my nuff

Hidung Berdarah : Punca dan Mitos

Pagi-pagi suami akak bagi tau, hidung Firas berdarah. Bangun tidur, bahagian hidungnya dah penuh dengan darah kering. Mungkin keluar masa dia tidur. Akak hanya bersihkan aje darah tu, dan pastikan darah tak keluar lagi. Kalau ada yang tanya, akak tak cuak ke? Memang tak, sebab akak dulu pun biasa kena, kalau nak tau sampai sekarang pun akak masih hadapi masalah tu. Puncanya bila cuaca terlampau panas. Itu yang akak fikirkanlah.
Tapi akak rajinkan juga untuk google sendiri, tentang hidung berdarah ni. Dan hasilnya akak dapat dari SINI akak kongsikan untuk bacaan dan simpanan akak sendiri.

Antara punca pendarahan hidung:
•Trauma kemalangan.
•Trauma disebabkan aktiviti mengorek hidung.
•Keradangan pada hidung yang terbahagi kepada alahan hidung, rhinitis atau sinusitis (jangkitan kuman). 

Antara punca lain namun jarang berlaku:
•Ketumbuhan atau kanser hidung bagi golongan dewasa.
•Penggunaan semburan hidung secara berlebihan.
•Bagi golongan dewasa berusia lebih 50 tahun, 50 peratus masalah pendarahan hidung disebabkan penyakit darah tinggi atau penghidap penyakit jantung serta trauma rawatan kerana mempunyai ubat mencair darah dan menyebabkan salur darah pecah.

Mitos dalam menangani situasi hidung berdarah:
•Memasukkan daun sirih ke dalam hidung.
•Tuam menggunakan ais di bahagian kepala yang boleh menyebabkan pening kepala.
•Menyumbat hidung dengan kapas boleh mencederakan lagi bahagian hidung berdarah.
•Disebabkan pengambilan makanan yang dipercayai memiliki unsur panas dan sejuk kepada badan.

Keadaan yang menyebabkan pendarahan hidung:
•Ia bukan disebabkan cuaca panas tetapi disebabkan keadaan persekitaran yang berhabuk.
•Kawasan yang terlalu kering disebabkan penggunaan penyaman udara terlalu kuat.

Apa yang perlu dilakukan adalah membasahkan hidung serta pastikan kawasan hidung sentiasa lembap.

Dalam artikel tu juga ada memaklumkan ibu bapa perlu tenang dalam menghadapi situasi hidung anak berdarah.
Jadi untuk Firas, akak akan terus pantau, kalau dalam masa 24 jam ni dia kena lagi, akak akan bawa ke hospital.

1 comment:

Farah Waheda Wahid said...

perkongsian yang sangat berguna dan berfaedah kak... thanks for sharing kak...

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff