my nuff

Baju Raya... Kuih Raya.... Duit Raya... SIAP.....

Dah nak masuk 20 hari kita berpuasa. Minggu-minggu akhir puasa ni, semua sibuk dengan persiapan hari raya. Bagi Ain pulak, persiapan raya macam biasa saja. Ala kadar. Tak kurang tak juga berlebihan. Untuk Ain dan suami cukup baju sepasang seorang. Macam biasa anak-anaklah yang lebih sikit.
Kuih raya pun asal  ada aja. Silap-silap kuih raya tu habis pada kami anak beranak je.
Hmmm... Rasanya semua dah ada. Baju raya - tinggal jubah suami je yang tak beli lagi. Kuih raya - dah dapat dah hari tu masa balik kampung. Order dengan adik je. Duit raya - pun dah ada. Terima kasih untuk bos yang sudi tukarkan duit raya untuk kami di bank tadi. Jadi apa yang belum siapnya? Kasut raya!!! Alaaa yang tu bila-bila boleh beli. Lagipun anak-anak ni lebih selesa bersandal dari berkasut. Leceh nak buka2 kasut ni.


Mana gambar baju raya dengan kuih raya. Haaa... yang tu lain kali Ain tunjukkan....

Zakat Fitrah



Nak pergi kerja pagi tadi nampak resit zakat kat atas dashboard kereta. Hmm... mesti suami dah bayar zakat fitrah masa pergi terawih malam tadi. Terima kasih. Ada 5 keping resit semuanya. Kadar zakat fitrah untuk negeri Pahang ni RM7. Kengkawan dah bayar zakat ke belum. Jangan lambat2 ye...
Ain google2 tentang zakat fitrah ni. Waktu mengeluarkan zakar fitrah terbahagi kepada 5.

Waktu wajib : Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

Waktu afdal : Sebelum solat sunat hari raya.

Waktu sunat : Sepanjang bulan ramadhan

Waktu makruh : Selepas solat sunat hari raya sehingga trbenam matahari pada satu syawal.

Waktu haram : Selepas terbenam matahari satu syawal.

Ain tak pernah ge bayar zakat fitrah sendiri. Masa bujang ayah yang bayarkan. Bila dah kahwin, suami yang bayarkan.,, hehehe...

posted from Bloggeroid

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff