my nuff

Maggi Sangat Lebih Beracun Dari Dadah

Di Facebook hari beberapa kenalan post tentang Maggi ni.
Memang dah lama tau tentang keburukan makan maggi ni.
Tapi akak rajinkan diri untuk google tentang maggi.
Sebelum ni, akak dah tau tentang maggi mempunyai wax dan perlu beberapa hari untuk dihadamkan.
Tapi dalam artikel Maggi Sangat Beracun Lebih Dari Dadah di www.kualalumpurpost.net ni, ada banyak lagi kandungan maggi yang boleh mendatangkan kesan buruk.

10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera:

Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu?
Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat?
Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.

1) Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

2) Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

3) Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

4) Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

5) BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

6) Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.

7) Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

8) Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

9) Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

10) Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.



1 comment:

Farah Waheda Wahid said...

itulah masalahnya memang dah lama tau dah maggi ni tak bagus untuk kesihatan... banyak side effectnya, tapi masih lagi nak makan hu hu hu... dulu kerap tapi sekarang ni sangat jarang makan maggi...

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff