my nuff

Menang Bersama Segmen ERAZ FADLI Sempena Pageview 1 Juta


ERAZ FADLI mengajak semua blogger untuk join Menang Bersama Segmen ERAZ FADLI Sempena Pageview 1 Juta.. Segmen yang sangat simple dan insyaallah akan memberi manfaat kepada semua.. Semua ini bersempena blog ERAZ FADLI mencapai Pageview 1 Juta.. Segmen ini bermula pukul 2.30 Petang (Selasa - 16 April 2013 hingga 2.30 Petang (Rabu - 17 April 2013) sahaja.. 24 Jam!

DUA blogger yang bertuah akan mendapat Top-Up RM 5.. Pemilihan melalui Mr. Random.org..
Syarat : -
  1. Follow blog Eraz, dan like Page E'raz Fadli..
  2. Buat tajuk entri Menang Bersama Segmen ERAZ FADLI Sempena Pageview 1 Juta..
  3. Copy coding code yang telah disediakan di SINI dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish entri..
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini..
# Senang.. Idea cara yang simple dan mudah ini dikreditkan kepada blogger MiaLiana..

Panduan Bercinta Dengan Suami Orang

Errrr,,,...
Biar betul ni...
Kat muka depan MW yang terbaru ni ada tajuk PANDUAN BERCINTA DENGAN SUAMI ORANG.
Adoiyai...
Camna lah pakar tu boleh keluarkan tajuk tu pulak.
Tapi bila baca intipati dalam nya, macam2 perasaan ada.
Lega pun ada menyampah meluat pun ada.
Meh nak share sikit apa yang pakar tu kata ye...

Syarat Untuk Wanita
1. Jujur dan ikhlas untuk berkongsi dan bukan merampas
2. Mengenali isteri kepada suami orang tersebut.
3. Tidak mendominasi dan menguasai
4. Bersedia untuk tanggung risiko...

Pastu ada perenggan yang suka sangat...

Si wanita yang mencintai suami orang juga jangan mudah tertipu dengan cerita suami orang mengenai keburukan isterinya. Mudah cerita, kalau dah isteri tu buruk perangainya, kenapa masih disimpan?

Nak tau lebih, ada dalam MW bil.1535 m/s 118....

Ni Chicken Pox ke?


Ain pun tak pasti sangat.
Rasanya kalo kena chicken pox lain kan.
Tapi itulah yang pengasuh taska tu cakap
Bawa ge klinik semalam pun, nurse tu cakap chicken pox gak...
Apapun, moga Firas cepat sembuh...
Kesian dia...

Kisah Semalam

Semalam memang hari yang panjang untuk Ain.
Macam biasa pagi Isnin memang kelam kabut sikit.
Dek kelam kabut tu, Ain ngan ofismate masuk lewat dua minit.
Sebab Ain pegang kunci ofis..
Dah masuk ofis tu, lepas wat apa yang patut (termasuk update blog hehehe), kuar balik.
Nak bawak Firas ge klinik nak cucuk setahun.
Tapi ada sesuatu jadi kat Firas.
Dia dapat jangkitan kulit.
Orang kata chicken pox (betul ke spelling tu)
Kat Taska dia pun dah beberapa orang yang kena.
Ah sudah... Maknanya Firas tak leh ge Taska samapai dia baik.
Huhuhu...
Takkan nak cuti seminggu plak...
Dah terbayang mak kat kampung, kena minta tolong ni.
Sampai klinik plak, bila dah kena jangkitan camtu, memang takkan kena enjet lah sampai Firas baik.
Tapi dia suruh jumpa doktor.
Perghh... punya lah lama nak tunggu.
Masa berlalu ni, nak balik kampung lagi amik nenek diorang ni.
Sesuatu yang tak pernah Ain buat sebelum ni, Ain buat semalam.
Ain amik balik kad Firas dari bakul depan bilik doktor tu, terus blah dari klinik tu.
Lepas ge klinik tu naik ofis jap sebab nak maklumkan kat bos Ain kena cuti emergency.
Hantar Firas ke Taska kejap (tumpang sementara nak ge amik nenek dia).
Terus balik Kepis ngan Fahim.
Tengah jalan plak kena tahan ngan JPJ.
Aduh mak ai...
Kena saman wei...
Sebab no plat kete tak ikut format JPJ...
Eeeee.... geramnya, memang tak leh terima sebab bukan salah Ain.
Bukan Ain yang tukar no plat tu....
Sampai Kepis, rehat jap, makan tengahari, solat pastu balik semula ke Temerloh...
Huhuhu
Dua jam pergi dua jam balik... Penat wooo.... Rasa nak kejang kaki ni
Sampai Temerloh, ge amik Firas kat Taska.
Tengok2 Firas dah ada dalam bilik kuarantin.
Ada berbelas budak dalam tu.
Pengasuh Taska tu cakap Taska akan tutup selama 4 hari.
Sebab orang kesihatan dah datang.
Phewww... Sib baik dah amik nenek budak2 ni.
Panjang Ain celoteh pagi2 selasa ni...
Tapi tulah kisah yang berlaku semalam...

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff