my nuff

Lebih baik tengok kartun

Sejak akhir2 ni macam malas nak tengok drama melayu kat tv.
Jalan ceritanya kalau tak dengki sesama manusia mesti tak sah.
Boleh mentel kalo tengok drama camtu hari2
Pastu pakaian retis2 wanita melayu plak.. Aduh yai...
Tak sanggup nak tengok.
Kesudahan lebih baik layan cerita kartun kan...
Macam sekarang ni, tngah tengok Fines and Feb (belasah je) pilihan Faiz.
Hmmm malam ni kul plak anak tu nak tido.
Malam tadi kul12.30 baru masuk tido.
Oh ye, esok nak balik kampung.
Ya beda bedu...

Betul Ke Ada Pekerjaan Dari Rumah?


Kami faham jika anda kurang yakin samada benar atau tidak wujud
pekerjaan dari rumah kerana banyak tawaran kerja di rumah dan
akhirnya anda di sajikan dengan skim atau program perniagaan.

Untuk mendapat kerja di rumah yang sebenar, anda perlu tahu di
mana untuk mencari peluang tersebut. Memang ada banyak peluang
pekerjaan di rumah tapi kebanyakan adalah perniagaan di rumah
bukan pekerjaan di rumah.

Walaupun kedua - dua jenis ini boleh di lakukan di rumah tetapi
mempunyai maksud yang berbeza.

Perniagaan di rumah - Sebarang jenis program yang anda sertai dan
memerlukan anda membuat promosi atau mencari pelangan atau
downline adalah sejenis perniagaan di rumah. Pendapatan anda di
jana hasil daripada pembelian atau penyertaan pelangan atau
downline baru.

Pekerjaan di rumah - Anda di bayar untuk bekerja menyiapkan
tugasan atau kerja yang di beri oleh majikan. Sama ada majikan
itu mendapat untung atau tidak dalam perniagaan mereka itu bukan
masalah anda. Gaji di bayar oleh mereka kepada anda untuk
menyiapkan tugasan atau kerja tertentu.

Kami di Jobdirumah tidak menjual atau menawarkan program
perniagaan kepada anda. Kami sediakan latihan asas dan jalan yang
betul kearah mendapatkan kerja di rumah yang sebenar.

Kerja di mana anda di bayar untuk menyiapkan tugasan atau kerja
yang di perlukan oleh majikan bukan membantu mereka mendapatkan
pelanggan.

Lagu Bangau Oh Bangau - Jadi Ular Lagi Baik

Pagi2 bila hantar anak2 ke Taska, kami akan menyanyi.
Sama mengikut lagu di radio atau lagu lain.
Pagi tadi, suasana sejuk sebab hujan lebat turun malam tadi.
Fahim tanya "Kenapa hujan turun".
Faiz jawab "Sebab katak yang panggil"
Hehehe...
Sebagai bukti jawapan nya betul, tak pasal2 kami nyanyi lagu bangau oh bangau..

Bangau oh bangau
kenapa engkau kurus
macammana aku tak kurus
ikan tak mahu timbul 2x
Ikan oh Ikan
Kenapa tak mahu timbul
Macammana aku nak timbul
Rumput panjang sangat 2x

Rumput oh rumput
Kenapa panjang sangat
Macammana aku tak panjang'
Kerbau tak makan aku 2x

Kerbau oh kerbau
Kenapa tak makan rumput
Macammana aku nak makan
Perut aku sakit 2x

Perut oh perut
Kenapa engkau sakit
Macammana aku tak sakit
Makan nasi mentah 2x

Nasi oh nasi
Kenapa engkau mentah
Macammana aku tak mentah
Kayu api basah 2x

Kayu oh kayu
Kenapa engkau basah
Macammana aku tak basah
Hujan timpa aku 2x


Hujan oh hujan
Kenapa timpa kayu
Macammana aku tak timpa
Katak panggil aku 2x

Katak oh katak
Kenapa panggil hujan
Macammana aku tak panggil
Ular nak makan aku 2x

Ular oh ular
Kenapa makan katak
Macammana aku tak makan
Memang makanan aku 2x

Hanya ular je yang berani mengaku.
Yang lain semua nak salah antara satu sama lain.

WW: Bangau Oh Bangau

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff