my nuff

Bila Hanya Jari Yang Berbicara

Setiap hari bila Ain jemput Faiz di sekolah, Ain mesti terpegun dengan anak2 di kelas pendidikan khas. Sekolah Faiz ni sekolah rendah integrasi berasrama. Ada 3 buah kelas pendidikan khas. Untuk anak2 yang lembam (masalah pembelajaran) dan anak2 yang bisu dan cacat pendengaran. Ada seorang budak perempuan ni, dia cacat pendengaran. Memang amat menarik perhatian. Walaupun dia cacat tapi dia tak pernah tunjukkan kekurangannya. Wajahnya ceria. Peramah walaupun hanya jari yang menutur bicara. Semoga anak2 yang serba kekurangan tu terus berjaya.

posted from Bloggeroid

Rezeki Ramadhan


Alhamdulillah, belum puasa lagi dah dapat kurma sekotak. Terima kasih untuk office mate Ain, Kak Ida. Rasanya tiap2 tahun Kak Ida bagi kurma ni. Moga rezeki Kak Ida bertambah2 lagi. Ain jeles sangat ngan Kak Ida ni. Walaupun dah ditakdirkan Tuhan dia masih belum bertemu jodoh sampai sekarang, tapi rumah Allah SWT di Mekah nun dah berkali2 dia kunjungi. Sesungguhnya Allah tu Maha Adil kan. Haiiii bilalah Ain dapat jejak kaki ke sana pulak ye....

posted from Bloggeroid

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff