19 TIPS CINTA SUAMI ISTERI
♥ ♥
1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.
9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.
10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Yang Popular
-
1. Mimpi membeli pakaian • Janganlah terlalu banyak berfikir tentang perkara yang akan datang. 2. Mimpi anda tidak berpakaian • Anda ...
-
Hahaha, akak anak yang pertama. Boleh dikatakan apa yang tertulis tu hampir 99% betul. Hehehe. Tapi janganlah terpengaruh sangat, sebab se...
-
Yang ni senarai harga baru produk Hai O. Kuatkuasa 1 Februari 2015 🎯Harga baru untuk FEBRUARY 2015🎯 💖Garlic - rm32/rm38 : bv 21 💖Spir...
-
Makanan yang menyebabkan kahak dan yang boleh menghilangkan kahak.. Kahak boleh dikeluarkan melalui 3 cara, daripada batuk kahak, sel...
-
Kalau bermimpi kepala timbul luka-luka yang banyak. Memperolehi keuntungan Kepala keluar tanduk Ada perselisihan faham yang akan difa...
-
1. Mimpi keluarga Anda akan berusaha dalam suatu perjuangan 2.Mimpi hidup bahagia dengan keluarga Anda akan mengalami keuntungan dalam...
-
If U were born on the 1st, 10th, 19th, 28th of any month... U r number 1.... If U were born on the 2nd, 11th, 20th, 29th of any m...
-
Masa tayangan pertama telemovie ni akak terlepas tengok. Al maklumlah sibuk sangat (ye ye o je kan). Sampai tak perasan ada drama ni....
-
Siapa yang follow Gegar Vaganza musim ketiga kali ni? Mesti ramai kan. Akak antara peminatnya sejak musim pertama lagi. Siapa pula piliha...
-
TERKINI...SAYA TERPAKSA SHARE dgn ANDA SEMUA!! BEST! BEST! BEST! BEST! BEST! BEST! BEST! AWESOME! COZUMA CC CREAM. SAYA SUKA SANGAT! Bila...
