my nuff

15 KESILAPAN IBUBAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia." - (Maksud Al-Hadith )

1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa
  ♥ Kurang berdoa semasa mengandung.
Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)
Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38)
Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
♥ Kurang berdoa semasa membesarkan anak.
  Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128)
Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74)
Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti: menakutkan anak-anak dengan sekolah, menakutkan dengan tempat gelap, menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau, menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak, tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak, terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi dihadapan anak-anaknya.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video[1]. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.


Sharing Is Caring...
Kita selalu mencari ilmu bagaimana nak menjadikan anak2 kita anak yang cemerlang, tapi dalam kita tak sedar kita selalu melakukan kesilapan dalam mendidik anak2.

Bubbly & Associates Giveaway


SYARAT2 PENYERTAAN

1) Follow Blog Farah's Bubblynotes

2) Follow Blog Sponsors:

3) Klik Kesemuanya Di Bawah Ini:


(WAJIB FOLLOW & WAJIB LIKE - AKAN DISEMAK)

4) Dah settle follow mengfollow & main klik-klik... Sila buat satu entri bertajuk:
Bubbly & Associates Giveaway

5) Copy coding HTML di bawah ini dan paste ke HTML post... Contoh..." Kakak +Mia Liana pinjam tutorial... "

Credit pada Kakak +Mia Liana / Mia Liana

6) Lepas dah copy + paste... Publish entri...Siap...

7) TAG SEORANG BLOGGER & PASTIKAN BELIAU TAHU MENGENAI GA INI

8) Tinggalkan link entry anda di ruangan komen entri ini...

Pemenang akan dipilih berdasarkan Random.ORG... (baik doa yang Pakcik Random sayang uols... ) dan bagi senarai hadiah sila tekan SINI dan SINI
Nak Ajak Kniedaz

Shaheizy Sam Bintang Paling Popular 2012


Salam Isnin semua.
Pagi2 ni nak cite pasal ABPBH malam tadi.
Mesti kengkawan tengokkan.
So. satu Malaysia dah tau bintang paling popular 2012 - Shaheizy Sam.
Suka suka suka (eee gedik).
Ekceli macam2 perasaan timbul bila tengok majlis anugerah tu.
Happy, menyampah, boring, shahdu.

Happy

Sebab ada antara pemenang tu yang Ain harapkan dia menang.
Macam Aiman Hakim Redza, NABILA HUDA (wow minat sangat ngan dia ni) ngan Shaheizy Sam (minat dari tingkatan 5 lagi).

Menyampah:

Kengkawan perasan tak ada suara pompuan mana ntah yang terjerit-jerit.
Aduh yai, Spoil betul.
Kot ye pun excited tak yah lah camtu sekali.

Boring:

Sebab masih ada beberapa anugerah pemenangnya orang yang sama aja.
Alahai...
Pastu masa persembahan, kamera tak bape nak fokus ngan artis yang wat persembahan.
Dah tu dari jauh je.
Padahal tengok kat tv patut nya bleh lah tengok dekat bukan kat stadium yang sah2 tengok dari jauh.

Shahdu:

Part bila segmen karaoke era 90 an.
Pergh teringat zaman gonjeng2 masa sekolah duk kat hostel dulu.
Hujung minggu bila time gotong royong pasang radio kuat2.
Layan lagu slow rock tu...

Persembahan yang meninggalkan kesan selain karaoke tu, persembahan tribute utk Search. Masa Ella nyanyi lagu Pawana tu best sangat.

Keseluruhannya penganjuran kali macam biasa2 je.
Apapun tahniah untuk semua.

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff