my nuff

Car Seat Untuk Firas

Ain shopping online lagi...
Kali ni car seat untuk baby.. untuk Firas lahkan
Dah lama dah nak cari seat untuk Firas ni..
Selama ni kalo Ain drive, mesti sambil dukung Firas...
Bahaya kan...
Tapi nak buat camna...
Gitulah kaedahnya...
Kalo letakkan kat seat tak boleh duduk diam, lagi bahaya.
kot2 terjatuh ke.
Kat kedai ada jual yang jenis besar tu.
Berat plak tu.
Tapi yang ni nampak simple dan mudah.
Lepas guna boleh simpan balik

Ada beg dia sekali.
Senang kan.
Sapa yang berminat boleh terjah kat sini
Selain seat banyak lagi item yang little2 lagi... (Barangan utk baby ngan kanak2 le)
Tapi tak test lagi kat Firas ni.
Tak tau lah camna.
Sebab seingat Ain, bila2 abangnya dulu duduk dalam car seat, dia punya nangis serupa macam budak kena dera dah...
Aduh....
Minta2 Firas ok ngan yang ni...

Dia Telah Kembali

22 Oktober 2012 menjadi detik hitam dalam sejarah keluarga kami apabila kesayangan kami diculik dan dibawa lari.
Kami benar2 terasa kehilangannya.
Kami benar2 rindukannya dan risau takut2 perkara buruk berlaku padanya.
Kami buat laporan polis, kami minta tolong orang yang bijak pandai untuk mencarinya.
Akhirnya pada 19 November 2012, polis telefon bagi tau telah menemui dia ditinggalkan ditepi jalan.
Sedihnya hati melihat dia ditinggalkan begitu saja oleh manusia yang tak berhati itu.
Menurut siasatan polis, semasa dia di culik dia dicabul, diperkosa dan dicederakan.
Masa polis jumpa dia tak boleh bergerak tapi masih bernyawa.
Dia mengalami kecederaan dalaman yang parah selain kecederaan fizikal yang lain.
Dia segera dihantar ke hospital.
Berbulan-bulan dia dihospital untuk mendapatkan rawatan akibat trauma yang dialami.
Tapi kami tak dapat melawatnya selalu kerana dia di Kuala Lumpur sedangkan kami di Temerloh.
Hanya suami yang selalu telefon pihak hospital bertanya keadaannya dan bila dia boleh dibawa pulang.
Dan semalam detik terindah untuk kami, bila kesayangan kami kembali pulang kepada kami.
Dia ialah




:



:



:



:




:




:




Kereta Persona 1.6 kami...

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff