my nuff

Duit Raya



Puasa baru berapa hari dah cerita pasal duit raya kan. Hehehe. Tak patut tak patut (ikut versi Gopal dalam Boboboy). Tapi duit raya pun penting tau dalam bajet raya selain baiu ngan kuih raya. Hmmm.... Ain dah siapkan senarai anak sedara dan cucu sedara. Takut ada yang tertinggal pulak. Pastu kena kira berapa semuanya. Nak bagi sama macam tahun lepas ke atau tahun ni up sikit ke atau kurang sikit ke. Semua tu kena ambil kira. Yang tu senarai untuk tahun ni, tahun depan confirm ada tambah lagi. Hmmmm tak pe tak pe.
"THE MORE YOU GIVE THE MORE YOU GET"

posted from Bloggeroid

Kaedah Perawatan Moden Yang Tidak Membatalkan Puasa

Terima kasih untuk suami yang mengingatkan Ain tentang perkara ni. Bila diajukan soalan tu, Ain gugel2 lah. Nak cari jawapannya. Bimbang juga kan. Takut2 kaedah rawatan yang Ain gunakan tu boleh batalkan puasa. Walaupun alat tu dah dipasang sebelum puasa lagi. Ain jumpa kat laman ni http://papisma.org/fekahperubatan
Antara kaedah moden yang tidak membatalkan puasa:

1. Menggunakan titis telinga atau pencuci telinga.

2. Menggunakan ubat yang diletak di bawah lidah (sublingual) seperti tablet nitroglycerin (GTN) yang biasanya digunakan bagi merawat sakit jantung sekiranya dielakkan menelan ke halkum.

3. Memasukkan semua bentuk tiub atau bahan ke dalam badan melalui saluran kencing sama ada lelaki ataupun wanita seperti probe, urethroscope, contrast media atau ubat untuk mencuci pundi kencing.

Tu antaranya, ada banyak lagi. Boleh baca sendiri kat http://papisma.org/fekahperubatan

Bila dah tau tu, legalah, bolehlah berpuasa tanpa was was kan.
Sharing is caring.....

posted from Bloggeroid

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff