my nuff

Cerita Sayang Ketat-Ketat

Sejak Ain mula bertugas di sini pada 15.11.2009, tak pernah sekali pun Ain rasa tak selesa dengan mereka semua ni.
Hari2 penuh dengan ceria dan kasih sayang.
Yang susah akan sama-sama dibantu dan yang senang yang akan dibahagi-bahagikan.
Bab belanja makan, sebulan mesti ada 4 5 kali yang akan belanja.
Tak kiralah ada yang dapat APC ke, hari lahir ke, atau apa je.
Kalo tak belanja pun, kami akan buat potlak.
Ataupun masak bersama-sama.
Tu baru cerita pasal makan, belum lagi jika ada kesulitan yang perlukan bantuan.
Pernah sekali Ain bagi tahu yang ayah Ain nak cari daun bidara berduri untuk dibuat ubat.
Ain hanya bercerita je dengan mereka2 ni.
Tiba ada sorang akak ni memang kenal dengan daun tu.
Dia tolong carikan daun tu untuk Ain.
Yang mengharukan Ain bila akak tu sanggup panjat pokok tu untuk ambil daun tu.
Kalau ikutkan sapa lah Ain ni dengan dia kan.
Tapi kerana keikhlasan dan kasih sayang, semua permintaan akan cuba dipenuhi.
Ain teringat masa Ain mengandungkan Firas ari tu.
Sampai ada yang tanya, Ain nak makan apa?
Diorang boleh tolong buatkan.
Coretan kali ni Ain dedikasikan khas untuk warga Bahagian Audit Sekolah Cawangan Temerloh.
Kami hanya ada 16 orang sahaja.
Hubungan ketua dan orang bawahan hanyalah dari hal kerja saja.
Yang selainnya kami bagai 1 keluarga.
Cubit peha kanan, peha kiri akan menjerit kesakitan.
Semoga kasih sayang antara kami kekal selamanya.
In Syaa Allah...

My First GA

Sebagai Tanda sokongan buat sahabat alam maya yang sorang ni, Ain join GA pertamanya...
Syarat-syaratnya (Ain copy sejibik sejibon dari tuan tanah kedaung tu...._

1. Mestilah follower blog saya (kalau belum, sila la follow - terima kasih in advance)

2. Kalau rajin, like page Big D's Crafts kat side bar blog beliau.

3. Buat simple entry dengan jawapan dan link kan ke entry ini.

4. Done!



Kena kira ada berapa patung tu...
Jawapan Ibu Amirul - 24 (berpinar mata nak mengiranya)

Pada yang nak cuba nasib boleh klik Kniedaz

Selamat Hari Lahir




Selamat Hari Lahir
Untuk Kamu Yang Selalu Di Hati
Untuk Kamu Yang Sudi Menjadi Teman Hidupku
Untuk Kamu Yang Selalu Menyayangiku
Selamat Berbahagia Selalu
Untuk Kamu Yang Menjadi Teman Tawaku
Untuk Kamu Yang Selalu Menjadi Teman Tangisku
Untuk Kamu Yang Sering Menjadi Teman Seteruku
Semoga Sentiasa Diberkati Tuhan
Untuk Kamu Yang Sentiasa Mengukir Tawa Dibibirku
Untuk Kamu Yang Selalu Buatkan Hatiku Berdebar-debar
Salam Sayang Cinta Berahi
Dari Ku Untuk Mu
Selamanya...

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff