my nuff

Selesai 95%

Sepanjang setengah hari ni sibuk menguruskan keperluan sekolah anak-anak. Jam 8 pagi dah ada di sekolah untuk orentasi pra sekolah Fahim. (Alhamdulillah, dapat juga Fahim ke pra sekolah. Masa taklimat tu ada perlantikan Jawatankuasa Waris Pra Sekolah dengan penetapan bayaran Pra Sekolah. Erkkkk.... Ada kena bayar ke. Akak bawak duit cukup2 je untuk duit buku Faiz. Tak sangka pulak Pra Sekolah ada kena bayar. Aduh.. Bayaran keseluruhan untuk buku dan baju RM130. Huhuhu.
Usai je taklimat tu terus kena bayar. Tapi masa tengah orang beratur panjang nak bayar tu, akak keluar kejap pergi cucuk dinding. Lepas tu pergi balik sekolah. Masa tu tak ada orang beratur nak bayar dah. Ok lah. Terus buat bayaran. Lepas selesai urusan Fahim, pergi ke dewan pulak untuk buat bayaran buku Faiz. Total semuanya RM56.90. Dah buat bayaran kena beratur pulak kat kedai buku untuk ambil buku yang dibayar tadi. Haihhh... Keseluruhannya RM186.90. Huhuhu. Mungkin amaun tu terlalu kecil bagi orang yang ada2. Tapi jumlah tu cukup besar bagi orang kebanyakan. Itu baru dua orang yang bersekolah. Kalau ada yang sampai empat lima orang macammana pulak. Tu belum ambil kira anak yang sekolah menengah. Dalam keadaan sekarang semua kena berkira.
Selesai urusan kat sekolah, pergi Bandar nak cari baju sekolah Faiz, seluar track Fahim dan beg sekolah Fahim. Kasut2 sekolah dah beli 2 hari lepas. Beg sekolah Fai tak beli lagi, sebab tuan punya badan tak ada. Faiz ada kat Padang Piol sekarang rumah tok dan tok wan dia. (Rumah mertua akak lah). Jadinya tunggu dia balik dulu baru pergi beli. Memanglah dia tak kisah kalau akak belikan beg sekolah dia, tapi saja nak bagi dia buat pilihan sendiri. Lepas selesai kat kedai baju sekolah, pergi MR.DIY pulak untuk beli alat tulis. Berapa banyak habis, hmmm malas nak cerita. Kang ada yang kata akak ni berkira sangat.
Pssst... kat muka buku akak sibuk duk post pasal statement Prof. Dr. Muhaya. Akak tak baca pun lagi. Jadi akak tak mau komen apa-apa. Korang cari sendiri lah ye...

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff