my nuff

3 Idiot - All Is Well



Entah kali ke berapa puluh kali akak tengok cerita. Tak pernah jemu. Walaupun dah hafal setiap babak ceritanya tetap nak tengok juga sampai habis. Puas hati dapat tengok kat tv. Selalunya tengok kat komputer je. Dah tu kat astro pulak tu. Walaupun ada iklan, x de part yang kena potong pun kecuali kissing kat tepi pantai tu. Hmm.,, ni kalau tayang kat tv3 memang hancuslah... iklan berlambak2, pastu mesti banyak part yang kena potong. Akak nangis? Gila tak nangis. Ada beberapa part buat akak nangis. Huhuhu... memang terbaiklah...

posted from Bloggeroid

Agak2 Korang Boleh Histeria Tak

Ce korang tengok fe'el anak2 akak ni. Agak2 korang macam mana perasaan akak. Waktu pag sejuk ni, oklah lagi. Kalau dah petang nanti bila tempe dah naik, mahu meroyan juga tau...





Hai... anak... anak...

posted from Bloggeroid

Semalam 25USD, Hari Ini 75USD

Wahhh... Biar betul ni. Semalam baru je akak join, memang automatik dapat 25USD. Tengahari tadi check... Dah naik jadi 60USD



Lepas petang ni naik lagi 75USD. Wahhh.... Rezeki ni. Alhamdulillah. Korang tak nak ke....

Klik link ni cepat2...
http://www.theweeklypay.com/index.php?share=380717
Tak yah takut kalo benda ni tipu pun, bukannya kena keluar modal pun. Daftar percuma dan share link yang dia bagi.

posted from Bloggeroid

Bila Abang2 Pergi Mengaji



Kusyuk anak ni main game kat tablet samsung tu. Almaklum lah, abang Faiz dengan Abang Fahim tak ada. Memang Firaslah yang conquer tab tu. Game yang Firas suka, hmm dah tentulah talking tom tu. Kesian kucing tu kena ketuk dengan Firas. Yang lucunya, Firas akan ketawa bila tom tu pengsan. Dan sekarang ni dah pandai dah suruh tom tu ajuk loghat Jermannya. Macam bunyi keluar dari mulutnya sebab nak dengar tom tu ikut pulak.

posted from Bloggeroid

Tak Sabar Nak Tunggu

Hai bilalah Sir Chief dengan Maya nak mula bercinta ni. Hmmm... Mesti bestkan....

Lepas tu tak sabar nak tengok reaksi Adam Kamil dengan Ariana Rose bila diorang tahu sebenarnya diorang telah ditunangkan antara satu sama lain. Hmmm... mesti syok kan.


Guess The Emoji - Kegilaan Baru


Sekarang ada demam baru. Game baru Guess The Emoji. Kalau sebelum ni sibuk dengan Candy Crush, kali main teka perkataan pulak. Oklah. Boleh asah bahasa omputih akak yang makin berkarat ni. Huhuhu. Nak download game ni senang je. Pergi je kat Playstore.

posted from Bloggeroid

Jana Income RM900 Sehari TANPA MODAL

Akak dapat ni di facebook. Katanya program ni dari US. Pendaftaran percuma tanpa bayaran apa-apa. Tiada tipu muslihat. Katanya kalau tipu pun tak rugi apa2 sebab tak keluar apa2 modal pun kan. Hanya share link di Facebook, Twitter atau blog atau apa2 medium pengiklanan. Yang syoknya, lepas register terus dapat 25USD. Lepas tu ada link sendiri macam ni.
http://www.theweeklypay.com/index.php?share=380717
Setiap orang yang buka link tu, anda akan dibayar 10USD. USD ok, bukan RM. Hmmm... sapa kata dengan berfacebook, bertwitter, berblog kita tak boleh buat duit kan....

posted from Bloggeroid

Kisah 8.30 Malam Tadi


Yang Faiz awal2 lagi dah tidur. Penat sangatlah tu. Selalu dia tidur lewat juga.



Fahim tengah layan kartun. Tunggu masa nak lelap.



Firas je yang masih segar bugar. Panjat sana, panjat sini. Haihhh...

posted from Bloggeroid

Zamir Juara Masterchef Malaysia Allstar

Tamat sudah Masterchef Malaysia Allstar. Finalisnya Celina dan Zamir. Kedua2 sama hebat. Ada kekurangan, ada kelebihan masing2. Apapun tahniah untuk Zamir. Zamir dapat menyumbang RM55000 untuk Rumah Teduhan Kasih dan bawa pulang trofi. Kesian pulak kat Celina, hanya mampu untuk bergelar naib juara. Apapun saingan diorang memang sengit.

posted from Bloggeroid

Hidung Tersumbat

Hidung dah mula buat hal. Bahana menyemak fail. Memang akan jadi macam ni sebab alergi dengan habuk kertas. Bila dah kena selsema, mulalah hidung pun tersumbat. Akak google macam mana nak redakan hidung tersumbat.

1. Mandi Air Panas
Wap dari air boleh melegakan hidung.

2. Minum Air Suam

3. Tidur dengan bantal yang lebih tinggi.

4. Minum Air Limau Suam

5. Makan makanan yang pedas.

6. Berwap

7. Minum Teh Herba

8. Minyak Kayu Putih

9. Sup Ayam

10. Berkumur Dengan Garam

Hmm boleh cuba nanti. Akak dapat dari web negara jiran. www.merdeka.com

posted from Bloggeroid

Budak Lima Tahun Terperangkap Dalam Lif

Akibat suka berebut dam berlumba dengan abang sendiri seorang kanak2 pra sekolah 5 tahun terperangkap dalam lif tempat ibunya bekerja. Kejadian berlaku apabila kanak2 tersebut masuk ke dalam lif bersama abangnya tanpa menunggu ibunya. Akibatnya pintu lif tertutup sebelum ibunya sempat masuk ke dalam lif. Ibunya naik lif berasingan kerana tau anaknya akan tunggu di tingkat 2 tempat dia bekerja. Malangnya, bila sampai tingkat dua, hanya abang je yang ada kerana adiknya enggan keluar dari lif. Dari tingkat dua kedengaran raungan kanak2 tersebut sebab dia dah keluar ke tempat dia naik tadi iaitu aras LG. Tak lama kemudian suara raungan diam kerana kanak2 5 tahun telah di'selamatkan' oleh abangnya. Ibu dan abangnya lega. Dalam hati ibu berdoa agar kejadian ini menjadi pengajaran untuk mereka dua beradik yang selama ini mengendahkan larangan ibunya supaya tidak berebut antara satu sama lain.

posted from Bloggeroid

Tak Banyak Songel Punya Orang

Depan pejabat pos, lepas bayar bil air ada orang minta derma sambil jual buku. Akak tak berapa dengar untuk rumah kebajikan yang mana sebab lebih tertarik dengan buku yang dijual. Kiranya macam jualan amal lah. Hasilnya akak hulur duit untuk buku ni.





Kalo ada yang kata harga buku tu x sampai rm5 pun di kedai buku, ye memang betul. Tapi atas nama jualan amal tu yang akak pentingkan. Kalo ada yang kata orang yg kutip derma tu satu sindiket, biarlah. Itu urusan dia dengan Allah swt.

Dah Dapat Tapi



Hari tu ada order tshirt b.a. Ni tshirt keempat yang akak order. Dah ada warna merah, biru dengan hitam. Kali ni warna putih pulak. Design memang cantik tapi macam ada kesilapan kat situ. Akak order tshirt lengan panjang tapi dapat lengan pendek. Huhuhu. Memang akak takkan pakai lah. Tapi takkan nak pulang balik. Mana boleh kan sebab ada http://ibuamirulpunyeblog.blogspot.com kat belakang tshirt tu. Hmmm tak pelah. Boleh bagi suami akak pakai....

posted from Bloggeroid

Dapat Ikan Besar



Punyalah bangga Firas dapat pegang ikan besar. Hasil tangkapan atuk dan papa.,.

posted from Bloggeroid

Nak Curi Pagar Atau Nak Pecah Masuk

Pukul 11.30 tadi suami call akak, suruh ambil anak2 kat sekolah, lepas tu balik rumah. Akak tanya kenapa. Macam ada kecemasan je. Suami akak bagi tau, jiran bagi tau pagar rumah dah terangkat. Aduh yaii... takkan tragedi 22.10.2012 berulang lagi. Akak minta suami akak balik rumah dulu. Akak tunggu anak2 habis sekolah dulu. Lagipun hari ni kan pukul 12 dah balik. Jadi adalah lebih kurang setengah jam je lagi. Usai ambil Faiz dan Fahim kat sekolah, akak terus balik rumah. Faiz dah bising dah kenapa balik rumah terus, tak singgah kedai papa dulu. Akak tak bagi tau diorang pun pasal pagar terangkat tu. Sampai rumah, akak tengok rumah dalam keadaan biasa je. Akak patah balik untuk ke kedai jumpa suami. Suami bagi tau masa dia sampai rumah, sebelah pagar dah terkulai, sebelah lagi masih kat tempatnya. Mungkin sebelah lagi tu tak boleh angkat. Tapi tak tau lah, penyangak tu nak curi pagar tu aje ke atau nak pecah masuk rumah. Sebab pintu gril rumah ok je.






Terima kasih pada jiran yang bagi tau.

posted from Bloggeroid

Dapat Buku Baru Simpan Buku Lama

Yang ni buku lama


Yang ni buku baru


Yang lama tu memang lama sangat sebab yang tu tahun 2010 punya


Tahun 2014 baru dapat yang baru


Bukan saja nak buat koleksi tapi maklumat yang dalam tu yang akak pentingkan... senarai sekolah negeri pahang... no telefon, nama gb/pengetua dengan alamat sekolah...


Terima kasih ye...

posted from Bloggeroid

Salji Di Indonesia, Malaysia Makin Sejuk







Dua2 gambar ni dapat dari wassup suami. Hmmm... cuba bayangkan ye Malaysia bukan lagi beriklim khatulistiwa, tapi ada 4 musim macam negara yang 4 musim tu. Ada musim panas, sejuk, bunga dan luruh. Wahhhh.... ge kerja pakai baju sejuk tebal2, pakai but, baju kurung?? Pakai masa musim panas je. Hehehe

posted from Bloggeroid

Faiz, Hari Ni Ada Rentas Desa Ke?



Hari ni, keluar rumah macam biasa, tak awal sangat atau lambat sangat. Hantar Firas ke Taska dulu. Ada dengar2 tentang sukan rentas desa. Hmmm... sekolah lain kot. Sebab Faiz hari ni pakai uniform sekolah macam biasa. Yang tau hari ni ambil duit bantuan RM100 tu. Lepas hantar Firas, pergi ofis dulu sebab nak buka pintu ngan punch card. Yang bestnya hari ni semua lift rosak. Kena mendaki tangga untuk ke aras 2. Aduh yai. Selesai urusan ofis, keluar balik untuk hantar Faiz ngan Fahim ke sekolah. Sampai sekolah, akak tengok semua budak pakai baju sukan. Alamak.... Akak pandang Faiz.. "hari ni ada rentas desa ke faiz?" "Yelah mama" Aduh. Akak hantar Fahim ke kelas cepat2 lepas tu bawa Faiz balik rumah untuk tukar baju. Pusing balik ke sekolah. Faiz sampai lewat ke sekolah hari ni. 7.45pagi. Nasib baik hari ni hari sukan. Haihh... sorry Faiz. Mama tak perasan tarikh masa mama isi borang kebenaran untuk rentas desa tu. Huhuhu.

posted from Bloggeroid

Firas Nyanyi Lagu Negara Ku



Akak perasan, bila Firas leka bermain, dia akan menyanyi. Sebelum ni dia nyanyi lagu twinkle2 little star. Tapi semalam ada lagu baru, lagu Negara Ku. Tapi part corusnya., memang lucu. Sebab dia nyanyi dengan penuh semangat. Tapi akak x faham sepatah pun sebab dia nyanyi dalam loghat Jerman. Tapi bila kita dengar nadanya, kita boleh tangkap tu lagu Negara Ku. Hehehe. Tahun ni Firas nak masuk 2 tahun. Boleh lah ckp sepatah dua mcm mama, papa, nak, kak (bukak). Dan kalo dia nakkan sesuatu dia akan tarik tangan akak, dan tunjuk apa yang dia nak,. Hmmmm,.,,

posted from Bloggeroid

Maggi Sangat Lebih Beracun Dari Dadah

Di Facebook hari beberapa kenalan post tentang Maggi ni.
Memang dah lama tau tentang keburukan makan maggi ni.
Tapi akak rajinkan diri untuk google tentang maggi.
Sebelum ni, akak dah tau tentang maggi mempunyai wax dan perlu beberapa hari untuk dihadamkan.
Tapi dalam artikel Maggi Sangat Beracun Lebih Dari Dadah di www.kualalumpurpost.net ni, ada banyak lagi kandungan maggi yang boleh mendatangkan kesan buruk.

10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera:

Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu?
Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat?
Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.

1) Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

2) Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

3) Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

4) Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

5) BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

6) Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.

7) Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

8) Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

9) Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

10) Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.



Fakta tentang anak pertama, ketiga dan kelima



Hahaha, akak anak yang pertama. Boleh dikatakan apa yang tertulis tu hampir 99% betul. Hehehe. Tapi janganlah terpengaruh sangat, sebab semua tu berdasarkan kajian semata2.

posted from Bloggeroid

Hidung Berdarah : Punca dan Mitos

Pagi-pagi suami akak bagi tau, hidung Firas berdarah. Bangun tidur, bahagian hidungnya dah penuh dengan darah kering. Mungkin keluar masa dia tidur. Akak hanya bersihkan aje darah tu, dan pastikan darah tak keluar lagi. Kalau ada yang tanya, akak tak cuak ke? Memang tak, sebab akak dulu pun biasa kena, kalau nak tau sampai sekarang pun akak masih hadapi masalah tu. Puncanya bila cuaca terlampau panas. Itu yang akak fikirkanlah.
Tapi akak rajinkan juga untuk google sendiri, tentang hidung berdarah ni. Dan hasilnya akak dapat dari SINI akak kongsikan untuk bacaan dan simpanan akak sendiri.

Antara punca pendarahan hidung:
•Trauma kemalangan.
•Trauma disebabkan aktiviti mengorek hidung.
•Keradangan pada hidung yang terbahagi kepada alahan hidung, rhinitis atau sinusitis (jangkitan kuman). 

Antara punca lain namun jarang berlaku:
•Ketumbuhan atau kanser hidung bagi golongan dewasa.
•Penggunaan semburan hidung secara berlebihan.
•Bagi golongan dewasa berusia lebih 50 tahun, 50 peratus masalah pendarahan hidung disebabkan penyakit darah tinggi atau penghidap penyakit jantung serta trauma rawatan kerana mempunyai ubat mencair darah dan menyebabkan salur darah pecah.

Mitos dalam menangani situasi hidung berdarah:
•Memasukkan daun sirih ke dalam hidung.
•Tuam menggunakan ais di bahagian kepala yang boleh menyebabkan pening kepala.
•Menyumbat hidung dengan kapas boleh mencederakan lagi bahagian hidung berdarah.
•Disebabkan pengambilan makanan yang dipercayai memiliki unsur panas dan sejuk kepada badan.

Keadaan yang menyebabkan pendarahan hidung:
•Ia bukan disebabkan cuaca panas tetapi disebabkan keadaan persekitaran yang berhabuk.
•Kawasan yang terlalu kering disebabkan penggunaan penyaman udara terlalu kuat.

Apa yang perlu dilakukan adalah membasahkan hidung serta pastikan kawasan hidung sentiasa lembap.

Dalam artikel tu juga ada memaklumkan ibu bapa perlu tenang dalam menghadapi situasi hidung anak berdarah.
Jadi untuk Firas, akak akan terus pantau, kalau dalam masa 24 jam ni dia kena lagi, akak akan bawa ke hospital.

Jom kita berpesan-pesan


Memang bagus untuk diamalkan. Pesanan untuk akak sendiri. Huhuhu. Kadang2 terlupa juga,

posted from Bloggeroid

Berhati2 Bila Datang Ke Temerloh

Macam menakutkan aje tajuk entri akak kali ni kan. Akak bukan nak menakut-nakutkan, jauh sekali nak memburuk-burukkan tempat akak mencari rezeki ni. Cuma nak berpesan dan beri ingatan. Kalau ada yang merasakan kos taraf hidup kat Temerloh ni lagi rendah dari hidup di bandar, baik fikirkan balik. Memanglah dari segi tempat tinggal, kos nya masih murah, dengan RM400 boleh lagi sewa rumah teres 1 tingkat. Tetapi tidak pada makanannya. Jaga2 bila berhenti makan di Temerloh. Bagi penggemar ikan sungai, kat Temerloh ni memang mudah nak dapat. Di mana2 kedai makan mesti ada sediakan menu ikan sungai ni. Tak kiralah, masak lemak kuning ke, goreng berlada ke atau pun gulai masam. Memang mudah nak dapat. Terutamanya ikan patin. Tapi sebelum nak cedok lauk tu masuk ke pinggan, lebih baik tanya dulu harga seekor/seketul ikan tu. Bimbang nanti ada yang tak lepas balik sebab duit tambang dah habis ke pinggan. Harga seketul ikan patin antara RM6 hingga RM10. Tak hairan lah, kalau sepinggan hidangan makan tengahari dengan segelas air boleh mencecah RM12. Ada tempat yang murah, tapi seperti yang akak cakap tadilah, tanya dulu harga satu2 lauk tu. Itu baru harga makanan.
Belum barang lain lagi. Jangan terkejut, kalau kat tempat korang harga pelaling mungkin RM5 sekilo tapi ditemerloh ni harga pelaling RM10 sekilo. Siapa yang duduk Temerloh, taulah.


posted from Bloggeroid

WW : Ingat lagi tak gula2 ni


posted from Bloggeroid

Tahun 2014 Tahun Jimat Cermat

Semua orang tau, tahun 2014 ni tahun kenaikan serba serbi. Semua orang terasa bila petrol dan elektrik naij, automatik barang keperluan juga naik. Langkah jimat cermat memang kena ambil. Akak mulakan dengan menjimatkan penggunaan elektrik kat rumah. Akak kurangkan penggunaan aircond dan termos pemanas air langsung akak tak guna. Hasilnya...


Ni bil bulan 8/2013




Yang ni bil bulan 1/2014...

Jimat banyakkan.... Alhamdulillah,,.

posted from Bloggeroid

Selamat Maju Jaya



Hari ni dah masuk minggu ketiga untuk tahun 2014. Masing2 sedang berusaha untuk mendapatkan mood bekerja di tahun baru. Semua anak buah akak akan kembali sibuk nak mengaudit sekolah. Sebagai pencetus semangat akak belanja kek Choc Fudge dari Secret Recepies. Untuk semua yang bertugas di Bahagian Audit Sekolah Cawangan Temerloh, selamat maju jaya. Moga terus berdedikasi dalam melaksanakan tugas....

posted from Bloggeroid

Maharaja Lawak Mega : Siap Yang Tersingkir

Siapa tengok MLM malam tadi. Siapa yang tersingkir ye. Akak tak tengok. Huhuhu. Malam tadi mood akak nun jauh ke laut. Berangin semacam. Ada je yang tak kena. Harap bila tengok MLM, semuanya akan ok balik. Tapi hampeh. Pilihan astro buat MLM kat One Utama tu memang mengecewakan. Persembahan pertama Shiro, akak dengar suara penonton lagi kuat dari suara pelawak tu. Dah kenalah kan. Dah mood kelaut, dengar pulak yang macam tu, hmmm lagilah bertambah hancur. Akhirnya akak amik remote tukar saluran 616 sebab dari tadi fahim merengek nak tengok kartun. Akak pulak, masuk bilik, tarik selimut lepas tu zzzzz......

posted from Bloggeroid

Hafiz Juara Pencetus Ummah Musim Pertama

Tamat sudah Pencetus Ummah musim pertama.
Juaranya Ustaz Hafiz.
Kedua-dua tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Hafiz memang mantap.
Mendapat pujian dari setiap juri, berbanding peserta lain yang ada teguran sikit2 dari juri.
Tahniah Ustaz Hafiz.
Ustaz Hafiz membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM50000, sebuah kereta, pakej umrah untuk 2 orang, pakej percutian dan trofi.
Tempat kedua Ustaz Shahul.
Tempat ketiga Ustaz Yeop.
Tempat keempat Ustaz Rahmat.
Tak kisahlah siapa yang menang, yang penting pengisian sepanjang program Pencetus Ummah ni yang paling penting.
Sangat2 lah memberi ilmu yang banyak, dan terasa diri masih jahil sangat bila ada perkara yang tidak kita ketahui sebelum ini.
Harap2 pihak Astro Awani akan terus menerus mengadakan program seperti ini.
Pada final Pencetus Ummah malam tadi, tazkirah yang benar2 memberi kesan ialah tazkirah yang disampaikan oleh Dr.Ridhuan Tee Abdullah.
Memang menyentuh hati.

Siapa Bakal Juara Pencetus Ummah


Gambar dari Kosmo 09.01.2014

Malam ni final untuk Pencetus Ummah. Satu rancangan realiti yang penuh dengan pengisian. Empat PU akan berentap merebut gelaran juara. PU Rahmat, PU Shahul, PU Hafiz dan PU Yeop.
PU feveret makcik2 bedah dah tentunya anak muda 20 tahun tu iaitu Rahmat. Rekod bersih, tak pernah sekali pun tersenarai 3 peserta terendah. Bagi akak penyampaiannya memang menusuk hati tapi bila dia mengalunkan ayat AlQuran, ada kekurangan di situ.
PU pilihan akak, PU Shahul, memang dari raut wajahnta buat kita gerun, tapi penyampaiannya bersahaja dan berisi. Sesuai lah dengan statusnya seorang Pengetua maahad. Pada pendapat akak, Pencetus Ummah ni hanta sekadar platform untuk orang mengenali PU Shahul.
PU Hafiz ok juga, tapi graf penyampaiannya ada turun naik. Tidak konsisten. Berbanding dengan PU Yeop, konsisten pada tahap yang sama saja.
Apapun kita tunggu keputusannya malam ni. Tak kisah siapa yang akan menang tapi yang penting pengisian dan ilmu yang boleh kita ambil dari program tu,

posted from Bloggeroid

Nak Tolong Melayu Punya Pasal

Tak tau nak kata apa. Kita ni punya dengan niat baik suci murninya  nak tolong bisnes orang melayu, tapi hasilnya hampeh...
Ofis akak nak tempah frame baru dengan carta organisasi baru.
Sebelum ni memang tempah kat tempat lain, tapi kali ni naklah cuba tempah kat tempat baru.
Milik sepenuhnya orang MELAYU.
 Kita orang nak tempah bingkai macam yang bawah ni.
Almaklumlah, kan dah penuh senarai tu, nak tambah nama lain kena buat baru.
Dah bawa dah bingkai ni ke kedai tu, dah maklumkan nak sejibik sejibon dengan yang ni, kalau ada bezakan pun mungkin sikit je iaitu corak bingkai tu.
Tapi bila siap, hasilnya macam kat bawah ni.
Tak ke jauh no bezanya tu.
Memang tak puas hati.

Tu belum lagi dengan carta organisasi tu, dah le besi bingkat carta tu buruk je, mesti recycle punya.
Lain suruh buat, lain yang dibuatnya.
Memang mengecewakan.
Kalau macam ni lah sikap peniaga melayu memang takkan ke manalah.
Dan inlah kali pertama dan terakhir kami akan berurusan dengan kedai tu.

Mana Tudung Periuk Nasi..










posted from Bloggeroid

Dah Memanjat Sekarang







Kalau grill tu terbuka dia lari keluar, kalau grill tu tutup dia bantai panjat sampai atas... haihh... firas.. firas...

posted from Bloggeroid

M.U Tersingkit Piala F.A


Wahh... Kelas akak kan tetiba citer pasal bola pulak kan.
Padahal bukannya minat sangat pun dengan bola sepak ni.
Tapi akak tertarik dengan berita yang akak dengar kat Sinar.FM tadi.
M.U tersingkir dari Piala F.A selepas kalah dengan Swansea City 1-2.
Tapi apa yang best sangat bagi akak bila M.U kalah.
Bukan pada akak, tapi pada suami akak.
Memang dia suka sangat kalau M.U kalah.
Sebab dia peminat tegar kelab Arsenal ni.


Akak pernah tanya kat dia dulu nape dia sokong Arsenal sedangkan kebanyakan adik beradik atau kengkawan dia semua sokong M.U.
Jawabnya senang je, Sebab ramai sangat sokong M.U sebab tu dia sokong Arsenal.
Dan lama kelamaan dia sokong arsenal sebab arsenak tu sendiri.
Hmm... Payah akak nak explain...
Sapa yang minat bola taulah kan..

Selamat Pengantin Baru YY


Akak nak ucapkan selamat pengantin baru untuk blogger a.k.a hostelmate a.k.a schoolmate akak iaitu Roseyana bt Yasin atau lebih dikenali sbg Yana Yasin (YY). Semoga berkekalan hingga akhir hayat. Akak tak bersempatan nak pergi. Gambar kat atas tu akak ambil dari fb cousin akak. Selamat pengantin baru Yana...

posted from Bloggeroid

BEN ASHAARI

Yang Popular

Terima Kasih Sahabat

my nuff