my nuff

Fahim Sekolah Tabika Kemas


Hari ni hari pertama Fahim sekolah Tabika.
Mulanya tak da lah niat nak hantar Fahim sekolah tabika.
Tunggu dia 5 tahun baru hantar.
Tapi hari tu ada bual2 dengan cikgu tabika tu.
Kelas dia ambil budak 4 tahun, yang penting budak tu pandai uruskan diri sendiri seperti boleh pergi tandas sendiri.
Sebabnya ada juga budak 4 tayun yang masih pakai pampers.
Masa mula2 hantar Fahim tadi, dia macam takut2 juga.
Tapi lima minit lepas tu, dia ok dah.
Dah mula seronok dengan fasiliti kat situ. (Mainan lah tu).
Fahim sekolah petang. Masuk kul 12 sampai kul 4.
Lepas habis kelas, fahim terus ge kedai papa dia, sbb tabika tu dekat ngan kedai.
Bila Ain balik kerja td, mcm biasa ge kedai dulu.
Tengok2 Fahim dah tertidur.
Alahaiii..,, mesti penat tu.
Yelah kn kalau kat taska, waktu petang ada masa Fahim tidur.
Malam ni mesti dia tidur awal...

posted from Bloggeroid

Cucu Baru Atuk Lelaki Lagi

Alhamdulillah, pagi tadi jam 2.27 am, adik Ain selamat melahirkan anak keduanya.
Adik Ain bersalin di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.
Untuk sekian kalinya cucu Tuk Ujang yang ke lima ni lelaki lagi.
Hahaha...
Tak de lagi cucu perempuan.
Tapi oklah tu, sebab adik beradik Ain semuanya perempuan.
Bila tang cucu semuanya lelaki.
Tak pe, yang penting semuanya selamat kan.
Tengah tunggu gambar baby baru ni.
Nanti kalau dah ada, Ain tepek kat blog ni.

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff