my nuff

Penatnya Kenduri Kahwin - 1.3.13 Majlis Pernikahan

Majlis pernikahan berlangsung pada petang Jumaat tu selepas waktu Asar. Tak mo cite lebih, biar gambar yang berbicara...
Barang Hantaran dari pihak perempuan

Sirih junjung import dari Johol... Tapi rasanya menjelang Ahad tu dah tukar lain sebab bunga dah layu.

Singgahsana Raja Sehari

Bunga Telur buatan pengantin sendiri... Gigih dia menggubahnya

Senyuman dalam debar...

Akak2 dan adik pengantin...
Ada lagi seorang tapi sibuk lah teramat sangat...
Cian dia...

Singgahsana bila malam menjelma

Bakal pengantin lelaki tiba

Debar menanti Pak Imam... Sebab pada hari yang sama, ada lagi satu pasangan yang pak imam kena nikahkan...


Selesai sudah Majlis Pernikahan...
1.3.13 jam 6.30 ptg mereka berdua diijabkabulkan...
Alhamdulillah...

Sepatutnya pada malam tu ada Majlis Berinai tapi keadaan cuaca tak mengizinkan sebab hujan lebat...

Penatnya Kenduri Kahwin - 1.3.13 Lembu Aqiqah

Dikesempatan mengadakan kenduri kahwin ni lembu yang nak di tumbangkan di jadikan lembu Aqiqah sekali.
Ada tujuh orang semuanya....
Yang baby nye, Firas sorang je...
Yang lain ada nenek firas, nenek sedara, atuk sedara, pak sedara...
yang best nye pengantin lelaki pun tumpang Qiqah sekali...
Hehehe...
Terbaiklah...
Lepas solat jumaat semua yang terlibat ke Kampung Temeris sebab lembu ada kat situ...
Mana satu lembunya

Yang ni ha.... Dah siap kena tambat dah

Gambar2 tu hubby yang tolong snap kan...
Ain mana pergi ke situ...
Banyak keje kat umah kan....





Penatnya Kenduri Kahwin - 1.3.13 Rewang

Seawal jam 5 pagi Ayah, Nadia (adik Ain), Hubby dan Induk Fauzi dah ke pasar untuk memberi barang keperluan untuk kenduri. Barang kering dah di beli sebelum ni, yang tinggal hanya barang basah je. Juadah untuk hari itu ialah:
Ubi Kayu Masak Lemak Cili Api
Gulai Ikan Patin
Rendang Kacang Panjang Campur Hati Ayam
Ikan Masin Goreng
Hubby dan Induk Fauzi mengangkut sayuran. Banyak tu...


Mak Siti aka Cik Dara orang kuat mak, sedang bersihkan ibu kayu...

Sebahagian jiran yang datang membantu.

Apa agak yang dibincangkan oleh ayah dengan mereka tu...

Terima Kasih kepada ahli blok F, Felda Kepis. Jasa anda tetap dikenang sampai bila2.

Rabu Tanpa Kata - Mata Firas

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff