my nuff

Kena penjara je...

Ain memang emo betul bila dengar cerita budak kena dera ni. Kes dera kat terengganu ni dari malam tadi Ain rasa sakit hati semacam. Dengar berita kat tv3 malam tadi buatkan Ain sebak tiba2. Masa Gina Woon tu bacakan macam mana budak2 tu kena dera, kedengaran getaran pada suara pembaca berita tu. Mana taknya, yang si abang umur 7 tahun, diikat pada kerusi, dicucuh api rokok, lubang dubur dimasukkan batang pancing, air panas disimbah ke kaki, dikurung dan dibiar kelaparan. Yang adik umur 5 tahun, dipukul dengan penyapu, kemaluan dipukul berkali2 dan dicucuh api rokok, yang sibongsu plak umur 2 tahun, telinga dicucuh api roko dan ada kesan lebam.
Ya Allah, siksanya anak2 itu. Pastu bila disabit kesalahan, si ibu kena penjara 10 tahun, si bapa tiri tu kena penjara 13 tahun. Tu je.... macam tak setimpal je.
Terbayangkan macam mana traumanya anak2 tu. Terutamanya si abg 7 tahun tu. Kesiannya.



posted from Bloggeroid

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff