my nuff

Permintaan Terhadap Pekerja Dari Rumah

Di luar sana terdapat banyak syarikat yang memerlukan pekerja
sambilan dari rumah untuk menyelesaikan lambakan kerja - kerja.
Antara sebab kenapa syarikat mengaji pekerja di rumah adalah
kerana ia lebih kos efektif berbanding mengaji pekerja tetap.
Mengaji pekerja tetap memerlukan syarikat menyediakan peralatan
pejabat serta faedah lain untuk pekerja seperti cuti sakit, epf,
socso dan lain - lain.
Selain itu, syarikat mempunyai lebih banyak pilihan untuk mengaji
pekerja yang berbakat dan berkualiti tanpa perlu risau had
sempadan.
Oleh kerana kebanyakan kerja - kerja pejabat mengunakan komputer,
syarikat dapat mengaji pekerja dari seluruh dunia dan berhubung
melalui internet dengan cepat dan pantas.
Pekerja dari rumah hanya perlu siapkan tugasan yang di beri dan
email kepada majikan setelah tugasan selesai.
Ia adalah situasi WIN-WIN di mana syarikat dapat menjimatkan kos
serta mengaji pekerja yang berkualiti dan pekerja di rumah ada
banyak pilihan pekerjaan tanpa hanya satu syarikat sahaja.
Selain itu, pekerja di rumah mempunyai boleh mengatur masa
bekerja mereka sendiri dan meluangkan lebih masa bersama
keluarga.
Peluang ini hanya di perolehi di jobdirumah.com.
Untuk keterangan lanjut klik SINI.

Facebook Disekat Di Malaysia?


Semalam dengar kat kat berita, YB menteri bagi tau kalau facebook masih lagi disalah gunakan, kemungkinan untuk menyekat laman media sosial tu akan dipertimbangkan.
Sejak kebelakangan ni, banyak sangat anasir2 yang tak baik yang dilemparkan melalui facebook.
Yang terbaru kenyataan yang menghina Rasulullah SAW.
Agak2 lah kalo lah betul Facebook kena sekat kat Malaysia ni macam mana agaknya ye.
Ain ni bukanlah pengguna tegar laman sosial tu.
Bila adanya facebook ni, kengkawan yang berpuluh tahun tak jumpa, kita boleh jumpa kan facebook tu.
Ada juga yang jadikan facebook untuk perniagaan mereka.
Cuma bila ada pihak2 yang tak berapa cerdik gunakan facebook ni, orang lain yang jadi mangsa.
Kengkawan plak macammana, kalau betul Facebook kena sekat, ada kesan apa2 tak.
Hmmm....

Pesan Faiz "Saya nak pergi langkawi hujung tahun ni, tapi kena kumpul duit dulu. Klik2 kat sini ye"

Rutin Sibuk Kembali Bermula

Hari ni budak dah mula sekolah lepas cuti 2 minggu.
Kembali semula ke rutin asal.
Kalau ikutkan tak bezanya pun waktu cuti sekolah atau tak.
Benda yang kena buat hari2 sama je, gosok baju, kemas beg taska anak, keluar awal pagi.
Cuma ada pertambahan sikit, kena gosok baju sekolah Faiz, kemas beg buku Faiz, dan kena keluar awal dari biasa sebab waktu sekolah ni jalan sibuk sikit.
Dan hari ni Ain ngan anak2 keluar rumah extra2 awal dari biasa.
Sebabnya jalan yang kami lalu tu ada yang dalam pembinaan.
Mesti sesak kat situ.
Masa lalu tadi pun kereta dah banyak.
Akhirnya lepas hantar anak ke taska ngan sekolah, hari ni Ain masuk ofis pukul 7.11.
Awal dari biasa.
Tak pe, daripada lewat sampai terkejar2.

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff