my nuff

Banjir Termenung

Di Temerloh ni, keadaan cuaca dah bertambah baik. Dah tiga hari tak hujan. Cuma malam tadi hujan kejap. Tapi pagi ni makin cerah. Tapi yang merunsingkan penduduk kat sini, air yang surut lagi. Istilah orang sini menggelarkan sebagai banjir termenung. Air hanya paras tu je. Kat tempat yang berhampiran dengan rumah akak ni, yang paling ketara di SK Tanjung Lalang. Paras air masih di separuh kelas tingkat bawah. Camtu juga dengan kampung yang berhampiran. Haihh.. tak dapat bayangkan kalau rumah akak juga ditenggelami air. Ibarat seperti perlu mulakan hidup kembali. Tu pun kalau ada simpanan.


posted from Bloggeroid

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff