my nuff

Boleh Gila Dibuatnya


Tiga beradik mati lemas di sungai golok.
Aduh yai...
Memang sedih bila baca cerita macam ni.
Tak dapat bayangkan perasaan ibunya.
Kalau kena kat Ain maunya sasau dibuatnya.
Huhuhuhu...
Minta dijauhkan...

Bila Dugaan Melanda


Adakalanya kita selalu diduga dengan sesuatu yang kita tak jangka.
Dugaan yang datang membuatkan kita rasa marah, sesal, sebal dan sedih.
Kita akan diduga bila sesuatu yang kita rancangkan atau harapkan tidak menjadi kenyataan.
Dugaan juga tiba bila kita sedang dihimpap masalah besar, maka timbullah dugaan2 kecil yang sebelum ini kita anggap perkara biasa aja.
Contohnya, bila kita sedang menumpukan kepada sesuatu rancangan yang besar dan kita pula susah mendapatkan kerjasama yang kita harapkan, kita mula merasa susah hati.
Di tambah pula, dengan 'gurauan2' kasar dari orang yang tak sepatutnya yang mana sebelum ini perkara biasa pada kita, kita mula anggap ianya sesuatu yang luar biasa.
Susah hati kita tadi mula menjadi parah.
Pada masa itu, mulalah anggapan2 tak baik kita lemparkan.
Sedangkan semuanya bermula dari hati kita yang telah mula tidak tenteram.
Apa yang perlu kita lakukan ialah kita kembali semula kepada yang SATU.
Kerana segala yang berlaku adalah kehendakNYA.
Adakalanya dugaan yang datang tu adalah jentikan manja dari NYA supaya kita selalu mengingatinya.
Supaya kita sentiasa merayu mengharapkan bantuan dan bekas kasihanNYA.
Kadangkala bila hubungan kita sesama manusia tidak elok ini adalah kerana hubungan kita denganNYA tidak sempurna.
Oleh, itu pohonlah padaNYA untuk dapatkan ketenangan hati yang hilang dek dugaan yang melanda tu.
Dengan izinNYA, bila hati dah tenang, segala apa yang dirancang, segala apa yang kita inginkan pasti dipermudahkan olehNYA.

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff