my nuff

Faiz Cuti Sekolah Seminggu


Ni yang nak jadi budak sekolah balik ni..
Untuk CNY akan datang Faiz dapat cuti seminggu.
Punya lah best...
Tapi kena ganti balik lah....

Hari Ni Kat Sekolah Saya Beli Air Je


Faiz.... Faiz...
Semalam masa rehat dia beli air je.
Tak beli makanan pun.
Bukan tak cukup bagi duit belanja.
Rasanya RM4 tu lebih dari cukup.
Semua berpunca dari benda yang kat dalam gambar bawah ni.


Sebelum ni, masa mula-mula Faiz ada dompet tu, setiap hari dia mesti simpan RM1 dari duit belanjanya. Agaknya bila dia tengok duit simpannya lambat jadi banyak, jadi semalam dia beli air je supaya dia boleh simpan banyak sikit.
Aduh yai.... anak... anak....
Tapi kalau nak tau dia simpan duit hanya lah satu tujuan...
Nak beli helikopter kawalan jauh yang harganya buat Ain mengucap panjang tu...

pinjam dari google

Camna tu.... Agak berapa lama ambil masa untuk simpan duit beli helikopter tu...

8 Tip Hapus Prasangka Terhadap Pasangan

Prasangka terhadap pasangan?
Hampir semua orang alami perkara ni terutama pasangan yang agak kuat cemburu macam Ain.
Ain mengaku, Ain memang kuat cemburu.
Bila dah cemburu tu selalu lah berprasangkakan.
Mingguan Wanita Bil.1525 kali ni ada tip hapus prasangka terhadap pasangan.
So Ain nak share lah apa yang Ain dapat untuk kengkawan semua.

8 Tip Hapus Prasangka Terhadap Pasangan

  1. Cubalah bersabar dan belajar untuk kawal emosi. Percayalah bahawa setiap manusia ada sejarah mereka yang tersendiri. Yang baik jadi ikutan tetapi perkara buruk biarlah jadi sempadan.
  2. Buang jauh-jauh tanggapan negatif anda terhadap pasangan. Sebusuk-busuk mana pun, dia tetap suami atau isteri anda.
  3. Ingat kembali saat anda diijabkabulkan. Fikirkan betapa ikhlasnya pasangan mengambil anda sebagai suami atau isteri anda.
  4. Amalkan sikap terus terang dengan pasangan, Sekiranya anda menyimpan sesuatu di dalam hati, maka cepat-cepat luahkan tetapi lihat dahulu moodnya ketika itu. Bimbang tak kena pada tempatnya hingga mencetuskan perang dunia kedua.
  5. Tanamkan kepercayaan bahawa dia masih mampu menjadi suami atau isteri yang hebat. Biarpun tindakannya seolah-olah membuka pekung di dada, tetapi bukan semua lelaki mahupun wanita sanggup melakukannya.
  6. Perhatikan tingkah laku pasangan. Sekiranya dia kembali membuat kesilapan dengan menjerumuskan diri kepada kesilapan masa lalu maka 'tariklah' dia ke jalan kebenaran. Bantulah dirinya untuk berpijak di bumi nyata agar rumah tangga kembali bahagia.
  7. Perasaan pasti terganggu memikirkan pengakuan tang keluar dari mulut pasangan. Dari itu, carilah seorang teman yang benar-benar boleh dipercayai untuk bercerita sekaligus melahirkan pandangan yang bernas mengenai apa yang anda rasa agar hari-hari yang dilalui terasa lebih bersemangat dan positif.
  8. Yakinlah bahawa kalian masih mempunyai peluang untuk mengecap bahagia seperti mana insan-insan lain. Meskipun mengetahui latar belakangnya yang terdahulu tetapi percayalah semua itu adalah dugaan yang diberi olehNya bagi mematangkan perkahwinan anda.

Harap tip2 ni dapat bantu kita memantapkan lagi kerukunan rumah tangga kita kan...

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff