my nuff

Berhati2 Bila Datang Ke Temerloh

Macam menakutkan aje tajuk entri akak kali ni kan. Akak bukan nak menakut-nakutkan, jauh sekali nak memburuk-burukkan tempat akak mencari rezeki ni. Cuma nak berpesan dan beri ingatan. Kalau ada yang merasakan kos taraf hidup kat Temerloh ni lagi rendah dari hidup di bandar, baik fikirkan balik. Memanglah dari segi tempat tinggal, kos nya masih murah, dengan RM400 boleh lagi sewa rumah teres 1 tingkat. Tetapi tidak pada makanannya. Jaga2 bila berhenti makan di Temerloh. Bagi penggemar ikan sungai, kat Temerloh ni memang mudah nak dapat. Di mana2 kedai makan mesti ada sediakan menu ikan sungai ni. Tak kiralah, masak lemak kuning ke, goreng berlada ke atau pun gulai masam. Memang mudah nak dapat. Terutamanya ikan patin. Tapi sebelum nak cedok lauk tu masuk ke pinggan, lebih baik tanya dulu harga seekor/seketul ikan tu. Bimbang nanti ada yang tak lepas balik sebab duit tambang dah habis ke pinggan. Harga seketul ikan patin antara RM6 hingga RM10. Tak hairan lah, kalau sepinggan hidangan makan tengahari dengan segelas air boleh mencecah RM12. Ada tempat yang murah, tapi seperti yang akak cakap tadilah, tanya dulu harga satu2 lauk tu. Itu baru harga makanan.
Belum barang lain lagi. Jangan terkejut, kalau kat tempat korang harga pelaling mungkin RM5 sekilo tapi ditemerloh ni harga pelaling RM10 sekilo. Siapa yang duduk Temerloh, taulah.


posted from Bloggeroid

1 comment:

Maria Firdz said...

Hui.. Blh tahan ea...

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff