Dah Up Status Ni Ke Belum?
Hari ni kat facebook, semua kengkawan sibuk dok up status ni. Termasuklah Ain juga.
Kepada semua yang berada di dalam senarai kenalan Facebook saya, anda mungkin tidak tahu bahawa Facebook telah mengubah konfigurasi privasi sekali lagi. Applikasi grafik (“Graphic app”) yang baru menyebabkan semua pengguna Facebook di seluruh dunia boleh melihat gambar-gambar (photos), kesukaan (likes) dan komen kita. Malangnya kita tidak boleh mengubah konfigurasi ini kerana Facebook telah menjadikan ia seperti ini.
Oleh itu, dalam tempoh dua minggu akan datang, saya akan terus meletakkan mesej ini dan berharap agar anda juga melakukan perkara yang sama. Saya juga memohon agar anda melakukan perkara-perkara berikut supaya maklumat peribadi yang saya kongsikan dengan anda dan kenalan lain kekal peribadi dan bukan untuk tatapan umum. Saya akan mengeluarkan anda daripada senarai kenalan facebook saya jika anda tidak melakukannya.
Letakkan kursor anda ke atas gambar profile saya tanpa mengklik padanya dan tetingkap akan terbuka. Sekarang gerakkan ...kursor ke perkataan 'Rakan-rakan' (friends) juga tanpa mengklik. Kemudian, klik pada 'Setting’ dan buang tanda pada 'Life events’ , 'photo' dan 'comments and likes’. Dengan cara ini aktiviti saya dengan keluarga dan kawan-kawan saya tidak lagi akan menjadi tatapan umum. Sila tulis/komen ‘done’ setelah selesai melakukannya.
Sila copy dan paste teks ini di dinding (wall) anda sendiri (bukan 'share' ya!). Apabila saya melihat ia diterbitkan pada halaman anda, saya akan buang tanda yang sama untuk anda
terima kasih atas bantuan
Dah Siap Beli Baju Raya Anak2 Ke?
Terpanggil untuk menjawab soalan UMMI KAMI.
Belum lagi lah Ummi. Tunggu gaji baru start beli belah.
Gaji bulan ni 25hb nanti.
Tapi Ain dah ada peruntukan lain untuk belanja raya nanti.
DUIT KUTU.
Hehehe.
Ain ada main KUTU dengan kengkawan office, dan memang minta giliran Ain dapat sebelum raya.
Alhamdulillah.
Tu gunanya main KUTU aka menyimpankan.
Jadinya duit KUTU tu pun dapat lepas gaji nanti.
Masa tu baru start nak belanja raya.
In Syaa Allah cukup untuk beli baju raya, kuih raya, duit raya dan jalan raya.
Tak usiklah duit gaji?
Oh tidak...
Gaji bulanan tu dah ada tanggungannya sendiri.
Huhuhuhu
Semua Siap Awal
Sebenar pagi tadi agak lewat untuk bangun sahur. Dekat2 pukul 5.30 baru tersedar. Apa lagi macam lipas kudung lah buat semua benda. Mujurlah hanya kena panas2kan aje. Masa bangun tadi Firas ngan Fahim memang dah bangun sekali. Suami kejut Faiz untuk sahur. Hmmmm satu rumah dah bangun. Sekarang ni baru 6.37pg semua dah siap. Dekat2 pukul 7 nanti baru keluar. Alhamdulillah, moga dipermudahkan urusan2 selepas ni pulak.




posted from Bloggeroid
Subscribe to:
Posts (Atom)
Yang Popular
-
1. Mimpi membeli pakaian • Janganlah terlalu banyak berfikir tentang perkara yang akan datang. 2. Mimpi anda tidak berpakaian • Anda ...
-
Hahaha, akak anak yang pertama. Boleh dikatakan apa yang tertulis tu hampir 99% betul. Hehehe. Tapi janganlah terpengaruh sangat, sebab se...
-
Yang ni senarai harga baru produk Hai O. Kuatkuasa 1 Februari 2015 🎯Harga baru untuk FEBRUARY 2015🎯 💖Garlic - rm32/rm38 : bv 21 💖Spir...
-
Makanan yang menyebabkan kahak dan yang boleh menghilangkan kahak.. Kahak boleh dikeluarkan melalui 3 cara, daripada batuk kahak, sel...
-
Kalau bermimpi kepala timbul luka-luka yang banyak. Memperolehi keuntungan Kepala keluar tanduk Ada perselisihan faham yang akan difa...
-
1. Mimpi keluarga Anda akan berusaha dalam suatu perjuangan 2.Mimpi hidup bahagia dengan keluarga Anda akan mengalami keuntungan dalam...
-
If U were born on the 1st, 10th, 19th, 28th of any month... U r number 1.... If U were born on the 2nd, 11th, 20th, 29th of any m...
-
Masa tayangan pertama telemovie ni akak terlepas tengok. Al maklumlah sibuk sangat (ye ye o je kan). Sampai tak perasan ada drama ni....
-
Siapa yang follow Gegar Vaganza musim ketiga kali ni? Mesti ramai kan. Akak antara peminatnya sejak musim pertama lagi. Siapa pula piliha...
-
TERKINI...SAYA TERPAKSA SHARE dgn ANDA SEMUA!! BEST! BEST! BEST! BEST! BEST! BEST! BEST! AWESOME! COZUMA CC CREAM. SAYA SUKA SANGAT! Bila...
