiqah ialah anak Datuk Marzuki, Encik Badrul menyuruh dia bertenang? Sesungguhnya dia malu yang teramat. Setiap kata-kata Atiqah seolah-olah mengejeknya dan pandangan Atiqah seolah-olah memijak tubuh badannya.

“Awak suruh saya bertenang? Awak dah tahu seiapa Atiqah tapi awak berdiam diri. Awak biarkan saya menghina dia, mengata dia itu ini. Apa semuanya ni Badrul?” Tuan Ahmad berkata geram.

Encik Badrul mengangkat tangannya. Dia sudah arif dengan perangai Tuan Ahmad yang panas baran serta susah mahu diajar itu.

“Bertenang Tuan Ahmad. Sebenarnya saya sendiri tak tahu yang Atiqah anak Datuk Marzuki ketika dia bekerja di sini. Saya langsung tak mengesyakinya. Ketika dia berhenti pun saya masih tak tahu, Tuan Ahmad. Cuma sejak tiga bulan lepas, selepas beberapa bulan dia berhenti, dia berjumpa dengan saya.

“Mulanya saya merasakan perjumpaan biasa aja kerana hubungan saya dengan Atiqah memang rapat. Bukat setakat hubungan pekerja dengan bos tapi lebih kepada hubungan abang dengan adik. Dia mengenali isteri dan anak-anak saya pun sukakan dia. Tapi perjumpaan tu agak berlainan. Dia datang membawa profile syarikat kita dan menerangkan yang dia bekerja dengan Angkasa Holdings. Masa tu saya masih tak tahu siapa dia. Setelah beberapa kali pertemuan barulah dia memberitahu saya siapa dia yang sebenarnya. Saya sendiri pun pada mulanya tak percaya. Tapi akhirnya saya yakin kerana segala keputusan pembelian ekuiti di Syarikat Angkasa terletak di tangannya.

“Saya tak tahu apa tujuan sebenarnya dia bekerja si syarikat kita dulu. Cuma yang saya tahu, dia tak pernah berniat untuk menipu kita kerana katanya profile syarikat kita diberi padanya selepas beberapa bulan dia bekerja dengan ayahnya. Ada dua syarikat lain yang diberi padanya tapi dia setuju menimbang syarikat kita, bukan kerana dia berdendam dengan tuan tapi kerana dia merasakan yang dia bertanggungjawab membantu kita. Syarikat kita syarikat bumiputera yang boleh berkembang.

Dia tak mahu perkara ini diberitahu pada tuan dan juga Faizal kerana dia tak mahu tuan dan anak tuan menyangka yang bukan-bukan padanya. Selama saya berjumpa dengan dia, dia tak pernah mengata buruk pada tuan, apatah lagi Faizal. Saya tahu dia benar-benar terluka dengan apa yang berlaku tapi keputusan dia meletakkan jawatan bukan disebabkan tuan atau Faizal. Ketika itu dia sudah membuat keputusan untuk bekerja dengan ayahnya. Iqa seoarang gadis yang baik cuma kadangkala dalam diri kita, kita selalu silap menilai orang. Menilai dari kedudukan orang, bukan budi pekerti.” Panjang lebar Encik Badrul memberitahu.

Tuan Ahmad menelan air liurnya beberapa kali. Dia rasa tersindir dengan kata-kata Encik Badrul terutamanya di akhir kata-katanya tadi. Dia merenung Faizal yang beku dan kaku tanpa kata.

“Malu ayah, Faizal.” Tuan Ahmad berkata separuh kesal.

Encik Badrul tersenyum.

“Tak ada apa yang nak dimalukan tuan. Atiqah bukan manusia yang suka menyimpan dendam. Dia langsung tak kisah dengan apa yang berlaku. Dia pernah cakap dia mahu juga datang ke pejabat ni dan menjenguk tapi dia segan. Dia segan dengan tuan dan Faizal.”

Faizal mendongak merenung Encik Badrul. Dia menggigit bibirnya. Ada beberapa kali Atiqah menelefonnya namun dia buat acuh tak acuh melayan.

Dia malas bertengkar dengan ayahnya nanti atas soal yang remeh temeh seperti itu. Ada beberapa kali Atiqah mahu belanja dia makan tetapi ditolaknya kerana takut Kasmah tahu. Setiap kali dia menolak pelawaan Atiqah, Atiqah cuma ketawa. Tidak sedikit pun gadir itu mengeluh atau memarahinya. Alangkah bodohnya dia!

“Kenapa awak tak beritahu saya awal-awal?” Tanya Tuan Ahmad.

Encik Badrul tersenyum sini. Macam mana dia mahu beritahu awal-awal kalau dia sendiri pun tidak tahu!

“Tak perlu kita pertikaikan siapa Atiqah sekarang, tuan. Yang penting Datuk Marzuki sudah memberi kita peluang. Pertama, membeli ekuiti kita dan kedua, mereka mahu membeli keseluruhan syarikat dengan pungurusan dijalankan oleh tuan. Atiqah nampaknya menyerahkan segala keputusan kepada kita semua.”

Tuan Ahmad menggigit bibirnya. Dia tidak tahu bagaimana mahu menghadap Atiqah nanti. Bagaimana dia mahu menghilangkan rasa malunya pada Atiqah, gadis yang pernah dihinanya suatu ketika dahulu.

“Kamu macam mana Faizal?” Tanya Tuan Ahmad pula.

Faizal mendepangkan tangannya. Dia menyerahkan segala keputusan kepada ayahnya.

“Faizal tak mahu cakap apa-apa ayah. Kalau ayah malu, Faizal lagi malu ayah!” Faizal meraup mukanya separuh kesal.

“Tak ada apa yang nak dimalukan Faizal. Lagipun Atiqah tak pernah berdendam dengan kita.” Encik Badrul berterus terang.

Dia merenung Faizal. Kalau selama ini Faizal merasakan yang Atiqah menyukainya dan kecewa dengan keputusan bertunang dengan KAsmah, Faizal sebenarnya silap. Dia pernah terserampak Atiqah makan bersama dengan seoarang lelaki di sebuah restoran. Lelaki itu kelihatn begitu mesra dan secocok dengan Atiqah. Dia pasti itu ialah kekasih Atiqah.

“Sekarang terpulang pada Tuan Ahmad untuk memutuskannya. Syarikat ni syarikat tuan tapi kalau diminta pendapat saya, saya suka dengan cadangan pembelian saham dengan tiga puluh peratus campur tangan dari syarikat induk. Ini bermakna kita mendapat segala kemudahan dari Syarikat Angkasa. Tujuh puluh peratus pentadbiran masih dengan kita. Kemudahan yang kita dapat memang banyak. Apatah lagi untuk kebajikan pekerja. Cadangan yang dihantar oleh Atiqah, kalau kita teliti banyak menekankan pada bantuan, bukan mencari keuntungan.”

Kata-kata Encik Badrul hanya disambut dengan keluhan Tuan Ahmad. Dia tidak tahu apa muslihat Atiqah. Namun sebentar tadi, Atiqah nampak tenang. Gadis itu amat profesional.

“Saya tak tahu Badrul… terpulanglah pada kamu macam mana nak buat. Kalau kamu rasakan yang kita patut terima, kita terima. Lagipun memang sekarang kita memerlukan bantuan Datuk Marzuki.” Keluh Tuan Ahmad untuk kali yang entah ke berapa.

Apa dayanya. Walaupun dia tahu syarikat tersebut masih boleh berdiri, dalam keadaan ekonomi sekarang banyak perkara yang tidak di duga akan berlaku.

Diorang Ni Tak Tau Nak Cepat Ke?

Ain selalu ada masalah dengan orang-orang yang tak tau nak cepat ni.
Ain taulah deme2 yang yang lembap ni maybe nak berhati-hati atau tak ada benda yang di kejar kan.
Boleh lambat kalo deme2 ni duk sorang-sorang atau duk ngan orang yang sama spesis ngan diorang.
Kalau tengah bawak kereta tu memang lah ada signboard kata bawa 60km/j tapi jangan lah bawa 40km/j. Dah tu duk kat lorong kanan plak tu.
 Aduhai...
Kalau tak berapa berani nak drive laju sikit duk lorong kiri.
Tak de sapa nak bengang.
Ain ni pun bukan lah jenis bawak kete laju pun...
Bawa Kancil je pun...
Bukan bleh pegi laju pun....
Tapi tak de lah nak slow macam kura-kura.
Itu citernya kalo kat jalan.
Kat taska pun sama wei....
Dah le tempat parking tak berapa nak cukup.
Jadi nya bila anto anak tu cepat2 lah sikit.
Ni dah le anto laki bini...
Anak angkat sorang satu...
Bawak lah beg anak tu sekali...
Ni tak, anta anak dulu, pastu ge kete balik, amik beg plak...
Alahai....
Ain sorang-sorang je tau anta anak ke taska.
Tapi tak de lah berulang alik camtu sekali...
Huhuhu....
Yang tak tahan tu...
bleh plak lepak kat situ lelama....
Kete kat belakang dah berderet nak parking ni....
Apalah punya manusia...

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff