my nuff

Salam Ramadhan

Alhamdulillah, kita masih dipanjangkan usia untuk berada di bulan mulia ni kan. Hari ni hari pertama puasa. Tahun ni Ain agak excited sikit sebab Amirul yang pertama dah mula berpuasa. Dua tiga hari sebelum ni dia dah mula semangat bercerita tentang puasa.
"Nanti saya nak puasa"
"Kalau puasa dapat piala(pahala)"
"Kalau saya puasa satu hari mama bagi dua ringgit, kalau puasa 30 hari banyak tu, saya nak beli ps2"
"Bila puasa nanti, malam2, saya nak ikut papa pergi tuwurih(tarawikh)".
Pagi tadi bila kejutkan sahur, dia datang ke meja makan dengan mata tertutup. Minum milo seteguk dua, terus masuk bilik sambung tidur. Haihhh.... faiz,.. faiz...

posted from Bloggeroid

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff