my nuff

Sebenar Saya Isteri Dia Episod 8

Disebabkan ada kenduri tahlil kat rumah kakak ipar tu, jadinya tak berkesempatan lah Ain nak follow drama ni.
Walaupun masa tu memang boleh je tengok sebab lepas siap tahlil diorang buka tv.
Tapi sebabkan tetamu yang kakak ipar jemput datang bersilih ganti, macam tak seronok lah plak nak duduk kat ruang tamu tu.
Tambahan plak, si Firas dah mula menakalkan dirinya.
Habis semua orang dia nak kacau.
Tak sedaplah kan anak kita kacau orang tengah makan.
Apa yang boleh buat, duk lah berkurung dalam bilik, bersembang dengan biras Ain.
Dia pun ada anak kecik juga.

Jadinya sebabkan Amirul Firas, mamanya tak dapat tengok Firash Arshad kat tv.
Tapi, sib baik ofismate Ain rajin mendownload drama tu.
Bolehlah Ain tengok juga apa jadi dalam episod 8 tu.
Hmmm... Sooo sweett....
"Nak tangan..."

Kepala Pusing Perut Memulas

Sambung balik cerita 2 hari tu...
Selepas ditinggalkan suami (ececeh.... sapa suh gedik2 nak tinggalkan), duduk lah menyembang ngan kakak2 ipar, sambil menyembang sambil menyuap.
Dari pagi sabtu tu macam2 makan, makan nasi, ratah lauk, makan buah, makan nasi, ratah lauk, makan buah.
Jadinya pertu dah macam kena kejutan elektrik.
Tambahan Ain ratah lauk patin masak tempoyak ngan pais ikan patin tu dah macam orang tak makan setahun.
Peberetlah katakan.
Apa lagi, penangan tempoyak tu dah naik ke kepala lah.
Start tengahari tu dah mula ting tong ting tong..
Fahim ngan Firas plak dok merap sangat.
Ikut je mana Ain pergi.
Baru nak lelap mata kejap, Kak Chik ajak pergi rumah saudara kat Chenih, Terengganu.
Gagahlah juga untuk pergi.
Aduhai, ingatkan dekat rupanya jauh juga.
Dah lah kete banyak plak tu.
Sampai sana kami dijamu makan mi kari (makan lagi).
Masa kat situ, kepala sakit balik, perut dah memulas2.
Masa otw nak balik, saat paling kritikal.
Bimbang terkeluar isi perut.
Dah le naik kete orang.
Mujurlah suami kak chik bawa kereta serupa itu F1 punya driver.
Sampai je rumah, letak Firas dalam buai (sebab dia dah tidur masa dalam kereta) terus ke bilik air, menghamburkan segala isi perut.
Perggh.... Lega.
Moralnya, lepas ni kalo makan kena beringat lah... Kalo perut tu dah biasa di isi selang 4 5 jam, jangan dicuba2 makan berterusan... kalau tak itulah akibatnya... huhuhu

Cerita 2 Hari - Part 1

Akhirnya dapat juga update blog kesayanganku ini.
Sebab dua hari lepas terperangkap dalam kawasan yang network coverage tersangatlah limited.
Ain ngan familiy pergi ke rumah baru kakak ipar di Taman Kota Sas, Kuantan.
Almaklumlah taman baru buka, line telefon pun macam segan2 inikan plak line internet.
Lagipun sepanjang dua hari tu tab Ain di bawah 'jajahan' Faiz.
Langsung tak can.
Cerita pasal rumah baru kakak ipar.
Memang bestlah kan dapat duduk rumah sendiri.
Sebelum ni Kak Chik duk menyewa kat Indera Mahkota.
Yang bestnya kakak yang duk kat Johor tu pun beli rumah kat situ juga.
Hari Jumaat malam ada majlis tahlil diadakan.
Plannya nak balik Temerloh pagi Sabtu tu sebabnya suami ter-excited sangat nak pergi tengok bola kat bukit jalil nun..
Tapi lepas berdiskusi (cewah, ayat tak boleh blah), suami setuju Ain ngan anak2 terus stay kat rumah Kak Chik, hari Ahad baru datang jemput.
So apa aktiviti petang Sabtu ngan Ahad...
Tunggu...
Kang panjang2 sangat, jemu plak nak baca kan...

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff