my nuff

Sentap Tak?

Dapat kat muka buku.

Konpius ni!!!!!!

PRU kali ni, betul2 terasa.
Kalo dulu cuma tengok perang bendera je.
Sekarang ni, dengan perang facebook, perang twitter, perang sms pun ada.
Konpius betul camna diorang boleh tahu no telefon kita ek...

SMS pertama:
No Tel: 0111949****
Tips pru 13: Kumpullah maklumat sebanyak mungkin dan mengundilah dengan minda yang celik. JOM Undi ke arah Malaysia yg lebih baik utk generasi anak-anak kita.
 Yang ni mungkin secara random je kot.

SMS kedua:
No Tel: 013654****
Salam. Saya Mohd Nazree Mohd Yunus, calon parlimen Kuala Pilah (Parti Keadilan Rakyat) mohon doa restu & dukungan untuk anak muda berkhidmat di Kuala Pilah. Sebarang makluman boleh rujuk di Facebook: Nazree Yunus untuk Kuala Pilah.
Yang ni pun random juga ke. Tak mungkin rasanya...
Camna diorang bleh tahu Ain undi Parlimen Kuala Pilah.

Tambah buat Ain musykil lagi bila dapat yang ni.

Siap pos ke rumah lagi.
Kalo calon tu bertanding kat temerloh ni, munakahat juga.
Mungkin dia pos ke semua rumah.
Tapi ni calon Dun Senaling kat Negeri Sembilan nun.
Siap tahu nama penuh ngan alamat rumah Ain lagi.
Hmmmm.... konpius ni...

Andai Itu Takdirnya - Telemovie VS Novel

Hahaha
Tak kebah2 lagi demam Andai Itu Takdirnya.
Nak wat camna kan...
Dah memang novel tu betul tinggalkan kesan.
Ain nak menjawab komen teman alam maya ni


Memang Ain akui, Ain tengok telemovie tu dulu sebelum baca novelnya.
Sebelum ni, adik2 Ain pernah bagi tau cite Andai Itu Takdirnya lagi best dari Cinta Kau dan Aku (dua2 tulisan Siti Rosmizah).
Sebab Ain rasakan Cinta Kau dan Aku dah best sangat.
Bila Ain tengok telemovienya pada 14 April ari tu, hmmm... macam biasa2 je citernya...
Tapi bila dah baca novel berhantu tu, jauh sangat jalan ceritanya..
Mungkin ada point2 yang sama.
Macam...
- Dalam telemovie anak Leya sakit jantung berlubang tapi dalam novel, anak Leya kembar lelaki perempuan. Yang lelaki tu tu sakit jantung berlubang dan meninggal tak lama kemudian.
-Kos rawatan RM50000 tapi dalam novel kos RM50k untuk rawat kanser Leya.
Mungkin ada persamaan plot2 ceritanya tapi jalan cerita keseluruhannya memang jauh berbeza.
Yang pastinya novelnya berganda2 lagi best dari telemovie..
Yelah kan, mana mungkin novel setebal tu nak di telemoviekan, kalau buat drama episod tu mungkin boleh kot...

5 Perkara Terpenting Perlu Anda Tahu Mengenai Solat


Solat Subuh - Wajah Yang Cantik
Sabda Rasulullah SAW - Barang siapa yang tinggalkan solat Subuh tiadalah padanya nur di wajahnya.

Solat Zuhur - Duit Yang Banyak
Sabda Rasulullah SAW - Barang siapa yang tinggalkan solat Zuhur tiadalah padanya rezeki yang berkat.

Solat Asar - Kesihatan Yang Baik
Sabda Rasulullah SAW - Barang siapa yang tinggalkan solat Asar tiadalah padanya kekuatan badan.

Solat Maghrib - Anak2 Yang Cerdik Dan Berjaya
Sabda Rasulullah SAW - Barang siapa yang tinggalkan solat Maghrib tiadalah padanya anak2 yang bermanfaat.

Solat Isya' - Tidur Yang Nyenyak Tanpa Gangguan
Sabda Rasulullah SAW - Barang siapa yang tinggalkan solat Isya' tiadalah padanya tidur yang nyenyak.

Sharing Is Caring...:)












BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff