my nuff

Jangan Sampai Terbabas


Hari ni orang gomen dapat gaji.
Dengan kenaikan 1 tangga gaji lagi.
31hb ni pulak dapat duit raya RM500.
WoooHooooo.... 
Sukakan.
Mulalah dalam kepala otak tu nak berbelanja sakan.
Ada tu dah belanja sakan atas angin pun.
Al maklum lah awal puasa hari tu dah tempah kuih raya berbekas-bekas, baju raya berpasang-pasang.
Dapat duit gaji ni, kira terus nak bayar je.
Oooopppsssss...
Cukup ke..
Errr....
Tanggungan bulanan yang biasa tu dah selesai ke.
Ansuran kereta, rumah, kad kredit, bil api air, astro, broadband, yuran taska anak.
Haaa.... semua tu dah ambil kira ke belum.
Jangan lupa, duit untuk mak ayah.
Sebelum nak berbelanja raya, selesaikan dulu segala liabiliti tu.
Jangan tangguh-tangguh.
Jangan bila dah habis raya, duit pun habis tapi hutang tertunggak.
Masa tu baru nak termangu-mangu.
Mulalah gali lubang sana tutup lubang sini.
Hati-hati berbelanja ye.

Tolong Lepaskan Adik


Ni semua angkara Fahim. Suka sangat dia membuli Firas. Macam2 dia buat sampai Firas nangis. Yang Firas pulak payah sangat nak nangis bila abang buat macam2 kat dia. Bila betul2 sakit baru dia nangis. Kalau tak dia diam atau ketawa. Tapi rupanya dendam Firas dendam tersimpan. Bila Fahim tidur atau sedang bersenang lenang baring, masa tu Firas ambil kesempatan. Apa saja yang ada pada tangannya, dia akan gunakan untuk pukul Fahim. Hmmmm.... camtu rupanya...
Kadang anak2 ni, macam2 ragamnya. Setiap hari kita sebagai ibu kena perhati, belajar dan memahami tingkahlaku mereka. Kita tak boleh ajar mereka ikut acuan kita dahulu. Zaman mereka sekarang tidak sama dengan zaman kita membesar dulu.

posted from Bloggeroid

Ibu Zaman Sekarang Cuai, Tak Tahu Jaga Anak

Sentap tak baca tajuk tu. Ain yang taip sendiri ni pun sentap tau. Itu ayat yang Ain dapat dekat komen muka buka tentang kes ibu tinggal anak dalam kereta di pusat beli belah tu. Sejak dua menjak ni kan tengah hangat cerita budak kena tinggal dalam kereta.
Bermula dari kisah anak 3 tahun yang meninggal dalam keadaan yang menyayat hati tu sampailah kisah anak demam kena tinggal dalam kereta sebab si ibu keluar beli barang.
Kes anak 3 tahun tu, adalah ketentuan Allah yang berkehendakan dia pergi dalam keadaan begitu. Dah sampai ajalnya. Lemas dalam kereta hanyalah asbab kematiannya saja. Yelah kan, kalau difikirkan, sekalut mana pun ibunya, takkan lah dia tak perasan anaknya yang sedang tidur tu dan sepanjang tempoh 5 jam tu takkan tiada sedetik pun dia teringatkan anaknya. Sebab sebagai ibulah, walau sesibuk manapun, ingatan pada anak tu tetap ada. Fikir anak tu ada kat mana, buat apa, makan apa. Tapi dah memang Allah berkehendakan ibu anak itu lupa semuanya. Dan pada masa itu, Allah juga berkehendakan tiada satu malaikat pun yang melindungi anak itu. Sebab Allah dah tetapkan tempoh masa anak itu dipinjamkan untuk ibu bapanya hanya cukup sampai ketika itu. (huiisss.... Ain sendiri tak tau sama ada Ain ada kekuatan atau tidak kalau diuji macam tu).
Kes ibu tinggalkan anak yang demam dalam kereta tu pulak, ramai yang terus menyalahkan ibu tu. Kita tak tau apa masalah ibu itu. Mungkin barang yang nak dibeli tu memang betul-betul penting. Mungkin suaminya tak ada. Mungkin suaminya kerja jauh dan duduk berasingan. Atau mungkin suaminya memang jenis @#$#%^&^%#. Sampaikan jaga anak pun tak boleh. Lepas tu semua tanggungjawab dilepaskan atas pundak si ibu. Mungkin juga anaknya memang tak boleh tinggal dengan sesiapa. Kadangkala karenah anak ni memang luar jangkaan. Tambahan lagi bila anak tu tak sihat.
Jadi pesan Ain untuk keyboard worrior kat luar tu, bila nak komen apa-apa dilaman sosial, jangan komen ikut sedap rasa saja. Jaga sikit sensitiviti orang lain. Jangan bila dah terkena batang hidung sendiri baru nak terdiam.


p/s- panjang tak akak membebel, berhari-hari mood akak hilang lepas baca kes anak 3 tahun tu tau.

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff