my nuff

Kemas rumah..... Siappppp....

Alhamdulillah.... part kemas rumah dah selesai. Susun atur perabot dah berubah. Walaupun dah lama tak ganti baru, tak de hal punya... yang penting Ain suka dengan suasana baru ni. Tq utk adik yang tolong tolak almari. Hehehe. Hero nan berdua tu dah balik kampung semalam. Atuk diorang datang jemput. Yang tinggal hero kecik je. Tu pun tak berapa sihat sangat. Ada masa ok, ada masa badannya dedo... haihhh.... ada yang dah sampai kampung ke. Ain esok baru balik N9. Tahun ni giliran rumah mak ayah Ain pulak.... yeeee haaaaa.... seronoknya...

posted from Bloggeroid

Lambaian Kaabah

Pagi sahur ni tengok romantika. Tapi kali ni special punya. Ellyana dan suaminya pergi umrah. Ya Allah. Bilalah kaki ni dapat jejak ke sana. Dari dulu memang teringin nak pergi sana, tapi lately, rasa nak pergi ke tanah suci tu makin membuak2. Rasa sebak sangat bila tengok kaabah di kaca tv. Tertanya2 adakah diri ini berkemampuan ke sana. Adakah diri ini layak untuk menjejakan kaki ke rumah Allah SWT tu. Ya Allah.....

posted from Bloggeroid

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff