my nuff

Lebih baik tengok kartun

Rasa macam tak sanggup nak tengok drama sekarang.
Tak kisahlah melayu ke, cina ke, hindi ke...
Semua penuh dengan hasat dengki..
Memang bleh sesak dada kalo tengok.
Lebih baik tengok citer kartun.
Taklah tension sangat....
'Teduhan kasih' - nanti dah lepas selesai episod ihsan kena tangkap basah ngan ayu tu, baru tengok balik...
'Punar vivah' - lepas terbongkar sapa isyita tu nanti, br tgk blik....
Sekrg ni tgk kartun je,,,,
Lalalala

posted from Bloggeroid

Daripada Melayang RM100 Lebih Baik Tebang Sendiri

Tengahari tadi balik je kedai, tengok pokok betik besar tu dah kena tebang.
Aikkkk..
Nape plak.
Rupa-rupanya ada orang bomba datang, nak saman sebab pokok betik halang pili bomba tu.

Laaa....
Bukan kami yang saja2 tanam pokok betik tu.
Dah memang tumbuh sendiri.
Ntah sapa2 buang biji betik kat situ.
Pokok betikkan senang tumbuh...
Haiiiihhhhh...
Suami Ain malas nak citer panjang, daripada melayang RM100, lebih baik tebang je.
Sib baik pekerja kedai hardware sebelah tu pun tolong juga.

Tapi, bukan ke tu keje orang bomba tu sendiri.
Ntahlah....
Kang cakap lebih2 kang, Ain plak yang kena saman.
Tapi selama pokok tu ada kat situ, dah tak de lagi kejadian taya kete customer masuk dalam lubang tu.
Tak de lagi budak2 yang terperosok dalam lubang tu...
Lubang tu plak sapa yang jaga?
Kadang susah juga bila kita tak tau bidang kuasa pihak2 yang terlibat ni kan...
Tapi bomba boleh keluarkan saman ke?
Atau......????
Hmmmm....
Sendiri Mau Ingatlah....

Biorrrr je, dia dah pandai jalan!

Pagi tadi, masa Ain nak keluar rumah, Ain nampak anak jiran ni main kucing sorang2 kat luar rumah. "Haihhhh,,. Mana lah mak budak ni. Bila Ain dah undur kereta, ain nampak budak tu dah pergi ke tepi rumah nak kejar kucing tu... alamak.... kang ada tak pasal2 masul dalam belukar tu karang...
Ain ge lah cari budak tu. Kecik lagi wei belum pun masuk dua tahun umurnya. Pompuan pulak tu. Ain tarik tangan budak bawa ke rumahnya. Pintu pagar rumahnya memang trbuka. Bila masuk Ain tengok mak dia tengah bebel2 kan abg ngan kakak budak kecik ni tadi.
"Assalamualaikum, , ni anak dara awok ni main sampai ke belakang rumah ni"...
Tau x dia jawab apa " biorrr je, dia dah pandai jalan"...
Gullpppp.... biorrr je.... haihhhh... memang lah dia pandai jalan tapi dia kecik lagi...
Dengar macam tu akn terus keluar dari rumah dia, malas nak ambil port sebb ain pun kena cepat nak antar anak2 sekolah ngan ge kerja.
Agaknya baru dia sedar, lepas bape langkah ain keluar barulah ain dengar dia cakap terima kasih. Pastu akak pada budak 2 tahun tu keluar tutp pagar yg memang dr td terdedah tu....

posted from Bloggeroid

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff