my nuff

Tip Membeli Belah Seorang Diri


Ain memang suka pergi membeli belah seorang diri.
Sebab masa beli belah Ain tak suka menunggu dan ditunggu.
Kalau pergi dengan orang lain, sah2lah Ain kena tunggu orang tu selesai pilih barang atau orang tu yang akan tunggu Ain.
Oooo... memang tak suka.
Kali ni Ain nak share tip beli belah seorang diri. Sumber MW bil.1418

1. Rancang dan batasi perbelanjaan anda, lebih elok jika anda sediakan senarai barang yang hendak dibeli dan pastikan juga anda sendiri patuh sengan senarai tersebut.

2. Jika anda mempunyai kad kredit lebih baik elakkan, biasakanlah dengan menggunakan wang tunai untuk menghadkan perbelanjaan anda.

3. Jangan mudah percaya semua yang didengar mahupun yang dapat dilihat. Sememangnya manusia mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang menarik perhatian.

4. Membeli ketika anda memerlukannya, jangan pula beli tetapi anda sendiri tidak tahu keperluannya.

5. Anda boleh memastikan mutu dan kegunaan barangan yang dibeli tidak terjejas atau hampir terjejas.

6. Jadilah seorang pembeli yang bijak, bandingkan terlebih dahulu harga dan kualiti dengan kedai-kedai yang lain sebelum membuat pembelian. anda perlu tahu hak anda sebagai pengguna.

7. Gunakan bakul kecil dan elakkan troli. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kecenderungan atau keinginan anda untuk berbelanja lebih.

8. Berbelanja apabila anda berada dalam keadaan kenyang. Amalan ini dapat mengelakkan anda daripada tergesa-gesa dan membuat pilihan dengan tenang.

9. Semak harga yang dikemukakan dengan harga yang tercatat pada resit dan jumlah barang yang dibeli.

10. Buat tuntutan jika terdapat perbezaan sama ada dari segi harga, kualiti, keselamatan dan kesahihan barang yang dibeli.

11. Berjalan atau gunakan pengangkutan awam. Ia dapat menghadkan hasrat dan kemampuan anda untuk membeli barangan yang tidak perlu.

12. Anda haruslah ingat ketika membeli, ia perlulah berdasarkan keperluan dan kemampuan. Bukan mengikut perasaan atau keinginan. Alah membeli menang memakai.

Salam Selasa


Apa aktiviti kengkawan semua hari ni selain ke tempat kerja.
Ain hari ni ada beberapa perkara yang kena Ain buat.
Selain buat kerja sambil cedok ilmu kat blog2 kengkawan, Ain kena pergi Tabika sebab kena sign penyata kewangan. Hari Khamis ni ada Mesyuarat Agong, jadi sebagai penyimpan kira-kira, Ain kena semak penyata kewangan 2012 sebelum dibentangkan nanti.
Lepas tu Ain kena pergi reload untuk top up kedai.
Lepas tu kena pergi kedai kejap hantar beg duit hubby yang tertinggal dalam kereta semalam.
Ish ish... Macammanalah boleh lupa nak ambil.
Oklah itu je celoteh ibu amirul pagi selasa ni.
Nanti kalo ada modal lain leh celoteh lagi kat sini.
Daaa.......

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff