my nuff

Roda Hidup Yang Berputar

Lepas melawat adik Irdina Batrisya anak kawan ofis Ain semalam, kami melawat pak cik Rahman pulak. Ayah kepada salah seorang kawan ofis Ain juga. Pak cik Rahman berumur 75 tahun. Masuk hospital sebab daya ingatan lemah ngan luka pada tangan. Kak Ros (anak pakcik Rahman) bagi tahu, hari tu mereka buka puasa kat rumah abang Kak Ros, tak jauh dari rumah ayahnya. Lepas makan, ayahnya macam tergesa2 nak blik mungkin nak cepat ke masjid. Sedangkan yang lain belum pun sudah makan lagi. Ayah kak ros naik motor. Tapi sehingga tengah malm pakcik rahman tak juga pulng ke rumah. Anak2 dah mula risau, keluar mencari ditepi sungai sebab rumah mereka berhadapan dengan sungai. Bimbang perkara buruk akan terjadi. Lepas tengah malam ada orang kampung hantar ayah kak ros ke rumah. Tangannya luka, kepalanya berdarah, badan penuh dengan lumpur. Andaian kak ros mungkin jatuh tepi sungai dan pengsan. Kata orang kampung yang hantar pakcik rahman balik, ada orang lain jumpa pakcik rahman tepi jalan. Mungkin lepas tersedar dari pengsan, pakcik rahman pergi ke tepi jalan. Bila ditanya nak pergi mana, pakcik rahman cakap nak blik rumah. Tapi dia lupa rumahnya kat mana. Orang yang selamat pakcik rahman tu bawa ke rumah orang kampung yang berhampiran. Mujur tuan rumah tu kenal dengan pak cik rahman. Dan sampai sekarang setelah 2 minggu kak ros adik beradik tak tau apa sebenarnya yang berlaku. Ayahnya tak ingat apa2. Sekarang pakcik rahman seperti anak kecil. Kencing beraknya tidak boleh diuruskan sendri. Semalam bila kami pergi melawat kebetulan nurse sedang bersihkan lukanya. Dia merengek kesakitan persis anak kecil. Mujur ada cucu yang sudi memujuk.
Kita ni tak tau lagi perjalanan hari tua kita nanti macam mana. Itu pun tak pasti lagi sama ada sempat ke tak menginjak ke usia tu. Cuma kena selalu berdoa, supaya hari tua kita nanti tidak menyusahkan sesiapa. Semoga perjalanan hidup ni dipermudahkan segala urusan hingga ke hujungnya.

posted from Bloggeroid

Bila Melawat Orang Sakit

Semalam Ain ke hospital melawat anak kawan pejabat yang sakit. Anak berusia 4 tahun tu pada mulanya demam je. Kemudian disusuli dengan muntah dan cirit birit. Ibunya hantar ke klinik dan macam biasa antibiotik yg dibagi kena dihabiskan. Sdgkn keadaan anak tak juga beransur pulih. Bila antibiotik abis baru ibu anak tu bawa ke hospital. Dan doktor hospital tu marah kenapa hantar lambat. Sebab keadaan anak tu memang dah teruk. Masuk hari ni dah lima hari anak tu kat hospital. Masih dibawah zon merah. Kesian sangat bila tengok anak tu semalam. Jarum untuk masuk air dah terlekat di kaki sebab urat tangan semua dah lebam sebab kena cucuk. Masuk air, ambil darah. Tu sebab tangan kurus anak tu tak mampu tanggung lagi. Memang kesian sangat. Lemah je anak tu. Anak tu memang dari lahir ada masalah buah pinggang. Dan dia ditahan diwad sebab ada jangkitan kuman pada buah pinggang, paru2 dan jantung. Haihhhh...Ain bersyukur sangat anak2 Ain sihat. Jngan lah ditimpa sakit yang mcm tu. Tak pe lah lasak dn nakl sikit. Nama pun budak2 kn. Asalkn mereka sihat....






posted from Bloggeroid

WW: Telekung Raya


posted from Bloggeroid

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff