my nuff

Wanita dan Barang Kemas

 
 
Petang tadi tengok Primadona kat Astro Prima. Ulangan malam Jumaat hari tu.
 Topik kali ni tentang emas dan wanita.
Agak menarik sebab artis jemputannya pelakon otai macam Kartina Aziz dan Liza Abdullah. Rupa nya diorang ni peminat tegar barang emas.
Rata-rata komen diorang, minat terhadap barang emas ni dipupuk oleh mak diorang.
Hmmm... no wonder lah kenapa Ain tak berapa minat dengan barang emas ni.
Yelah... bukan mak Ain saja tak belikan barang emas untuk Ain, dah masa tu tak berkemampuan nak belikan untuk anak2nya. Dah le anaknya semua pompuan. Sebab tu lah Ain adik beradik tak berapa teruja sangat ngan barang kemas ni.
Tapi bila masing-masing dah kerja ni, mak Ain selalu pesan sekurang-kurangnya mesti ada sebentuk cincin gelang rotan kat jari. Huhuhuhu...
Beli memang beli tapi tak suka pakai. Tak de feel nak pakai barang kemas ni.
Kot ada pun rantai kecil kat leher. itu pun tak berapa nak perasan rantai tu ada kat leher tu.
Lagipun rantai tu beli masa mula2 kahwin 8 tahun lepas guna duit hantaran.
Sekarang ni memang tak de lah saja2 nak beli emas.
Nak beli untuk anak?
 Mana boleh.
Anak2 Ain semua lelaki.
Untunglah hubby Ain dapa wife macam Ain ni yang tak bape nak kecor sangat dengan barang emas ni.
So, apa pendapat kengkawan tentang barang emas ni?
 

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff