my nuff

1st Giveaway Ibu Amirul

Entry Melekat Sampai Ada Pemenang
Berdebar-debar sebenarnya ni. Al maklum pertama kali nak buat G.A. Untuk 1st G.A, Ain nak kengkawan teka apa benda dalam gambar kat bawah ni.
Pemenang akan dikira siapa yang paling tepat dan paling pantas.
Hadiah Pertama:
Sebuah Novel Adam dan Hawa beserta benda yang diteka tu...

Hadiah Kedua:
Sebuah Novel Ombak Rindu

Hadiah Saguhati untuk semua peserta:
Tersenarai dalam Bloglist Istimewa Ibu Amirul

Syarat-syaratnya:
1. Terbuka kepada semua blogger

2. Follow blog Ibu Amirul (Wajib)

3. Follow Twitter Ibu Amirul (Suka hati)

4. Buat entry untuk G.A ni "1st Giveaway Ibu Amirul" dan dalam entry tu mesti ada
- header Celoteh Ibu Amirul
- jawapan anda
-tag 3 rakan blogger anda dan bagi tau mereka anda tag diorang untuk segmen ni

5. Bila siap entry, letak link di ruangan komen...

Segmen G.A ni akan tamat bila ada dua pemenang yang meneka jawapan paling tepat.


BW Giler Giler

Hari ni memang BW giler2 punye....
Macam-macam citer yang kekawan blogger lain kongsikan....
Kalo ge blog ibu2 atau bapak2 mesti ada citer pasal anak-anak...
Ada gak yang citer pasal kesihatan....
Baru tau yang kacang soya ada keburukannya kalo ambil berlebihan...
Tertarik ngan cara Muhammad Ali menasihatkan anaknya tentang menutup aurat...
Dan yang paling meninggalkan kesan, citer sebalik Gangnam Style...
Yang tu semuanya Ain baca kat Asmar Arafad

Tapi hari ni punya berita panas tentang kisah Fiz Fairuz tunang ngan isteri orang....
Tak kurang juga yang masih bercerita tentang amah lambung bayi 4 bulan tu...
Ok.... Esok Ain akan wat BW gile2 lagi....

SAIYIDINA ALI MENGHORMATI ORANG TUA NASRANI


Suatu hari Saiyidina Ali Karramallaha Wajhah tergesa-gesa untuk menunaikan solat subuh berjemaah bersama-sama Rasul...ullah. Di tengah perjalanan ke masjid, Saiyidina Ali bertemu dengan orang tua bertongkat sedang berjalan dengan sangat perlahan dan ditangannya memegang pelita untuk menerangai jalan yang gelap gelita.

Saiyidina Ali mengikuti sahaja langkah orang tua itu kerana beliau tidak sanggup memintas orang tua itu sebagai menghormatinya. Apabila tiba di masjid, Saiyidina Ali bergegas masuk ke masjid untuk menunaikan solat subuh berjemaah bersama Rasulullah. Ketika Saiyidina Ali memasuki masjid di dapati Rasulullah sedang rukuk. Rukuk Rasulullah pada kali itu sungguh lama, tidak seperti biasa, seolah-olah menanti Saiyidina Ali turut serta solat berjemaah.

Setelah selesai solat subuh Saiyidina Ali bertanya kepada Rasulullah " Ya Rasulullah, kenapakah engkau memanjangkan rukuk pada kali ini, belum pernah engkau lakukan sebelum ini". Jawab Rasulullah " Semasa aku sedang rukuk, dan ketika aku hendak iktidal, tiba-tiba datang Malaikat Jibril dan menekan belakangku. Setelah lama menekan barulah aku dapat iktidal".

Mendengar jawapan Rasulullah, Saiyidina Ali menceritakan apa yang berlaku semasa perjalananya ke masjid tadi. Rupa-rupanya Allah telah mengisyaratkan kepada Rasulullah supaya menanti Saiyidina Ali supaya dapat ikut serta solat subuh berjemaah. Ada juga diriwayatkan bahawa pada saat itu Allah telah memerintahkan Malaikat Mika'il supaya menahan kelajuan matahari agar Saiyidina Ali dapat solat subuh berjemaah bersama-sama Rasulullah kerana sikap Saiyidina Ali meredah diri dan menghormati orang tua Nasrani itu.

Pengajaran: hendaklah kita sentiasa menghormati orang yang lebih tua dari kita.

Rabu Tanpa Kata - Bila Firas Ketawa







BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff