my nuff

Bersyukurlah


Cantikkan ikan2 tu. Tu koleksi terbaru suami akak yang telah mulakan kembali minat yang dah beberapa tahun ni terkubur... hehehe...
Tapi akak bukan nak celoteh tentang ikan2 tu. Tapi cerita lain. Akak sekarang ni ada kat ofis. Buat kerja sikit. Sepatutnya akak cuti hari ni. Tapi tak de hal punya datang ofis masa cuti. Bukan jauh pun, 10 minit je dari rumah. Tapi kalau akak balik kampung tak dapat lah ge ofis waktu cuti. Bestkan ofis dekat dengan rumah. Nak tambah betapa bestnya akak duduk kat Temerloh ni, sekolah anak2 akak sebelah ofis je. Taska Firas pulak seberang jalan ofis akak ni. Seronok kan. Tu yang buat akak bersyukur sangat dapat duduk Temerloh ni.
Korang dah baca ke tentang statement Prof. Dr. Muhaya tu... ramai yang hentam statement tu kan. Hati tak tenang sebab tak bersyukur. Hehehe. Akaknya pendirian pulak, semuanya kena berbalik pada Allah swt. Kita senang atau susah semua dah ditentukan. Tentu ada sebab Dia menggerakkan hati pemimpin kita untuk naikkan segala harga keperluan. Mungkin ini dugaan untuk kita nak uji sejauh mana kesabaran kita. Statement Prof tu mungkin berat sebelah, tapi ada positifnya yang boleh kita ambil dan fikirkan.
Apapun terpulang pada masing2.

posted from Bloggeroid

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff