my nuff

10 Keunikan BB Plus Collagen

BB Plus Collagen sangat sesuai untuk ANDA kerana :
1. Dos yang efektif : Hanya 1 paket (15g) setiap hari untuk memiliki kulit muda yang cantik dan mulus
2. Kandungan peptida Collagen yang kaya dan tersedia : Proses hidrolisis menghasilkan peptida (3,000 saiz Dalton) yang sedia diserap.
3. BB Plus Collagen Selamat : Risiko terhadap pencemaran merkuri dan radiasi adalah sangat rendah (Diimport daripada Perancis dan Korea). Bebas daripada bahan beracun.
4. Perlindungan antioksida tambahan : Jus blackcurrant mengandungi anthocyanin untuk melindungi kulit muka dan badan daripada sinaran UV dan radikal bebas.
5. Anti alahan dan Anti radang : Ekstrak biji anggur dengan OPC (Oligomeric proanthocyanidins) mengurangkan ketidakselesaan kulit serta menggalakkan proses sintesis.
6. Meningkatkan Kualiti Kulit : Serat epan dan inulin (Serat diet) menggalakkan pencerahan kulit memalui proses detoksifikasi.
7. Manfaat Tambahan : Peptida Collagen ikan adalah sumber Collagen jenis 2 yang baik dan merupakan komponen utama dalam rawan untuk membantu mencegah keradangan yang disebabkan oleh rheumatism dan osteoartritis.
8. Rasa BB Plus Collagen yang Enak : Rasa enak campuran ekstrak blackcurrant 100% dan jus roselle berkualiti tinggi serta Collagen ikan yang tidak berbau.
9. Tanpa gula dan kolesterol : Gula gantian semulajadi dengan indeks Glisemik yang rendah digunakan untuk memenuhi keperluan mereka yang mempunyai masalah jantung dan diabetes.
10. Ko-Faktor tambahan : Vitamin C dan Roselle menguatkan rantaian Collagen

Sedekah Yang Berpanjangan

TRUE STORY...

Adakah kamu mengetahui bahawa Saidina Othman ibnu Affan ada mempunyai akaun bank di Saudi...?Siapakah yg membina Hotel Othman ibnu Affan di sebelah masjid Nabawi di Madinah ... adakah anak cucu nya yg membinanya dan meletakkan namanya sbg nama hotel? Ikuti kisah ini :

Satu ketika di. Madinah semasa Nabi Saw mula hijrah dari Mekah ada sebuah telaga yg sangat besar dan sangat dalam serta airnya tak pernah kering...
Nama Telaga itu Bi'ru Rummah ( telaga pemanah )
Org Islam ketika itu sangat berhajat kepada air dan sering ke telaga itu yg dimiliki oleh seorg Yahudi
Maka Yahudi itu telah bertindak menjual air dgn harga yg sgt mahal..
.Akhirnya perkara itu sampai ke pengetahuan Saidina Othman b Affan ( SOBA) lantas SOBA bertemu yahudi itu dan minta nak beli telaga tersebut...
Yahudi tak mahu jual sbb dia tahu dia untung besar...SOBA akhirnya minta beli separuh saja telaga tu... yahudi pun setuju ... bermakna sehari milik Yahudi dan sehari lg milik SOBA... Yahudi sangka dia cerdik sbb SOBA mmg peniaga yg glamour dikenali oleh org Arab tentulah perniagaannya akan lebih berkembang dan harga air boleh dinaikkan...
Rupa2 nya Allah takdirkan sebaliknya bila org tak lagi beli air dpd yahudi itu sbb pd hari milik SOBA dia beri org2 Islam dan bukan islam air percuma... jadi hari giliran milik yahudi itu siapa pun tak nak beli ...
akhirnya yahudi bankrap dan nak jual kpd soba separuh bhg lg telaga rummah tu kpd soba sbb dia dah rugi...
Soba beli dgn 20,000 dinar ...
kemudian dia waqafkan kpd org Islam... kemudian ada seorg sahabt lain yg juga hartawan minta nak beli telaga tu dpd SOBA... SOBA tanya brp harga yg dia sanggup bayar....?
Hartawan menjawab bhw dia sanggup membayar 3 kaliganda harga yg dibeli oleh SOBA. SOBA tidak setuju dan bertanya lagi, brp sanggup bayar?
Hartawan menjawab, 9 kaliganda harga yg dibeli SOBA.
SOBA Madih x setuju.
Hartawan bertanya kehairanan.. Siapa lagikah yg sanggup membeli dgn harga yg lebih mahal daripadanya.
Maka SOBA menjawab 'ALLAH'
Akhirnya org Islam dapat minum air telaga itu secara percuma...
Dengan takdir Allah ditepi telaga itu akhirnya tumbuh bbrp pohon tamar dan akhirnya membiak sehingga akhirnya berjumlah 1550 pokok jumlahnya dan berbuah dgn sangat lebat...
kerajaan Othmaniah Turki telah menjaga kurma itu dan hasil jualan tamar2 itu dan menyimpan nya sehinggalah wujudnya kerajaan Saudi yg ambil alih dan tubuhkan akaun bank
atas nama SOBA di salah satu bank Saudi.Duit itu akuirnya terkumpul dgn banyak dan kerajaan Saudi telah membeli sekeping tanah ditepi Masjid Nabawi dgn tujuan membina hotel lima bintang... hasilnya nanti dibahagi kpd
dua ... separuh diinfaq utk anak yatim dan miskin yg sbhg lg disimpan dalam akaun SOBA ... yg anehmya setelah 14 kurun sedekah SOBA masih bercambah dan membiak membuak buak tanpa hentinya... inilah kelebihan Sedekah ... oleh itu marilah sama sama kita ringan tangan utk bersedakah dan yg paling mudah adalah dgn menyenarkan kisah ini dalam group dan fb anda... InsyaAllah anda akan dapat pahala sedekah yg berganda2
MOGA MOGA BERMANFAAT DUNIA AKHIRAT
والله اعلم....

- DR JAMNUL AZHAR B MULKAN
Alor Setar

Intan Permata

Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas
di kaunter Pejabat Tabung Haji itu memberitahu nama dia
dan isterinya turut tersenarai dalam senarai jemaah yang
akan menunaikan ibadah fardhu haji pada tahun ini.
“Tapi pak cik kena bayar segera bahagian mak cik yang
masih tak cukup tiga ribu ringgit lagi tu. Selewat-
lewatnya minggu depan bayaran mesti dibuat,” beritahu
pegawai itu lagi.
“Insya’Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera,” janji
Pak Uwei. Berita gembira itu ingin segera dikongsi
bersama isteri kesayangannya.
Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji, dia terus balik ke
rumah. “Pah….. Ooo….. Pah!” teriak Pak Uwei sebaik turun
dari keretanya. “Apa bendanya terlolong-lolong ni bang?”
tanya Mak Pah.
“Ada berita baik ni Pah, nampaknya hajat kita nak ke
Mekah tahun ni akan tertunai. Insya’Allah, dua bulan lagi
kita akan ke sana. Tak sabar betul saya, rasa macam
Kaabah tu dah melambai-lambai,” cerita Pak Uwei dengan
wajah berseri-seri.
“Betul ke ni bang? Baru semalam si Johari beritahu dia
dengan Minah tak dapat pergi. Namanya tidak ada dalam
senarai.”
“Betullah Pah oii…… saya ni baru je balik dari Pejabat
Tabung Haji. Cuma duit bahagian awak tu kena bayar
segera selewat-lewatnya minggu depan.” “Mana kita nak
cari duit banyak tu bang?
Tiga ribu tu bukan sikit, itupun lepas duit tambang. Duit
kocek mau juga sekurang-kurangnya dalam seribu.” Mak
Pah merenung gusar wajah suaminya.
“Alah Pah, kita mintalah tolong dengan Muaz dan Balkis.
Takkanlah mereka tak nak beri. Bukannya banyak,
cuma dua ribu seorang saja.”
Wajah Pak Uwei semakin berseri-seri. Dia yakin anak-
anaknya yang dua orang itu tidak akan menghampakan
harapannya. “Lusa hari minggu, saya nak suruh budak-
budak tu balik, boleh kita berunding,” cadang Pak Uwei.
“Kalau tak cukup bahagian saya tu, awak ajelah yang
pergi dulu. Tak elok kita menyusahkan anak-anak bang,
lagipun apa pula kata menantu kita nanti, nak ke Mekah
minta duit anak-anak.”
Mak Pah tidak bersetuju dengan rancangan Pak Uwei.
“Pah…. Muaz dan Balkis tu kan anak-anak kita. Kita dah
besarkan mereka, hantar belajar tinggi-tinggi takkan
nak hulur dua ribu pun tak boleh, lagipun selama ni kita
tak pernah minta duit mereka. Tak usahlah awak
bimbang Pah, saya yakin anak-anak kita tu tak akan
menghampakan kita kali ni.”
Yakin benar Pak Uwei, harapan yang menggunung
digantungkan kepada anaknya. “Tapi bang………..” “Dahlah……
pegi siapkan kerja awak tu, tak usah nak risau tak tentu
hala. Saya nak telefon budak-budak tu,” pintas Pak Uwei
sebelum Mak Pah melahirkan kebimbangannya.
Lega hati Pak Uwei bila Muaz menyatakan yang dia akan
pulang, kemudian Pak Uwei menelefon Balkis pula di
pejabatnya. Dia hanya menyuruh mereka balik tanpa
memberitahu hajatnya.
“Insya’Allah, Kis balik nanti Abah. Ermm! Abah nak Kis
suruh Intan balik sama?” tanya Balkis. “Ikut suka kaulah,
bagi Abah yang pentingnya kau dan Muaz.
Intan tu ada ke tidak ke, sama aje. Balik ya….,” balas Pak
Uwei. Bukan dia membeza-bezakan anak-anaknya, tapi
hati tuanya cepat benar panas bila berhadapan denga
Intan.
Sikap degil dan tak mahu mendengar kata anaknya itu
menyebabkan dia geram. Sudahlah malas belajar, tidak
seperti Muaz dan Balkis yang berjaya memiliki ijazah.
Kalau ditegur sepatah, sepuluh patah tidak menjawab.
Masih Pak Uwei ingat gara-gara sikap keras kepala Intan
untuk bekerja kilang, mereka bertengkar besar tiga
tahun lalu.
Kini hubungan mereka seperti orang asing. “Abah tak
setuju kau nak kerja kilang kat KL tu. Abah mahu kau
sambung belajar lagi.” Pak Uwei tidak bersetuju dengan
niat Intan yang hendak bekerja kilang. “Intan dah tak
minat nak belajar lagi abah, biarlah Intan kerja kilang.
Kerja kilang pun bukannya haram.” Bantah Intan
menaikkan darah Pak Uwei. “Aku suruh kau belajar kau
tak nak, kau nak kerja kilang.
Kau tak tengok berapa ramai anak gadis yang rosak
akhlak kerja kilang duk kat KL jauh dari mak bapak,
bolehlah buat apa yang kau sukakan.
Kau nak bebas macam tu?” “Itulah Abah, selalu nampak
yang buruk aje. Bukan semua yang kerja kilang duk kat
KL tu jahat Abah. Kerja apa dan kat mana pun sama aje,
pokok pangkalnya hati.
Kalau nak buat jahat dalam rumah pun boleh Abah.”
Intan cuba membuat Abahnya faham. “Kenapalah kau
seorang ni lain benar dari abang dan kakak kau.
Cuba kau tengok Balkis tu, tak pernah dia membantah
cakap macam kau ni!” “Intan memang tak sama dengan
Kak Balkis, Abah. Intan suka berterus-terang, kalau tak
kena Intan cakap depan-depan, bukan membebel kat
belakang,” balas Intan selamba menyemarakkan bara
dalam dada Abahnya. “Anak tak mendengar kata, ikut
suka kaulah.
Kalau kau nak pergi, pergi….. aku dah tak larat nak
larang. Nak terlentang ke, telangkup ke, gasak kaulah.”
“Kau buat apa yang kau suka, aku tak nak ambil tahu
lagi!” Sejak kejadian itu, Pak Uwei memang tidak
mempedulikan langsung apa yang Intan nak buat.
Namun begitu, Intan tetap pulang setiap kali cuti. Dia
bersikap selamba biarpun abahnya tidak
mempedulikannya. Intan selalu menghulur duit, tapi hanya
kepada maknya sahaja. Riang hati Pak Uwei bukan
kepalang bila anak-anaknya pulang, tambahan pula dia
sudah rindu dengan cucu-cucunya.
Malam itu, selesai menikmati makan malam dan
berjemaah sembahyang Isyak, mereka duduk berborak di
ruang tamu. “Sebenarnya ayah suruh kau orang balik ni
ada hajat sikit,” Pak Uwei memulakan bicara. “Hajat apa
pula Abah?” tanya Muaz yang duduk di sebelahnya. “Abah
dan Mak kau nak ke Mekah, nama dah ada dalam
senarai.
Memandangkan bahagian Mak kau masih belum cukup
lagi, abah nak minta kau dan Balkis bantu sikit. Tak
banyak, dua ribu seorang cukuplah,” Pak Uwei
mengutarakan hasratnya. “Boleh tu boleh Abah, tapi
kena tunggu sebulan dua lagi. Az baru je keluarkan wang
simpanan buat duit muka beli rumah.
Sebulan dua lagi bolehlah Az ikhtiarkan,” ujar Muaz.
“Tapi…… Pegawai Tabung Haji tu minta bayaran dibuat
segera selewat-lewatnya minggu depan.” “Kalau dalam
seminggu dua ni Abah, memang rasanya tak dapat.
Paling tidak pun cukup bulan ni. Nak cukupkan duit muka
tu pun habis duit simpanan budak-budak ni Az
keluarkan,” jawab Muaz serba salah. “Kau beli rumah lagi,
rumah yang ada tu kau nak buat apa?” tanya Pak Uwei
melindungi kekecewaannya. “Rumah baru tu besar sikit
Abah. Selesalah buat kami sebab budak-budak tu pun dah
besar, masing-masing nak bilik sendiri.
Lagipun beli rumah tak rugi Abah, pelaburan masa depan
juga,” sampuk Mira isteri Muaz. Pak Uwei terdiam,
harapannya kini cuma pada Balkis. “Kamu macam mana
Kis, boleh tolong Abah? Nanti Abah bayarlah balik duit
kamu tu bila ada rezeki berbuah durian kat dusun kita tu
nanti,” Pak Uwei berpaling pada Balkis. “Kis pun rasanya
tak dapat nak tolong Abah. Kis baru aje keluarkan duit
simpanan buat menambah modal perniagaan Abang Man.
Tengah gawat ni faham ajelah…… ni tak lama lagi nak
bersalin nak pakai duit lagi.” Hancur berderai rasa hati
Pak Uwei mendengar jawapan Balkis. “Man bukan tak
nak tolong Abah. Kalau nak pinjam duit kad kredit
boleh.
Tapi yelah, kata orang kalau nak ke Mekah ni tak elok
pakai duit pinjaman.” “Betul kata Man tu Abah. Kalau nak
ke Mekah mesti dengan kemampuan sendiri baru elok,”
sokong Muaz.
Kata-kata Azman dan Muaz bagaikan sembilu yang
menikam dada Pak Uwei. Bila dia bertemu pandang
dengan Intan, Pak Uwei terasa bagai ditertawakan oleh
Intan bila kedua anak yang diharap-harapkan
menghampakannya. “Tak apalah kalau kau orang tak ada
duit. Biarlah Abah kau pergi seorang dulu, nanti kalau ada
rezeki, Mak pula pergi,” Mak Pah bersuara cuba
meredakan keadaan. “Kalau nak pergi sendiri dah lama
saya pergi Pah.
Tak payah saya tunggu lama-lama. Kalau Awak tak pergi,
biarlah kita sama-sama tak pergi….. dah tak ada rezeki
kita nak buat macam mana?” Pak Uwei bangun masuk
ke bilik meninggalkan anak-anaknya dengan rasa kesal.
Intan tahu Abahnya benar-benar kecewa. Walaupun
orang tua itu tidak menunjukkan rasa kecewanya, tapi
Intan faham kecewa Abahnya teramat sangat kerana
tidak menduga anak-anak yang selama ini disanjung
akan mengecewakannya begitu. “Anak awak tu tak balik
ke?” tanya Pak Uwei pada Mak Pah bila Intan tidak turut
serta balik bersama dengan abang dan kakaknya.
“Tak, katanya cuti sampai hari Rabu nanti,” balas Mak
Pah sambil mencapai kain selendangnya. “Nak ke mana
pulak tu?” tanya Pak Uwei melihat Mak Pah bersiap-siap.
“Nak ke kedai Long Semah tu nak belikan anak saya
kuih lepat ubi kegemarannya.” Sengaja Mak Pah menekan
suara bila menyebutnya anaknya.
Bukan sekali dua dia menegur sikap Pak Uwei yang gemar
membeza-bezakan anak. Pagi Isnin itu selepas bersarapan,
Intan bersiap-siap hendak keluar. “Nak ke mana Intan
pagi-pagi dah bersiap ni?” “Intan ada hal sikit kat bandar
mak. Intan pergi dulu ye.”
“Kalau nak ke bandar suruhlah Abah kau tu hantarkan,”
suruh Mak Pah. “Tak payah mak, Intan nak pergi banyak
tempat ni. Nanti bising pula Abah tu. Intan pergi dulu.”
Mak Pah menggeleng memerhatikan Intan berlalu.
Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yang
keras hati membuat anaknya itu menyisihkan diri. Ketika
Intan pulang dari bandar tengah hari itu, mak dan
abahnya sedang menikmati juadah tengah hari. “Kau ni
Tan buat benda apa lama benar kat bandar tu?
Mari makan sama. Ni Abah kau ada beli ikan baung salai,
mak masak lemak cili api.” “Ingat lagi Abah lauk
kegemaran Intan rupanya,” usik Intan tak bertangguh
mencapai pinggan. “Mak Bapak memang tak pernah
lupakan anak-anak, cuma anak-anak aje yang lupakan
mak bapak,” jawap Pak Uwei sinis. Intan tersenyum
pahit.
Selesai mengemas pinggan mangkuk, Intan menunaikan
solat Zohor, kemudian dia mendapatkan mak dan
abahnya yang sedang duduk di ruang tamu. Abahnya
sedan membaca suratkhabar. Mak Pah pula melipat kain.
“Mak, Abah….. Intan ada hal sikit nak cakap ni….,” ujar
Intan menghampiri mereka.
Pak Uwei menurunkan suratkhabar yang dipegangnya.,
kemudian menanggalkan cermin mata yang digunakan
untuk membaca. “Apa hal….. kamu nak kahwin ke?” soal
Pak Uwei merenung Intan.
Tawa Intan meledak tiba-tiba mendengar soalan abahnya.
Melihat Intan tergelak besar, Pak Uwei turut tertawa.
Mak Pah pun tergelak sama, riang rasa hatinya melihat
kemesraan yang hilang dulu mula menyatu. “Abah ni……
ke situ pulak….” “Habis tu?” “Ini….. kad Tabung Haji Mak.
Tadi Intan ambil dalam laci tu. Yang ini resit memasukkan
duit ke akaun Mak. Semuanya Intan dah uruskan. Dan ini
dua ribu untuk buat duit kocek Mak dan Abah.
Yang dua ratus lagi ni untuk buat kenduri doa selamat
sebelum berangkat nanti.” Intan memasukkan duit itu
dalam genggaman Pak Uwei. “Apa???” Pak Uwei terkejut.
Matanya merenung Intan dan duit ditangannya bagai
tidak percaya. “Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja
dulu. Duit hasil titik peluh Intan yang halal Abah,
terimalah. Selama ini Intan banyak kali kecewakan Abah.
Intan tak pernah dapat membahagiakan hati Abah.
Selama ini pun Intan selalu sangat rasa kalah pada Abang
Az dan Kak Balkis. Intan tak cantik dan baik macam
Kak Balkis, apatah lagi bijak seperti mereka. Intan tahu
Abah selalu kecewa dengan Intan. Hanya kali ini Intan
dapat tunaikan hasrat Abah.” “Dah banyak kali Abah
tangguhkan hasrat nak naik haji.
Dulu kerana Kak Balkis nak kahwin, lepas tu mak pulak
tak sihat. Sekarang ni masa yang sesuai. Intan harap
Abah sudi terima pemberian Intan,” tutur Intan perlahan
memerhatikan air mata menuruni pipi abahnya yang
sudah berkedut dimamah usia. “Terima kasih Intan.
Malu rasanya Abah nak ambil duit kamu…… dulu Abah
selalu bangga dengan Balkis dan Muaz yang memegang
jawatan tinggi, tapi akhirnya anak Abah yang kerja
kilang yang membantu Abah,” luah Pak Uwei sambil
mengesat air mata terharu atas keluhuran hati anak
yang selama ini dimusuhinya. “Sudahlah Abah.
Yang lepas itu tak usahlah kita ungkit-ungkit lagi. Intan
gembira Abah sudi terima pemberian Intan.” “Pemberian
kau ni terlalu terlerai bagi Abah dan Mak kau Intan….,”
ujar Pak Uwei. Intan peluk abahnya erat. “Hah……tulah,
jangan suka memperkecil-kecilkan anak saya ni,” Mak
Pah mengusik Pak Uwei sambil mengesat air mata penuh
kesyukuran.
“Mak ni…..,” gelak Intan memandang abahnya yang
tersengih. Masa yang ditunggu-tunggu tiba dalam
keriuhan sanak saudara yang datang menziarahi Pak
Uwei dan Mak Pah. Intan memerhati dengan perasaan
gembira bercampur hiba. “Semua dah siap ke Mak?” tanya
Intan menjenguk ke bilik emaknya memerhatikan Mak
Pah mengisi barang keperluan semasa di Mekah.
“Dah rasanya…… ada apa-apa yang Intan nak pesan Mak
belikan di sana nanti?” “Tak ada mak. Mak janganlah
fikir soal apa yang nak dibeli Mak. Yang penting Mak
dapat menunaikan ibadah dengan sempurna.” “Hah! Awak
dengan tu…. Kita ni nak pergi menunaikan ibadah, bukan
nak membeli-belah,” tambah Pak Uwei yang turut
mendengar perbualan dua beranak itu.
“Intan tak nak Mak dan Abah belikan satu apa pun dari
sana. Hanya satu yang Intan mahu, doakan Intan bahagia
di dunia dan akhirat,” pesan Intan sambil memeluk
emaknya. Mak Pah dan Pak Uwei berpandangan. Tiba-
tiba sebak dengan permintaan Intan itu. Hanya dua jam
lagi kapal terbang akan mendarat di tanah air.
Pak Uwei mengerling Mak Pah yang lena di sebelahnya.
Dalam keriangan telah menunaikan ibadah haji tanpa
sebarang kesulitan, terselit rasa tidak sedap di hati.
Perasaan rindu pada anak-anak terutamanya Intan bagai
menyentap tangkai hatinya. Pak Uwei terkenangkan
mimpinya bertemu Intan di Tanah Suci.
Intan tidak berkata sepatah pun, tapi bagai memberitahu
yang dia akan pergi jauh. “Kenapa resah aje ni Bang?”
Mak Pah terjaga. “Entahlah Pah, saya teringat sangat
dengan Intan dan anak-anak kita.” “Sabarlah, dah nak
sampai dah ni,” pujuk Mak Pah. Dari jauh lagi Pak Uwei
sudah melihat Muaz dan Azman menanti mereka.
“Mak….. Abah…..,” Muaz meraih emaknya dalam pelukan
dan kemudian abahnya tanpa dapat menahan air mata
menitis laju. “Mana yang lain ni, kamu berdua aje?” Pak
Uwei tertinjau-tinjau mencari wajah Intan. “Mereka
menanti di rumah, Abah,” beritahu Azman suami Balkis
sambil mencium tangan Pak Uwei. “Intan pun tak datang
juga ke?” tanya Pak Uwei terasa hampa.
“Awak ni….. kan Man dah kata mereka menunggu di
rumah.” Mak Pah menggeleng, dua tiga hari ni nama
Intan tak terlepas dari mulut suaminya. Perjalanan tiga
jam dari KLIA untuk sampai ke rumah terasa begitu lama
oleh Pak Uwei. Mak Pah yang melihat kegelisahan
suaminya turut berasa bagai ada yang tak kena.
“Dua tiga malam sebelum balik, Abah kau mengigau
terjerit-jerit dia panggil nama Intan. Kalau Intan dengar
cerita ni tentu dia gelihati.” cerita Mak Pah pada Muaz
dan Azman. Muaz mengerling Azman yang sedang
memandu. “Tentulah Abah ingatkan Intan, sebab Intan
yang bagi dia duit,” balas Muaz cuba bergurau walaupun
terasa sayu.
“Tapi Abah rasa macam ada yang tak kena aje Az, dalam
mimpi Abah tu, Abah nampak Intan macam nak beritahu
dia nak pergi jauh. Tapi dia tak bercakap pun, hanya
renung Abah. Intan tak ada cakap apa-apa dengan kau
Az?” “Err….. tak ada Abah. Kita berhenti minum dulu
Abah, tentu Mak haus,” ajak Azman. “Tak payah, dah
dekat ni. Abah tak sabar nak balik,” tolak Pak Uwei.
Azman dan Muaz hanya berpandangan. Sebaik turun dari
kereta, Balkis meluru memeluk mereka dengan tangisan.
Suara Pak Long Basri yang bertakbir menambah sayu.
Semua yang ada menitiskan air mata. “Mak dengan Abah
sihat ke?” tanya Mira setelah bersalaman dengan ibubapa
mentuanya. “Sihat, cuma batuk-batuk aje sikit.
Intan mana, dia tak balik ke?” Mak Pah mula berdebar
bila Intan tidak kelihatan. “Naik dulu Ngahnya…….,” suruh
Long Semah. “Intan mana?” Pak Uwei mula hilang sabar
bila tak seorang pun memberitahu di mana Intan. Pantas
dia memanjat tangga menuju ke bilik Intan. Matanya
terpaku pada bekas baru yang terletak di sebelah katil
yang bercadar kain batik lepas.
Dadanya bergetar. “Az….. mana Intan? Mana adik kau
Az?” tanya Pak Uwei dengan suara yang menggeletar.
Badannya terasa lemah, dia berpaut pada tepi pintu.
“Sabar Abah….,” Muaz menggosok belakang abahnya.
“Kenapa Az…….. kenapa?”
Mak Pah menurunkan Syazwan, cucunya dari pangkuan
dan melangkah laju ke bilik Intan. “Mak…. Intan dah tak
ada Mak,” Balkis tersedu memeluk emaknya yang
terduduk lemah. Pak Uwei terkulai tak bermaya
menerima berita itu.
Mak Pah terus pengsan. Bila dia terjaga dia melihat anak
menantu menglilinginya. Pak Uwei duduk di tepi
kepalanya. “Sabarlah Ngah, ini dugaan Allah pada kita.
Intan pergi pun dalam keadaan tenang. Barangkali kerana
hajatnya nak lihat kamu naik haji dah tertunai,” pujuk
Long Semah yang masih belum pulang. “Intan ada
tinggalkan surat untuk kita.
Dia memang dah tahu dia tak akan hidup lama. Rupa-
rupanya dia menghidap barah otak. Dia minta maaf segala
salah silap dan berpesan supaya kita jangan sedih atas
pemergiannya. Dia minta kita doakan dia,” Pak Uwei
menepuk lembut bahu Mak Pah yang tersedu.
“Bila dia meninggal? Siapa yang mengadap masa
nazaknya?” tanya Mak Pah. “Kami semua ada Mak. Dia
begitu tabah menanti detik kematiannya Mak.
Sebenarnya dia ajak kami balik ini, katanya nak
kemaskan rumah.
Mak dan Abah nak balik. Masa sampai tu dia sihat lagi,
tiba-tiba malam Khamis tu lepas solat Isyak dia sakit
kepala teruk sampai tak boleh bangun. Az nak hantar ke
hospital, tapi katanya masa dia dah tiba. Masa tulah baru
dia ceritakan sakitnya. Dia meninggal Subuh hari Jumaat
Mak... tiga hari lepas.
Dia pergi dalam keadaan yang cukup tenang mak,” cerita
Muaz. Mak Pah menggenggam erat tangan suaminya,
terkenangkan bagaimana Intan memeluk erat mereka
sebelum melepaskan pemergian mereka.
Dan ketika itu bagai terdengar-dengar suara Intan
berpesan, “Intan tak nak Mak dan Abah belikan satu apa
pun dari sana. Hanya satu yang Intan mahu, Mak dan
Abah doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat…..” “Islam
pada mulanya terasing, dan ia akan kembali terasing,
maka berbahagialah kiranya bagi yang terasing”...

Sunnah Rasulullah SAW

Seratus Sunnah Nabi s.a.w Dalam Kehidupan
1-Tidur Dalam Keadaan Berwuduk
2- Baca surah Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas Sebelum Tidur
3- Takbir dan Tasbih Ketika Tidur
4- Berdoa Ketika Terbangun Dari Tidur Waktu Malam
5-Doa ketika Bangun Daripada Tidur
6- Berkumur dan Menghisap Air Ke Dalam Hidung Dari Satu Cedukan Sebelah Tangan
7- Berwuduk Sebelum Mandi
8-Baca Doa Selepas Wuduk
9-Jimat Penggunaan Air
10- Selepas Wuduk Sembahyang Dua Rakaat
11-Menjawab Seruan Azan
12- Banyak Bersugi
13- Ke Masjid Awal
14- Pergi Ke Masjid Berjalan Kaki
15- Hadir Sembahyang Dengan Tenang
16- Doa Ketika Masuk Dan Keluar Masjid
17- Sembahyang Berhadang
18- Duduk Atas Dua Tumit Yang Didirikan Ketika Duduk Antara Dua Sujud
19-Duduk Atas Lantai Dengan Mendirikan Kaki Kanan Ketika Duduk Tahyat Akhir
20- Banyakkan Berdoa Setelah Tahyat Akhir Dan Sebelum Beri Salam
21- Melakukan Sembahyang Sunat Rawatib
22- Sembahyang Dhuha
23-Qiyamullail
24- Sembahyang Witir
25- Sembahyang Dengan Beralas Kaki
26- Sembahyang Di Masjid Quba’
27- Sembahyang Sunat Di Rumah
28-Sembahyang Istikharah
29-Duduk Di Tempat Sembahyang Selepas Sembahyang Subuh Hingga Terbit Matahari
30- Mandi Hari Jumaat
31- Hadir Awal Untuk Sembahyang Jummat
32- Mencari Masa Mustajab Doa Hari Jumaat
33- Pergi Dan Balik Sembahyang Raya Dengan Jalan Berbeza
34- Sembahyang Jenazah
35- Ziarah Kubur-kubur
36- Sahur (Puasa)
37- Segera Berbuka Puasa
38-Menghidupkan Ramadhan
39- Iktikaf Pada Bulan Ramadhan
40- Puasa Sunat Enam Hari Dalam Bulan Syawal
41- Puasa Tiga Hari Setiap Bulan
42- Puasa Hari Arafah
43- Puasa Hari Asyura
44- Pilih Seorang Ketua (Musafir)
45- Takbir Ketika Melalui Tempat Tinggi Dan Tasbih Ketika Menuruni Tempat Rendah
46- Doa Ketika Singgah Sesuatu Tempat
47- Terlebih Dahulu Ke Masjid Apabila Balik Dari Musafir
48- Doa Ketika Pakai Baju Baru
49- Mula Dengan Kaki Kanan Apabila Pakai Alas Kaki
50- Baca Bismillah Ketika Makan
51- Ucap Al-Hamdulillah selepas Makan
52- Minum Dalam Keadaan Duduk
53-Berkumur Dengan Susu
54- Tidak Mencela Makan
55- Makan Dengan Tiga Jari Tangan D
an Menjilat Jari Itu Apa Bila Selesai Makan
56- Minum Dan Berubat Dengan Air Zam-Zam
57- Sarapan Terlebih Dahulu Sebelum Pergi Sembahyang Raya Fitri
58- Banyak Membaca Al-Quran
59- Baca Al-Quran Dengan Suara Yang Bagus
60- Zikir Kepada Allah Setiap Ketika
61- Bertasbih
62- Mendoakan Orang Yang Bersin
63- Doa Untuk Pesakit
64- Meletak Tangan Pada Tempat Sakit Serta Doa
65-Berdoa Ketika Mendengar Ayam Berkokok
66-Berdoa Ketika Hujan Turun
67- Baca Zikir Ketika Masuk Rumah
68-Baca Zikir Dalam Majlis
69- Berdoa Ketika Hendak Masuk Tandas
70- Berdoa Ketika Angin Bertiup
71- Doa Untuk Muslimin Yang Tidak Bersama
72- Berdoa Ketika Mendapat Musibah
73- Menyebarkan Salam
74- Menuntut Ilmu
75- Meminta Izin sebelum Masuk Tiga Kali
76- Tahnik Mulut Anak Yang Baru Lahir
77- Akikahkan Anak
78- Singkap Sebahagian Badan Agar Kena Hujan
79- Melawat Pesakit
80- Senyum
81- Ziarah-Menziarahi Kerana Allah
82- Nyatakan Kecintaan Apabila Cinta Terhadap Seseorang
83- Tutup Mulut Apabila Menguap
84- Sangka Baik Terhadap Manusia
85-Membantu Keluarga Dalam Kerja Rumah
86- Sunnah Fitrah
87- Menjaga Anak Yatim
88- Menjauhi Marah
89- Menangis Kerana Takut Terhadap Allah
90-Bersedakah Jariah
91- Membina Masjid
92-Telorensi Ketika Berjualbeli
93- Menghilang Gangguan Jalan
94-Sedekah
95- Banyak Melakukan Amal Sholeh Pada 10 Zulhijjah
96- Membunuh Cicak
97- Larangan Mencerita Dari Semua Perkara Yang Didengari
98- Memberi Nafkah Keluarga
99- Lari-lari Anak Semasa Tawaf
100- Beramal Sholeh Berterusan Walaupun Sedikit
Dipersilakan share. Semoga bermanfaat untuk semua.

Jom Tukar No Plat Kereta


Korang tau tak sekarang JPJ tengah buat operasi no plat kereta. Ada standard baru yang dikeluarkan. Yang jadi isu nya no plat asal pun kena tukar juga sebab tak sama dengan spesifikasi JPJ yang baru.
Adeh... Kalau tak tukar kena saman RM300.... Perghh... Duit tu... Baik keluarkan RM30 dari kena saman RM300.

Hanya Pada Mu

Ku Menatap Dalam Kelam
Tiada Yang Bisa Ku Lihat
Selain Hanya Nama Mu Ya Allah

Esok Ataukah Nanti
Ampuni Semua Salahku
Lindungi Aku Dari Segala Fitnah

Kau Tempatku Meminta
Kau Beriku Bahagia
Jadikan Aku Selamanya
HambaMu Yang Selalu Bertaqwa

Ampuniku Ya Allah
Yang Sering MelupakanMu
Saat Kau Limpahkan KaruniaMu
Dalam Sunyi Aku Bersujud


YA ALLAH...
BERIKANLAH KESABARAN DAN KEIKHLASAN HATI DI SETIAP UJIANMU...DAN BERIKANLAH RASA SYUKUR DALAM HATI INI SAAT KAU LIMPAHKAN NIKMATMU UNTUKKU.

 AAMINN...YA RABBAL 'AALAMIIN..

Awek Baju Kurung Main Bowling.






Haaa gempak tak. Jangan tak caya. Pakai baju kurung pun boleh main bowling. Memang terbaik.
Pagi tadi akak ngan ofismate ada latihan bowling sempena sukan bahagian audit sekolah hujung minggu ni. Tapi akak tak pergilah sukan audit kali ni. Nanti akak cite kemudian kenapa?
Memang enjoylah main bowling tadi. Rasanya macam dah bertahun tak main bowling.

AF2014: Azwan Terkeluar

Sapa tengok AF 2014 ni? Mesti ramai yang tengokkan. Lepas beberapa musim akak tak tengok AF, musim kali ni akak tengok betul2. Last AF yang akak follow betul2 masa Stacy jadi juara. Musim lepas2 tu akak tengok gitu2 je.
Tapi musim 2014 ni akak start layan balik. Faktor utamanya mestilah sebab pengetuanya. Lepas tu peserta kali ni hmmm.... Boleh tahan. Yang buat akak terikat nak tengok sebab Nuha. Suara dia perghh...
Malam tadi AF separuh akhir. Lepas setiap minggu duduk tangga teratas, akhirnya Azwan tersingkir. Akak mengharapkan Aman yang terkeluar. Hmmm... Nak buat camna kan. Dah bukan rezeki Azwan. Memang suara Azwan biasa2 je tapi bukan sumbang. Semua lagu yang dibawa sedap didengar. Tapi mungkin kerana suaranya kategori biasa je, Azwan bukanlah pilihan pengkritik. Adakalanya komen pengkritik mainkan peranan penting juga kan.
Tapi tu lahkan, selalu duk tangga atas tiba2 tersingkir. Betul ke. Macam tak logik je. Opsssss.... Kuang.. Kuang... Kuang...

Yeay... Pahang Juara Piala Malaysia 2014

Ole ole ole ole... Pahang juara.. Pahang juara lagi... Wahh... Semangat kan akak. Macamlah akak tengok game tu. Memang tak tengok pun. Tapi suka nak tau keputusan je. Sebab akak ada pengulas sukan terhebat kat rumah akak. Siapa lagi kalo bukan somi akak.
Tambah seronok lagi, esok akak cuti weiii... Hahaha... Ko ada... Tapi yang sebenarnya akak taklah suka sangat cuti tu. Keje akak berlambak wei kat opis tu. Huhuhu...
Apapun time kasih untuk Tok Nan yang bagi cuti....

Piala Malaysia 2014 Milik Siapa?


Malam ni akan jadi penentuan siapa akan bawa balik Piala Malaysia. Sama ada juara bertahan Pahang atau Johor yang telah menanti 32 tahun untuk bawa balik piala tu. Hmmm... Korang rasa sapa yang akan menang. Akak sendiri mestilah sokong Pahang. Hogoh pahang hogoh...

Gara2 Piala Malaysia Budak 2 Tahun Jalan Kaki



Itulah yang jadi pagi semalam. Firas kena jalan kaki dari ofis akak ke taskanya. Semuanya berpunca dari jalan nak ke taksa sesak dengan penyokong bola sepak yang beratur untuk membeli tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara Pahang menentang JDT. Adeh..
Cian Firas. Terpaksalah akak temankan Firas jalan kaki ke taska.

10 Sebab Kenapa Anda Perlu Memiliki BVSM

(1) Hanya tengok sahaja pada BVSM selama 10 saat sudah dapat rasa tenaganya;

(2) Selamat! Tidak perlukan elektrik semasa digunakan atau untuk charge. Jika perlu recharge, hanya perlu jemur di bawah cahaya matahari pagi pukul 7-10 pagi;

(3) Cara menggunakan? TIDUR SAHAJA! Insya Allah, sakit-sakit akan beransur pulih. Mudah kan?;

(4) Senang dan mudah dibawa ke mana-mana sebab ianya ringan.Malah untuk “long drive” boleh letak sebagai alas belakang driver untuk lebih tenaga dan mengelakkan sakit belakang;

(5) Mengurangkan kesan radiasi dlm badan. Semua org menggunakan handphone. Adakah anda tahu, handphone adalah antara gadget yang menyumbang radiasi tinggi. Oleh itu BVSM bantu membebaskan radiasi dalam badan;

(6) Untuk kurangkan radiasi kepada anak-anak. Kini, anak-anak bermain menggunakan pelbagai gajet dan alat komunikasi seperti komputer, ipad, tab yang juga menyumbang radiasi. Sedarkah anda bahawa anak-anak sekarang didedahkan kepada radiasi lebih awal?;

(7) Hilangkan stress, menstabilkan emosi;

(8) Kebanyakan orang susah hendak tidur ataupun mengalami masalah insomnia;

(9) Kebanyakkan orang cepat letih, cepat penat dan kurang mendapat rehat yang berkualiti. Semua itu antara penyebab kehidupan yang kurang kualiti;

(10) Zaman sekarang ramai yg mudah mendapat penyakit seperti gout, senggugut, sukar mengandung, sakit sendi, saraf, darah tinggi, kencing manis, jantung, asma dan pelbagai lagi.

BVSM didapati dapat membantu pesakit-pesakit di atas.




Jangan Nak Bangga Sangat

INGATAN UTK DIRI SENDIRI DAN KAWAN2 LAIN:
JANGAN BANGGA
JANGAN BERLAGAK
Rilex2 je😊
-------------------------
01. Jangan bangga berkulit putih kerana kulit terakhir kita - TANAH LIAT
02. Jangan bangga dengan rumah besar kerana rumah terakhir kita - KUBUR
03. Jangan bangga dengan baju mahal kerana baju terakhir kita - KAIN KAPAN
04. Jangan bangga dengan kereta dan motor besar kerana kenderaan kita yang terakhir - KERANDA
05. Jangan bangga dengan minyak wangi berjenama kerana wangian terakhir kita - KAPUR BARUS

INTEKMA Resort and Convention Centre

Hari ni sampai Jumaat akak ada kursus di sini. Pertama kali sampai sini. Hmmm...
Sebelum ni officemate pernah duduk sini kerana mesyuarat. Pelbagai cerita muluk akak dah dengar tentang Intekma ni. Cerita tentang perabot lama. Untuk memuatkan tiga orang sebilik, pihak resort hanya hampar kan tilam ditengah2.
Dan hari ni bila akak datang sini, cerita muluk tu memang benar belaka. Tambah buruk lagi bila aircond tak ada. Terpaksa minta maintainance datang kebilik bawa remote aircond yang lain. Lagi tambah buruk bila air pun tak da. Pihak resort kena hantar tong untuk tadah air. Perghh....
Macam mana nak persidangan November ni. Lagi ramai pesertanya nanti.



Haihhh.... Payah betul macam ni.

Pastikan....

Kengkawan, pls baca. Penting utk kita.

INFO DARI KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN:

🔶Sayuran yg dimakan mentah cth taugeh..daun kesum..daun serai wangi dll yg dibuat ulam...yakni tdk dimasak..perlu direndam dgn air garam terlebih dahulu utk mgelakkan drpd jgkitan virus e.coli

🔶 Petua beli ayam segar
bli ayam pd waktu pagi krn bakteria pd ayam masih sedikit...kalo bli pd waktu t.hari..pastikan balik ke rumah terus cuci n masukkn ke dlm peti sejuk beku...sblm dimasak..ini utk matikn bakteria...masak ayam dgn sempurna...kalo x cukup masak..bakteria x mati n akn aktif semula bila mknn itu sejuk

🔶 Panaskn mknn setelah sejuk..jgn mkn maknan yg telah sejuk selama lebih 4 jam...perlu dipanaskn smpai mendidih

🔶 Elakkan letak senduk nasi dlm periuk kerana pemegang senduk mgkin ade bakteria dr peluh ditangan kita...

🔶 Elakkan telur separuh masak sbb mngandungi bnyk bakteria yg boleh mnyebabkn demam panas dn kekejangan otak

🔶 Pastikn telur dibasuh sblm digunakan

🔶 Mknn sejuk beku spt nuget...ayam..daging burger perlu di goreng terus slps dkluarkn dr peti sejuk beku...jgn biar mknn berada pd suhu bilik..krn mngundang bakteria...pastikn goreng dlm mnyk yg betul2 panas

🔶 Pastikan tukang masak bersih sms memasak sb 95% pnyakit brjgkit dlm rumah berpunca dr tukang masak....tu sb org berniaga kna amik suntikan vaksin...utk elak djgkiti pnyakit dan mnyebarkn kpd org lain

🔶 Pastikn mknn n minumn dlm tin di basuh dahulu sblm digunakan utkelakkn kncing tikus

🔶 Jika mkn dikedai..pastikan basuh or lap sudu yg nk dgunakan terlebih dahulu...jgn gnakan sabun tongkol yg disediakn kedai mkn...sebaiknya gunakan pencuci cecair or x salah kalo bw kemana2 pencuci tgn bersama kita..skrg bnyk pnyskit brjgkit brpunca dr mknn...

🔶 Khasnya ayam golek..pastikn ayam tu panas...jgn bli kaloayam dh sejuk or yg dh siap potong...

🔶 Pastikan papan pncincang ayam drpd plastik...kalo kayu jgn mkn sb serbuk kayu mgkin melekat pd ayam n daging yg dicincang

🔶 Pastikn mknn yg dibugkus dgn polisterin perlu dilapikm dgn plastik utk elakkn pengaktif sel2 kanser yg terdpt pd polisterin

Jangan Anggap Remeh


Kadang kala kita anggap sakit yang sikit2 tu adalah sakit biasa. Siapa tahu itu adalah tanda2 awal penyakit yang kritikal.

Rumah Kena Pecah Masuk, Daging Korban Lesap

Pagi-pagi sampai offiice riuh rendah dengar kawan cerita rumah maknya dikampung kena pecah masuk. Habis semua diselongkatnya. Yang lucunya, semua daging korban yang disimpan dalam peti sejuk juga lesap. Dengan mesin pengisar sekali hilang. Mesti perompak tu nak buat gulai daging tu. haihhh. Macam2. 

Seminggu Tanpa Telefon

Huwaaaaa..... Lenovo akak tinggal kat kampung. Dah separuh jalan nak balik baru perasan telefon tu tinggal. Nak pusing balik memang tak lah. Sebab tsunami kecik sedang melanda. Nak tak nak pendam rasa je lah. Hari Jumaat ni baru balik kampung ambil telefon. Adeh.... Sedih betul. Bila tak de telefon, cutilah berfb, wssp, telegram. Mesti beribu noti bila on balik phone tu. Nasib baik masih boleh update blog. Tapi kat office akak ni tak boleh nak berfb. Kena block. Tak pe lah... Harapa boleh bersabar hingga Jumaat ni.

Kak Liza Oh Kak Liza

Kak Liza ni cleaner kat office akak ni. Orangnya comel je dan peramah sangat. Kalau tengok muka dan susuk tubuhnya tiada sapa akan percaya umur Kak Liza ni melewati 40 an dan ada ada ramai anak.
Akak kagum ngan Kak Liza ni, saban hari dia datang ke office ada saja benda yang dibawa untuk diniagakan. Segala jenis kerepek dijualnya. Bila musim raya pulak, dia jual kuih raya. Semuanya hasil tangannya sendiri. Bukan ambil untung atas angin.
Baru2 ni dia jual kuih raya.


Sebekas kuih raya tu RM5. Tak kira biskut apa. Chipsmore ke, semprit ke, tat ke. Macam2 lagilah. Bila tanya berapa ketul biskut dalam tu, mudah je dijawab. "Asal penuh bekas kuih tu cik puan?".. Errr... Kengkawan office akak memang kesian sangat kat Kak Liza ni. Mana untungnya bila jual sebotol RM5. Kos tepung, gula, botol kuih tu lagi. Tambah sadis lagi, untuk kuih tat, jem dia beli lain. Adeh...
Tapi bagi Kak Liza, dia tak pikir untung rugi (mungkin sebab dia buta huruf). Asalkan hasil jualannya habis. Yang bestnya Kak Liza bagi tau, kalau jual kat office akak, semua ok je dengan harga yang dia letak. (Dah murah luar biasa memang lah ok). Tapi rupanya bila jual kat office lain masih ada yang tawar menawar untuk harga yang lebih murah. Hmmm...kesian Kak Liza.

Happy Birthday Faiz


Semoga jadi anak yang soleh. Cemerlang dunia akhirat. Jadi abang yang penyayang yang selalu melindungi adik. Mama ngan papa sayang abang selamanya.








Yang tu semua ucapan happy birthday dari mak pak sedara dan sepupu.
Dan yang ni paling istimewa.



Ucapan dari Memey kesayangan abang.



Selamat hari ulangtahun kelahiran Muhammad Amirul Faiz bin Mohd Faizal..

Cozuma CC Cream

TERKINI...SAYA TERPAKSA SHARE dgn ANDA SEMUA!!
BEST! BEST! BEST! BEST! BEST! BEST! BEST! AWESOME!

COZUMA CC CREAM. SAYA SUKA SANGAT! Bila guna dgn hanya sapuan yg sgt simple..

- sekata pada kulit
- tidak melekit
- tidak berminyak
- lembut dan nyaman pada kulit
- kulit muka lebih cerah
- sesuai utk semua warna kukit dan jenis kulit..
- sembunyikan cela pada kulit muka
- tahan lama pada kulit tanpa rasa melekit
- tak rasa pakai bedak atau cream...ringan jer rasanya...
- mudah dicuci bila nak solat...

Kelebihan LUARBIASA COZUMA CC CREAM
#‎perlindungan uv yang optima
#‎wajah berseri
#‎anti -radang & anti-oksidan
#‎pelembapan & penghidratan yg berpanjangan
#‎kulit cerah bersinar
#kulit wajah lebih halus
#‎mengurangkan kedutan & garis halus
#‎kawalan kulit berminyak
#‎bedak solekan & pembetulan kulit asas
#‎menyembunyikan cela , bertindak sebagai concealer , tutup cela kat muka sambil merawat kulit

Semua wanita guna bedak/faoundation/CC cream... KINI JOM BERTUKAR kpd yg lebih MUDAH CANTIK dan SELESA.

PROMOSI! PROMOSI! PROMOSI!
BELI 3 PERCUMA 1
Selagi stok masih ada!



SMS/WSSP 0139778286
TERKINI...SAYA TERPAKSA SHARE dgn ANDA SEMUA!!
BEST! BEST! BEST! BEST! BEST! BEST! BEST! AWESOME!

COZUMA CC CREAM. SAYA SUKA SANGAT! Bila guna dgn hanya sapuan yg sgt simple..

- sekata pada kulit
- tidak melekit
- tidak berminyak
- lembut dan nyaman pada kulit
- kulit muka lebih cerah
- sesuai utk semua warna kukit dan jenis kulit..
- sembunyikan cela pada kulit muka
- tahan lama pada kulit tanpa rasa melekit
- tak rasa pakai bedak atau cream...ringan jer rasanya...
- mudah dicuci bila nak solat...

Kelebihan LUARBIASA COZUMA CC CREAM
#‎perlindungan uv yang optima
#‎wajah berseri
#‎anti -radang & anti-oksidan
#‎pelembapan & penghidratan yg berpanjangan
#‎kulit cerah bersinar
#kulit wajah lebih halus
#‎mengurangkan kedutan & garis halus
#‎kawalan kulit berminyak
#‎bedak solekan & pembetulan kulit asas
#‎menyembunyikan cela , bertindak sebagai concealer , tutup cela kat muka sambil merawat kulit

Semua wanita guna bedak/faoundation/CC cream... KINI JOM BERTUKAR kpd yg lebih MUDAH CANTIK dan SELESA.

PROMOSI! PROMOSI! PROMOSI!
BELI 3 PERCUMA 1
Selagi stok masih ada!



SMS/WSSP 0139778286

Bila Mr. Nuffnang Menari-nari


Hehehe. Macam tak caya je. Blog yang sejuk2 beku ni pun dilayannya juga. Terima kasih Nuffnang. Ada yang mempertikaikan iklan Nuffnang ni. Macam tak berbaloi je tepek kat blog. Hmmm... Bagi akak ok je. Sesak2 boleh keluarkan duit Nuffnang. Walaupun sekali keluarkan tak lepas pun nak bayar bil astro tapi bolehlah buat belanja beli pampers dengan susu Firas. Syukur Alhamdulillah..

Kena Pecah Masuk Lagi

Semalam dugaan melanda lagi. Kena pecah masuk lagi. Kali ni bukan rumah tapi kedai runcit suami akak dipecah masuk. Adeh... Habis semua laci dalam kedai tu di bongkar. Hampir RM600 lesap. Duit lebih pasar yang suami akak simpan dalam tabung.









Jam 5.30 pagi suami akak dapat call dari kawan yang kebetulan lalu depan kedai. Bagi tahu pintu kedai terbuka kesan kena ompil. Kesian kat suami akak. Down dah dia sekarang. Huhuhu

Serupa Tapi Sama

Sekarang ni hubby akak menambah lagi cabang bisnes selain kedai runcit, iaitu bisnes ikan hiasan. Tapi bukan semua jenis ikan hiasan, ikan kelisa a.k.a arowana. Mulanya hobi biasa je tapi sekarang diniagakan pulak.






Yang tu antara ikan yang ada. Dulu akak ingat ikan kelisa ni sama je. Kalau dulu yang akak biasa akak dengar macam jenis yellow tail, white tail. Sekarang ni ada MGB, HB. Nak tau lebih kena tanya hubby akak. Rupanya ada macam2 jenis yang menentukan harga ikan tu. Dan bisnes ikan hiasan ni macam bisnes jual emas. Ada turun naik harganya. Tapi yang pasti makin besar ikan tu makin mahal. Risiko bisnes ikan hiasan tetap ada. Takut ikan mati sebelum sempat dijual. Cuma arowana ni bukan jenis cepat mati tanpa sebab. Biasanya arowana mati sebab melompat keluar atau tiada oksigen sebab black out.
Kalau minat dengan arowana, nak beli ke, tanya tips penjagaan ke, tips nak naikkan warna sisik arowana ke boleh contact hubby akak.
Ge kat fb http://www.facebook.com/mohdfaizalsaid atau call 0132099196

Tilam Ajaib Wadah Rawatan Pelbagai Penyakit






Pelapik tilam bertenaga BVSM ini di suntik dengan garam dan diperhebatkan dengan tenaga cahaya matahari di waktu Dhuha yang sangat bermanfaat dari sekecil2 bayi berusia 1 hari hinggalah ke warga tua.. Ia bermanfaat untuk :
kategori 1
~org stress yg dah dapat title giller tenang kembali
~lumpuh
~lelah
~gout
~migrain
~diabetik
~darah tinggi
~atrithis
~saraf
~dan lain semua jenis penyakit dari hujung rambut kehujung kaki

kategori 2 :anak2
~dengar cakap dan fokus
~lebih mudah bangun tidur dan lebih senang tidur malam
~lebih lembut hati
~ kurang stress akibat penat belajar dan letih aktiviti di sekolah/universiti
~ badan lebih segar di waktu persekolahan terutamanya yang aktif bersukan
~lebih sihat
~anak2 sekarang ramai yg resdung dan berdengkur dan nafas serta urin sgt berbau...alhamdulillah mmg sgt berubah

kategori 3 : pelaris berbisa dgn izinNYA..
~setakat ni banyak testimoni mereka yg ada stok bvsm sgt dahsyat aura pelaris... menarik duit... menarik energi positif ... nak jual benda lain, dengan produk2 lain pun terjual sekali
~ produk2 lain yang takde kaitan pun tetiba laris gillerrrr... termasuklah kedai makan..(kalau tak percaya, cuba check)

kategori 4 : Merawat Pesakit Mistik ..sangat efktif dgn izinNYA..
~terlalu banyak testimoni pesakit mistik ni.... banyak yang tak di kongsi di online sb sensitif antaranya gangguan jin, saka keturunan, sihir pemisah, sihir dengki dsbnya.
~semuanya kerana dgn izinNYA BVSM mengandungi tenaga kristal garam yang sangat berlawanan dengan energi benda2 ghaib yang negatif ini!!

Hanya RM1488
10 orang yang pertama akan menerima keahlian percuma dan rebat RM120
PM ATAU SMS/WHATSAPP 0139778286

Ambil Gambar Lagi


Kena ambil ganbar lagi untuk pendaftaran pra sekolah tahun depan. Rasanya tahun lepas dah ambil. Kenapa pihak sekolah tak guna je gambar tahun lepas. Takkan muka budak berubah sangat dalam masa setahun. Hmmm... Ni mesti kes malas nak bongkar balik fail. Bak masuk darjah satu nanti mesti kena ambil gambar lagi. Hai... Membazir betul. Dah le sekali minta 4 keping.

Syukur Alhamdulillah


Fahim dah dapat surat tawaran untuk kemasukan prasekolah tahun 2015. Tak susah hati lagi. Kalau tak dapat, maknanya tahun depan akak kena daftarkan Fahim untuk Tabika Kemas. Mungkin kerana tahun 2014 ni Fahim memang dah sekolah kat situ. Jadi untuk tahun depan dia terus sambung je. Atau mungkin sebab akak dah daftarkan Fahim darjah 1 di sekolah tu juga.
Teringat cabaran tahun lepas, macam mana Fahim nyaris2 tak dapat tawaran pra sekolah. Mujur ada kekosongan sebab ada yang menolak.
Lega rasanya bila urusan persekolahan anak2 selesai. Syukur Alhamdulillah...

Tak Nak Tanggalkan Lagi



Tu gambar bahu Fahim. Yang bertampal tu kesan kena cucuk kancing gigi semalam. Sepatutnya boleh tanggal dah. Tapi biasalah Fahim, terlalu sayangkan nyawanya. Takut sakit katanya kalau tanggal pelekat tu.
Kenapa Fahim kena ambil injection tu?


Semuanya gara kesan luka kat kaki dia tu. Masa duduk rumah atuk, tak tau apa yang dia main sampai cederakan kakinya. Bila atuk tanya, dia diam je. Tapi dengan papa dia memang tak boleh elaklah. Bila papa dah pegang kaki, diteleknya betul2. Berdasarkan pengalaman nakal papanya dulu, dia jangkakan itu kesan kena paku. Tu yang semalam bawa ke klinik dan dapat injection untuk cegah kancing gigi. Hmmm... Fahim... Fahim... Yang sadisnya itu kaki yang sama kena hempap dengan tv bulan lepas. Adeh....

Hai O Mineral Coffee

COFFEE MINERAL


Aroma istimewa Hai-O Mineral Coffee berasal daripada bijian kopi Robusta dan garam buluh organik semulajadi dari Korea. Selain aroma kopinya yang wangi, ia juga kaya dengan bahan mineral seperti magnesium yang dapat meng galakkan penyerapan kalsium dan penggunaannya. Hai-O Mineral Coffee bukan sahaja memenuhi cita rasa para peminat kopi, malah kandungan garam buluh di dalamnya telah meningkatkan nilai nutrisi kopi.

Kenapa kita masukkan kopi mineral ni sebagai salah satu produk slimming??

i) Garam buluh sangat bagus utk kesihatan, customer2 Cina yang selalu duk perabihkan stok bagitau- mereka makan/minum garam buluh utk bagi panjang umur (kesihatan meningkat). Kebanyakan dr kita mmg tak boleh nak minum terus garam buluh ni sb rasa dan baunya tak sedap... tapii.. bila garam buluh terdapat dalam kopi mineral.. rasanya wahh!! sedap betulll!! ini yang sgt special!!

ii) Garam buluh bersifat sangat beralkali..(remember : air zam zam di Mekah sangat tinggi alkali +-14 pH nya, Allah mengetahui apa yg terbaik utk hamba2nya) so ia akan neutralise asid berlebihan dalam badan kita (perut lapar/pedih sb asid) . That's why mereka yang minum di waktu pagi akan rasa kenyanggggg je sehingga tengahari..so kadang tu boleh skip lunch atau makan dlm kuantiti sedikit.. then petang minum lagi sekali so dinner takyah ambil banyak...Pastu senang nak membuang, so perut lega!! Kepada yg minum kopi leh jadi kembung perut..dgn kopi mineral - tidak lagi... Hmmm... meh secawen!!

iii) Sel2 badan kita buat 'kerja' secara optimum dlm keadaan yang beralkali, so sel2 yang dah tak berapa optimum buat kerja akan aktif balik...itu la pasal ada testimoni minum kopi mineral seminggu (2kali sehari)..yang kencing manis reduce sugar level dari 11 kepada 7 takhal org diabetis takut woo nak minum 3 in 1!! pastu kalau biasa2 ada bisa2 tumit dan lutut...pas minum hilang la pulak bisanya (itulah kerja asid)...

iv) Kalau badan anda banyak toksid,
dan anda bukanlah pencinta air mineral (minum 3L-5L sehari)..maka kalau sapu Bio Ever mungkin menyebabkan naik ruam di kulit, so utk bagi cepat sikit flush toksid tu, kami galakkan minum garam buluh...dah kalau tak boleh telan yang biasa, meh la minum ngan kopi ni (biasanya sy akan tambah sikit lagi garam mineral dlm kopi ni)

v) Bagi peminum2 kopi tegar, Kopi mineral mmg mabelesss.. Cukup rasa!! Kalau anda rasa2 nak demam..tengah berdedar2 panas tu, minum 1 cawan kopi mineral panas... dlm setengah jam berpeluh2 then insyaAllah beransur2 lega.
Harga sekotak Hai O Mineral Coffee RM26.50/ 20 sachet.
Untuk keterangan lanjut/order terjah fb http://www.facebook.com/norainujang atau terus sms/wssp 0139778286

Fobia Dengan Lori Balak


Akak memang fobia dengan lori balak ni. Kalau sedang bawa kete selisih dengan lori balak ni naik bulu roma akak dik... Kalau duk belakang lori tu pulak memang ambik jarak jauh.. Kalau ada peluang potong, memang akak tekan minyak habis2an. Seram tau. Ada lagi satu lori yang bawak kayu getah tu. Yang selalunya akan melebihi muatan. Bila susun kayu atas lori tu lagi tinggi dari bas 2 tingkat. Bayangkan lah kalau kayu tu jatuh dan kena kereta pemandu lain. Memang buat niaya kat orang lain je kan. Nak jimat kos punya pasal tapi nyawa manusia jadi taruhan.

EdisiBlog - Setiap Blogger Mesti Ada



Edisi Blog aplikasi baru untuk blogger. Boleh download di Googleplay. Yang bukan blogger pun boleh download untuk memudahkan korang blogwalking blog2 kesukaan korang.
Dan jujurnya akak mengaku, sejak wujudnya aplikasi ni, akak makin rajin update blog. Terima kasih untuk blogger femes kalau bukan en. Ben Ashaari yang memperkenalkan aplikasi edisi blog ni.

Tamat Sudah Kursus


Akhirnya selesai sudah kursus 1GFMAS di Jabatan Akauntan Negara Pahang. Phewww... Memang memeningkan. Semua sistem ni nak digunakan pakai tahun 2015. Nak menggantikan sistem yang ada sekarang. Dari Tunai Boleh Ubah kepada akruan. Siapa yang terlibat dalam akaun kerajaan tau lah terma2 tu. Rasanya untuk bulan 9 ni habis dah kursus. Tapi ada ura2 bulan 10 nanti ada lagi kursus. Next Gen kalau tak salah. Yang ni pulak nak gantikan ePerolehan. Adeh... Pening.
Semua nak guna sistem. Paperless katanya. Huhuhu

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff