my nuff

Tangisan Dalam Diam

Hati yang menginginkan
Tapi jasad menafikan.
Lidah terus terkaku
Kaki bagai dirantai
Ditelan mati mak diluah mati ayah
Serba salahnya diri hanya sendiri yang mengerti
Bicara pernah diatur
Tapi ibarat menghembus bayu dideru ombak
Pada yang mengerti akan terus diam tanpa bertanya
Pada yang tidak menuduh diri penuh dengan dalih
Hati yang sebal akan bertambah parah
Tapi mulut terus terkunci walau jiwa meronta..

Benjol Di Dahi Firas






Firas selalu terhantuk di tempat yang sama. Di tengah2 dahinya. Hari tu dah kena sekali terhantuk dilantai, tumbuh telur sebiji. Baru2 ni terhantuk lagi kat tempat sama. Kali ni tambah dengan calar sekali sebab kena pada mainan yang ada kat tangan dia masa tu. Haihhh.... Firas Firas.... Dah tu kesan benjolnya tu macam tak hilang sangat. Dah nampak jendul dahi anak bujang Ain yang seorang ni...

P/s - mood sedih tadi tak hilang lagi. :(

posted from Bloggeroid

Astagfirullahalazim.... Air mata berjuraian

Kengkawan mesti dah tau pasal budak tiga tahu yang kena tinggalkan dalam kereta tu kan...
Hari tu ada baca di FB. Tapi tak baca sampai habis, sebab tak sanggup nak baca tentang cerita2 macam ni.
Tadi bila jalan2 di Santai Ben Ashaari ada entri INI.
Tapi bila sampai part ni, serius memang Ain meraung, lepas Ain copy paste ni ni pun Ain tak sanggup nak pandang skrin ni. tak dapat bayangkan seksanya anak tu.

Sehingga ke ptg jam 5 lebih masa nak balik, cikgu tu terus ke kereta. Terkejut, tgk anaknya ada dalam kereta. Baru dia teringat, dia lupa hntar anak ke rumah pengasuh. Tapi, yg lbh menyayat hati, anaknya ditemui sudah tidak bernyawa lagi. Bajunya dikoyak-koyak mungkin sbb kepanasan. Sudah terkencing dan terberak. Teddy bear yg dipegangnya pun basah kuyup sbb peluh dan air mata..

Ya Allah....Jauhilah ibu ini dari kelalaian yang sebegitu...

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff