my nuff

Mana Satu Lagi OK?

Kengkawan perasan tak sebelum ni Ain ada guna google+ untuk komen.
yang macam ni...

Memang lah ok..
sebab senang nak reply..

Sebab kalo guna yang ni pulak, kadang2 boleh reply, kadang2 tak...

Tapi kalo google+ dia takkan keluar macam kat bawah ni.
Kita boleh tau ada komen ke tak..

Pastu komen kat google+ tak perlukan moderation.
Kalo komen yang bukan2 pun terus kuar kat kotak komen tu..
Kalo yang biasa kita boleh baca dulu komen sebelum publish..

Hmmm...
Mana satu ye..
Dua2 ada kelebihan ada kelemahan...
So nak tanya pendapat kengkawan plak, mana yang lebih ok...

Bila Musibah Melanda

Semalam balik dari kursus, Ain berkonvoi dengan dua kereta lagi nak pergi rumah kawan (Kak Non) untuk solat Zuhur dulu, Lepas tu baru pergi office.
Dah nak pergi umah kak non, mestilah kereta dia depan sekali. Bukannya kitaorang tak tau rumah dia, tapi bagi tuan rumah lah jalan dulukan.
Ain belakang sekali, tengah2 kereta Kak Misah. Masa dia masuk satu simpang tu, Ain dah tertanya2, nape ikut jalan ni. Depan tu kan jalan sempit. Tapi ain ikut jelah.
Bila sampai simpang nak masuk jalan sempit tu, Ain tengok kereta Kak Misah berhenti, pastu tiba2 nak undur.
Aikkk kenapa ni. Haa salah jalanlah ni.
Rupa2 berlaku kemalangan. Kereta kak non berlanggar dengan satu kereta lain. Salahnya memang kena pada Kak Non. Sebab dia keluar simpang tak pandang kiri kanan.
Husssshhhh... Sesapa je yang pernah excident mesti rasa gentar kan. Walaupun kemalangan kecil. Camtu juga dengan Kak Non. Tapi mujurlah tak de sapa yang cedera. Dan ramai kengkawan dia yang ada kat situ termasuklah Ain. Bertambah nasib baik bila tuan empunya kereta lagi satu tu pun setuju untuk selesai tepi tanpa perlu buat report polis. Cuma Kak Non kena tanggung lah kerosakan kereta tu.
Tapi tu lahkan...
Bila jadi apa2 musibah selain keluarga, kengkawan lah dulu yang datang tolongkan. Kak Non bernasib baik masa musibah tu jadi, ramai kawannya ada disitu. Tidak lah dia keseorangan. Dengan rasa gigilnya, gementarnya. Sebab lepas jadi semalam, memang Kak Non tak boleh cakap apa2, mukanya pucat. Kesian dia.
Bila dah hantar dia balik rumah, barulah dia telefon keluarganya.
Ain harap semua urusan lepas tu dipermudahkan... dan minta2 sangat supaya perkara tu dijauhkan dari Ain sekeluarga.

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff