my nuff

Bio-Ever™ Nano Cream


 
Penggunaan Bio-Ever™ Nano Cream, dapat melanjutkan keremajaan dan menjadi lebih sihat.

Keistimewaan Bio-Ever™ Nano Cream
Menggunakan sistem bio-teknologi untuk menghantar kebaikan rumusan aktif bersaiz nano yang dirumuskan ke dalam liposom (lipid sfera yang kecil dan kosong) secara terus ke dalam saluran darah melalui penggunaan luaran pada kulit.
Saiz liposom yang kecil boleh menghantar dan membebaskan rumusan aktif yang diperlukan dengan tepat ke dalam badan.
Oleh itu, Bio-Ever™ Nano Cream sangat berkesan dan tindakbalasnya nampak ketara dalam masa yang singkat.

Rumusan Aktif Utama Bio-Ever™ Nano Cream

1. Pegaga (Centella Asiatica)
2. Kacang Soya (Glycine Soja)
3. Wild Yam (Dioscorea Villosa)Resveratrol
4. Resveratrol

Secara umumnya berkesan untuk :
1. Menegangkan kulit wajah hanya dengan sapuan di tangan
2. Menangani masaalah jerawat dan jeragat(xpayah p spa lagi)
3. Menegangkan payudara
4. Merawat luka dengan cepat(Insyallah dlm 5 hari da sembuh)
5. Menguatkan otot dan menyempitkan faraj
6. Sakit kepala(xpayah panadol)
7. Asma(xpayah lagi cari hati unta kering)
8. Menstabilkan berat badan( bagi yg ada 3G)
9. Menstabilkan kitaran haid (terbaik utk wanita)
10. Merawat sakit sendi dan saraf
11. Buang air tak lawas
12. Luka utk kencing manis
13. Katarak
14. Angin pasang
15. Darah tinggi dan sakit pinggang
16. Resdung
17. Membantu mendapatkan zuriat kpd yg sukar dapat zuriat
18. Senggugut
19. Sakit saraf
20. Batu karang
21. Kulit sensitif
23. Angin ahmar
24. Ketagih rokok
25. Payudara kecil
26. Lumpuh
27. Ketulan tiroid
28. Masaalah kecantikkan
29. Kulit mengendur
30. Buasir
31. Sakit lutut
32. Rabun
33. Keguguran
34. Uban
35. Prestasi seksual merosot
36. Masalah kesihatan

Siapa lagi yang paling senang buat duit dgn produk ini???
1. Ahli bidang farmasi
2. Pemilik-pemilik salon kecantikan
3. Pemilik-pemilik Spa / juru solek
4. Pemilik-pemilik butik pengantin
5. Tukang urut / Masseurs
6. Pemilik-pemilik / Pengamal refleksologi
7. Pelajar / Fresh raduates
8. Penganggur
Sesiapa sahaja yang ingin menambah pendapatan.
Kenapa hormon penting untuk kesihatan & kecantikan?
Setiap insan perlu mengamalkan pemakanan seimbang bagi memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan yang baik. Pada masa yang sama, keseimbangan hormon tubuh badan perlu dititikberatkan kerana hormon merupakan sejenis bahan kimia yang mengawal segala aktiviti tubuh badan.

Di antara fungsi-fungsi hormon adalah seperti berikut:
1. Penting di dalam kesihatan kulit, menjadikan kulit lebih tegang, anjal, licin dan cerah berseri.
2. Tampak muda dan membuatkan anda kelihatan lebih menikmati kehidupan.
3. Membuatkan lelaki, LELAKI dan wanita, WANITA.
4. Meningkatkan prestasi seksual, 'kelakian' dan kesuburan.
5. Mengawal kitaran haid, penting sewaktu hamil dan kelahiran.
6. Mengawal atur degupan jantung dan pernafasan.
7. Membuatkan anda tidur nyenyak di waktu malam.
8. Membina tulang, memelihara otot dan melancarkan fungsi sendi.
9. Mengawal tekanan, mengelakkan keletihan, mengurangkan kerisauan dan mengawal kemurungan.

Akibat Hormon Yang Tidak Seimbang
Antara perubahan ketara akibat hormon yang berkurangan atau tidak seimbang ini ialah perubahan dari segi:
1. Berat badan atau bentuk badan
2. Daya ingatan menjadi lemah
3. Berkurangan tenaga
4. Kulit wajah cepat menjadi kedut, hilang seri, kusam, kurang anjal
5. Rambut gugur, tidak bermaya
6. Penyakit dan berbagai-bagai lagi masalah kesihatan yang timbul.

Kunci di dalam keseimbangan hormon adalah keseimbangan di antara hormon estrogen dan progesteron, di mana penghasilan progesteron menjadi semakin sangat berkurangan jika dibandingkan dengan estrogen. Kekurangan progesteron berbanding estrogen ini menyebabkan berbagai masalah berlaku. Bukan wanita sahaja yang mengalami masalah ini, bahkan lelaki juga. Ini kerana hormon progesteron dan estrogen juga penting di dalam kesihatan kaum lelaki.

Menurut Dr. John Lee melalui bukunya 'What Your Doctor May Not Tell You About Menopause', di antara gejala-gejala dominan estrogen atau hormon tidak seimbang ini ialah seperti:
1. Alergi termasuk asma, ruam, resdung
2. Kekeringan serviks
3. Sejuk kaki dan tangan akibat lemah fungsi tiroid
4. Berkurangan libido (keinginan seksual)
5. Kemurungan beserta kebimbangan
6. Kekeringan mata
7. Mendapat haid lebih cepat
8. Kegemukan di bahagian perut, paha dan punggung
9. Keletihan
10. Daya tumpuan menjadi kurang
11. Keguguran rambut
12. Sakit kepala
13. Kitaran haid tidak teratur
14. Insomnia
15. Perasaan tidak menentu
16. Osteoporosis
17. Kadar metabolisme rendah
18. Fiboid uterin dan bermacam-macam lagi

Fungsi Bio ever Untuk Keseimbangan Hormon
Masalah yang berpunca daripada ketidakseimbangan hormon ini sebenarnya boleh di atasi.Antaranya dengan menggunakan bahan yang dapat membantu tubuh merangsangkan keseimbangan hormon.

Bio ever® mempunyai ramuan yang dapat menyeimbangkan hormon anda.
Jadi, gunakanlah Bio ever untuk membantu tubuh anda mencapai keseimbangan hormon kerana anda boleh mengembalikan kesihatan dan kecantikan yang optima apabila hormon di dalam tubuh anda seimbang
 
Nak tau tentang produk Hai O yang lain boleh sms/whatsapp 0169215965
atau PM www.facebook.com/norain.ujang

Doa Jumaat


posted from Bloggeroid

Ahmad Ammar Lagi


Kali ni buku terbitan CASAMAS yang ditulis oleh Mejar (B) Mohammad Qayyum A. Badaruddin. Buku ini beri judul Ahmad Ammar Suatu Kematian Yang Hidup Legasi 1993-2013.
Antara petikan sinopsisnya:
Subjek sejarah yang beliau pilih merupakan kesinambungan visi yang tertanam dalam diri iaitu untuk menguasai sejarah dan menguasai dunia. Kerana bagi beliau sejarah adalah kunci umat Islam. Sejarah kegemilangan Sultan Muhammad al-Fateh menguasai konstantinopel peelu diulangi. Namun Allah lebih menyayangi beliau. Tanggal 2 November 2013, gugurlah seorang insan berjiwa al-Fateh. Pemergian yang ditangisi oleh rakan seluruh dunia. "Kematian yang hidup" bermakna beliau menjadi terkenal dan berjaya menyuntik semangat pada anak muda selepas kematiannya.
Hmmm... Tak sabar nak baca buku ni.

posted from Bloggeroid

Pesanan Untuk Mereka



Ahli ulamak dah keluarkan fatwa. Tapi masih ramai yang jadi hamba rokok ni. Akak tak nak bidas berlebihan sebab antara orang tersayang akak pun ada yang merokok. Cuma rasa kesal sebab dikalangan perokok ni ada yang agak KURANG AJAR sebab merokok di tempat yang sesak dengan orang awam. Memang menyakitkan hati. Agak2 kalau dah memang tak sayangkan nyawa sendiri, janganlah libat orang lain. Kannnn.....

posted from Bloggeroid

Lenovo A850 Cinta Baru Ku



Jenama Lenovo mungkin tak se gah jenama Samsung, Nokia, Sony apatah lagi Apple. Lenovo mungkin baru dalam pengeluaran telefon pintar. Dan kalau dibandingkan dengan harga telefon pintar yang lain Lenovo jauh lebih murah. Tapi bagi orang macam akak yang lebih mementingkan prestasi berbanding jenama sememangnya Lenovo A850 amat memuaskan hati.

posted from Bloggeroid

Restoran Mamak Disana Sini

Masih nak cerita lagi tentang perjalanan ke Putrajaya Isnin lepas. Sepuluh tahun dulu masa akak duduk di Flat Hijau Precint 9 memang tak ada tempat makan lain. Hadap je lah kedai makan mamak yang ada kat situ. Bukan tak ada kedai melayu, tapi jauh. Masa tu mana ada kereta lagi. Nak pergi tempat jauh sikit sama ada jalan kaki atau naik Nadi Putra. Dan bila ke Putrajaya hari tu, ketara lambakan restoran mamak. Hmmm... Akhirnya selepas berapa tahun tak makan masakan mamak, sarapan akak pagi tu di kedai mamak. Adeh... Kalau lah diberi pilihan waktu tu...

posted from Bloggeroid

Jangan Tinggal Solat



Hanya sekadar perkongsian untuk ingatan kita bersama.

posted from Bloggeroid

Selepas 10 Tahun

Sepuluh tahun dulu akak pernah ada disini untuk mencari rezeki. Dulu masa baru buka macan terasa aman je. Kalau ada rasa takut pun dek lambakan pendatang asing yang kerja pembinaan. Al maklumlah masa tu banyak lagi tempat yang masih dalam pembinaan. Walaupun macam tu akak rasa masih aman dan terasa ekslusif tak serabut macam bandar kl nun. Tapi semalam bila akak menapak ke Teja Presint 9 ( dulu tak ada lagi), akak rasa macam terkejut. Mungkin sebab akak tak biasa dengan suasana macam tu. Tapi suasana memang berbeza. Hati akak jadi kecut semacam. Mungkin ada yang kata tu ok lagi. Tapi bagi akak sudah cukup menyesakkan. Senang cakap akak memang tak sesuai duduk di bandar. Lebih senang duduk ditempat yang aman damai je... Hehehehe


Apa motif gambar ni... Ni hiasan yang ada dalam bilik hotel the everly.. Nanti akak cite plak pasal pandangan akak tentang hotel ni.

posted from Bloggeroid

Hanya Kerana Dia Perempuan

Hari akak cukup terkesan dengan kisah isteri curang.


Bila baca kisah suami yang dapat menghidu kecurangan isterinya, pada mulanya akak rasa kesian dengan suami itu. Ditipu oleh wanita yang bergelar isteri. Tapi dari sudut lain akak rasa macam tak adil. Benar isteri itu curang. Sahih buktinya isteri itu telah berselingkuh dengan lelaki lain. Talak terus dijatuhkan. Tanpa beri peluang untuk isteri itu betulkan kesilapannya. Jatuhkan maruah suami jika maafkan isteri yang ingin perbetulkan kesilapannya. Dayuskah lelaki itu bila beri peluang kepada isteri itu. Kenyataan pada gambar tu buat akak sakit hati. Isteri curang menyumbang kepada penceraian. Kalau talak di tangan isteri rasanya peratus perceraian tu akan berganda. Tapi bila suami curang, isteri dipujuk agar bersabar, beri peluang demi anak2, paling tak pun tandatangan borang poligami tanpa kerelaan. Entahlah ye... Mungkin ada silapnya pada pendirian akak kali ini. Tapi ini hanyalah sekadar pendapat. Jika ada khilafnya harap dimaafkan...

posted from Bloggeroid

Cerita Cinta Ahmad Ammar






Akhirnya akak dapat juga memiliki buku biografi ni. Ni biografi ketiga yang akak miliki selepas biografi Mengenali Rasulullah dan Perjalanan Ibn Battutah. Penghujung 2013 diakhiri dengan kisah syahid yang tertangguh anak muda yang berusia 21 tahun ini. Buku yang disusun oleh Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD) dan diterbitkan oleh Karangkraf ini hanya berharga RM23 sahaja. Pada pencinta buku, Cerita Cinta Ahmad Ammar mesti dimiliki.

posted from Bloggeroid

Mama, Esok Cikgu Suruh Bawa Telur



Jenuh akak nak tebuk telur tu. Bagi mike2 yang terror buat kek memang tak de masalah kan. Mulanya akak pun tak dapat tangkap telur apa yang cikgu Faiz suruh bawa. Telur rebus ke. Takkan telur mantah plak. Diorang ni buat main baling telur. Lepas tu baru Faiz bagi tau nak telur yang ada lubang kat hujungnya. Oooo... Yang macam tu. Hmmm.... Ingat masa sekolah dulu. Ada juga kena bawak telur macam tu. Untuk Faiz akak bagi empat biji. Manalah tau pecah ke.. Atau ada kengkawan dia yang tak bawak. Kannn....

posted from Bloggeroid

Tips Tidak Lewat Ke Pejabat

Pada korang2 yang selalu lewat ke pejabat, akak ada beberapa tips yang nak kongsi dengan korang semua. Sebelum tu, apa alasannya yang selalu buat kita lewat ke pejabat. Bangun lewat? Kesesakan lalulintas? Anak meragam? Atau memang perangai memang suka datang lewat ke pejabat.
Bangun Awal
Itu yang pertamanya. Kena latih diri untuk bangun awal. Pasanglah berapa banyak alarm sampai boleh bangun. Lama kelamaan akan terbiasa. Tak perlu alarm pun boleh bangun sendiri.
Siap Sedia Segala Keperluan
Janganlah bangun pagi tu baru terpisat2 depan almari nak pilih baju. Baru nak gosok. Sebaiknya kena siapkan pada hari sebelumnya. Siap gosok baju. Beg kerja. Kalau macam akak yang working mum ni, siapkan beg sekolah anak, baju sekolah, beg taska. Supaya esoknya, andai kita terbangun lewat pun semuanya dah siap sedia. Begitu juga kalau family korang perlu sarapan pagi2. Semuanyanya kena prepare awal. Kalau nak buat nasi goreng, siap sedia bahan pada malam sebelumnya. Tak de lah kelam kabut jadinya.
Keluar Awal
Jangan suka jangkakan waktu perjalanan korang ke pejabat. Sebaiknya keluar awal. Tak rugi apa pun. Supaya dapat elakkan kejadian yang tak diingini semasa perjalanan. Manalah tau, ada kemalangan ke. Minyak kereta nak habis ke.
Samakan Waktu Jam Dengan Punchcard
Adakalanya waktu punchcard boleh jadi awal dari jam kita. Macam tempat kerja akak sendiri, waktu punchcard tu 7 minit awal dari jam biasa. Apa yang akak buat, jam tangan akak, akak samakan dengan waktu punchcard. Dari tu, boleh agak kita lewat atau tidak.
Ok... rasanya tu aje.. kalau ada lagi boleh share2 kat sini.

WW: Melaram Cermin Mata Abang






posted from Bloggeroid

Hasad Dengki Tak Pernah Habis



Cerita muluk ni bukan pertama kali berlaku pada kami. Pernah sebelum ni ada yang melempar fitnah mengatakan ayam yang dijual dikedai kami dibeli dari pasaraya yang belum dapat dipastikan tempat persembelihannya. Memang fitnah semata2. Sebagai peruncit beragama Islam kami tau akan sensitiviti halal atau haram. Tak tau lah apa yang didengkikan sangat oleh pembawa mulut puaka ni. Kami bukannya orang kaya bilionair. Hanyalah peruncit kecil. Tambah buat sedih lagi, semua tu angkara bangsa sendiri. Kalau macam tu sampai bila pun melayu takkan maju. Tapi ini mungkin dugaan dari Tuhan untuk menguatkan lagi keimanan kami. Semoga kebenaran sentiasa menandingi kepalsuan..

posted from Bloggeroid

MSG Musuh Utama

Sekarang ni kalau makan makanan yang ada bahan perasa berlebihan memang akan buat akak huru hara. Sakit kepala, mual nak muntah, sakit perut... Semua datang serentak... Hari tu masa balik dari JB tu lah yang akak hadapi... Silapnya akak termakan nachos yang Faz beli masa keluar dengan pak njang... Natijahnya sepanjang perjalanan balik tu memang semuanya serba tak kena... Huhuhu... Sekarang ni memang alah dengan MSG... Tak kira lah aji no moto ke... Sedap rasa ke... Cukup rasa ke... Apa2 jelah yang sewaktu dengannya...

posted from Bloggeroid

Nasib Baik Ada Kad Ni


Lebih setahun akak tidak ke negeri selatan tu. Tapi atas urusan yang tak dapat dielakkan akak kena juga ke sana. Hmm... Memang memenatkan. Perjalanan dari temerloh ke jb ambil masa 5 jam. Sepanjang highway tu ada signboard bagi tau tol elektronik. Apa benda tu. Sampai tol skudai ok lagi sebab bayar guna tunai. Tapi bila sampai tol kempas ada kelam kabut disitu. Dah tak boleh guna tunai. Kena guna touch n go. Alamak. Macam mana ni. Jurutol tu kata boleh guna ic baru. Kami pun tak pasti ic kami ni ada touch n go atau tidak. Satu lagi cara beli kad kat jurutol tu. Rm10. Tapi mujur akak ada kat watsons yang ada touch n go ni. Tapi kena tambah nilai dulu lah.. Adeh hai.. Bila tanya dengan kak ipar, sistem tu baru lagi bermula. Untuk elakkan jem untuk ke nusajaya. Tapi akak rasa macam tak praktikal je. Takkan semua lorong tukar jadi eleltronik. Mcm mana bagi mereka yang jarang guna highway yang mmg sah2 tak ada touch n go. Mmglah solusinya ada.. Di tol tu ada jual kad.. Tapi mcm mana kalau orang tu duitnya hanya cukup2 je utk tol 2.10 tu. Tak ke naya...

posted from Bloggeroid

Suka suki Firas

Apa lagi nak buat dalam kete sementara tunggu papa dia selesai urusan bank... Mama duk snap gambar budak yang tak reti duduk diam ni...








posted from Bloggeroid

Aku Sesat

Walaupun pernah duduk di sini selama 5 tahun, akak memang tak hafal jalan. Sementara tunggu suami berurusan dengan bank patutnya akak boleh jalan2 pusing bandar. Tapi akak takut sesat. Siyes memang tak ingat. Huhuhu. Agaknya bila banyak sangat pahit dari manis, buatkan kita lupa semuanya.

posted from Bloggeroid

Bila Masa Akak Duduk Shah Alam

Dapat sms dari 15888
- RM0.00 MBSA: Terima kasih kerana menjadi pembayar cukai yang baik. Sila jelaskan bil Cukai Semasa anda. Sila abaikan sekiranya bayaran telah dibuat. T.Kasih.
Kalau akak silap betulkan ye. MBSA tu Majlis Bandaran Shah Alam kan. Haihh.. Pelik betul. Tapi sekarang memang merimaskan. Tak tau macam mana no telefon boleh tersebar macam tu. Kekadang orang insurans lah... agen perlancongan lah... Sampai akak kena beli no telefon yang lain. No telefon lama tetap ada tapi hanya guna untuk bisnes top up akak je. Kalau ada panggilan masuk memang akak takkan jawab. Haihhh... rimas rimas rimas

Faiz Masuk Kelas Taekwondo

Dari awal tahun lagi Faiz dah request nak masuk kelas taekwondo ni. Tapi akak buat tak faham je. Tapi sepanjang minggu ni itulah yang dicakapkan hari2. "Hari khamis abg nak masuk taekwondo, tapi mama kena bawak duit banyak sebab kena bayar" Adehhh..memang akak tau kalau masuk kelas ni, banyak belanjanya... Baju taekwondo tu RM70 sepasang. Yuran pendaftaran RM23. Setiap bulan RM20.






Tapi tak pelah nak... Mama ok je. Dulu masa mama sekolah, teringin sangat nak masuk kelas taekwondo ni tapi sebab kosnya tinggi, mama pendam je... Sob.. Sob..sob...
Oklah sekurang2nya ada benda baru yang Faiz boleh belajar... Kelas pertama dia semalam pun, dia ada cakap... "Mama, blajar taekwondo ni kena FOKUS". Hmmm... Not bad my son...

posted from Bloggeroid

Salam Jumaat






posted from Bloggeroid

Bio Velocity Sleep Mate



KEISTIMEWAAN
1. Meningkatkan metabolism


2. Mengaktifkan fungsi-fungsi sel

3. Menggalakkan peredaran darah

4. Meningkatkan pertahanan badan dan memperbaiki sistem imun

5. Meningkatkan tahap medan tenaga

6. Menstabilkan emosi, mengurangkan tekanan dan desakan

7. Memulihkan tenaga, memperbaiki dan mengaktifkan sel dalam badan

8. Bersemangat dan bertenaga

9. Meningkatkan keupayaan penyembuhan secara semula jadi

10. Mengimbangi dan mengharmonikan fungsi-fungsi fizikal

11. Melegakan kepenatan dan kesakitan

12. Merangsangkan dan menyelaraskan sistem saraf autonomik

13. Menggalakkan fungsi jantung

14. Menggalakkan tidur yang sihat dan berkualiti

MANFAAT Melegakan sakit kepala, sakit haid, sakit perut, menghilangkan kesakitan otot, melegakan kesakitan gastrik, melegakan sakit belakang, menolong ketegangan leher, melegakan rasa kebas.

Boleh order terus di
www.facebook.com/norainujang
whatsapp 0169215965

Bukan Aku Tak Cinta Ariana Rose

Ramai yqng tengah kemaruk kedua2 drama ni. Ariana Rose akan sampai episod kemuncaknya hari ini. tak sabar nak tunggu apa kesudahannya. Dah tentunya happy ending kot. tapi terus terang akak cakap, akak tak tengok pun drama ni dari awal. tengok gitu2 je. dua minggu terakhir ni baru akak tengok betul2. hehehe.



satu lagi drama yang akak follow dari awal ialah bukan aku tak cinta. permulaan drama ni memang membuaikan. buat kita senyum sendiri. dengan dialog dan lakonan selamber diorang. tapi sekarang ni dah mula konflik. rasanya macam akak tak tengok dah kot. kalau sebelum ni sggup set alarm sbb nak tengok drama ni. tapi sekarang tak dah. kalau ada kesempatan akak tengoklah ulangannya.




bukan apa, akak taknak tertekan... sakit hati woo tengok drama ala2 sinetron indonesia ni... dah umur2 camni kalo bleh nak tengok drama santai2 je.. x nak tgk yang berat2 sangat.. drama ala2 mcm be careful with my heart tu.. hmmmm.... sweetnya...

posted from Bloggeroid

Akak jeles ok...


Smart tak uniform budak pra sekolah tu...
Semalam akak pergi SK Kerayong Jaya kat Bera nun... Nak buat lawatan audit. Termasuklah melawat kelas pra sekolah sebab nak semak stok... Peghhhh... Uniform pra sekolah dia buat akak ternganga jap.... Rupanya uniform pra sekolah ni ikut sekolah masing2... Tapi kat Temerloh sama je... Huhuhu...

posted from Bloggeroid

Ke Jolobak Ke Jolobu

Dulu akak sakit hati sangat bila dengar orang kutuk adat Negeri Sembilan.
Ada yang kata, kalau kahwin dengan gadis negeri sembilan nanti hidup sehelai sepinggang.
Geram sangat bila yang bercakap tu tak nak tau dulu pasal adat pepatih negeri sembilan tapi kutuk, kata yang bukan2.
Tapi bila dengar lagu  Waris ngan Hattan ni sejuk sikit hati.
Semuanya terjawab kat situ.
GURINDAM DULU DULU JANGAN PONAH DIPOTIKAI
TAK TAHU TANYO DULU JANGAN GOMA MEMANDAI-MANDAI

Lirik Lagu Gadis Jolobu – Hattan ft Waris

(Dato Hattan)
Ko jolobak ko jolobu
Tuai padi tigo tangkai
Kalau kono komat jolobu
Tak mati badan menghasai
Gurindam dulu dulu jangan ponah dipotikai
Tak tahu tanyo dulu jangan goma memandai-mandai

(Waris)
Kisah eh bermulo mulut ughang kampong
Kisah ramai gadis cantik kek jolobu berkampung
Ughang luar datang luar nak cari’an joki
Lain pulak jadi eh terpikek nak buek bini
Tapi silap kono komat sampai tinggalkan keluargo
Kopit bawah kotiak bini tanggungjawab lupo
Omak ayah rindu tapi dio buek bodoh
Dah takdo monyosa monangih dopan kubur

Chorus

(Dato Hattan)
Ko jolobak ko jolbu
Tuai padi tigo tangkai
Kalau kono komat jolobu
Tak mati badan menghasai
Gurindam dulu dulu jangan ponah dipotikai
Tak tahu tanyo dulu jangan goma memandai-mandai

(Waris)
Ughang luar salah tafsir koba gadih kito bahayo
Lopeh coghai semuo ghoto jadi milik dio
Jangan salah anggap napo lobihkan pompuan
Sobab laki boleh hidup kalau campak dalam hutan
Zaman dah boghubah adat di tolan zaman
Dah takdo mewaghisi coghito bertauladan
Apotah laie mengaku ughang nogori
Bilo tanyo suku mano nak jawab pun tak ghoti
Poie tanyo omak poie tanyo uwan
Kok takdo kosompatan buleh tanyo kawan-kawan
Aktiviti bergurindam tolah lonyap dilupokan
“sebagai suatu warisan”

Ulang Chorus

(Dato Hattan)
Wak wak makan padi si lomang dalam buluh

(Waris)
Kok dah dapek yg dicari jgn terlansung semayang subuh

(Dato Hattan)
Ayam berkokok umah ponghulu itu tando haghi nak siang

(Waris)
Kok dah dapek oghang jolobu tak sabar nunggu malam ko siang

(Waris)
Ughang luar salah tafsir koba gadih kito bahayo
Lopeh coghai semuo ghoto jadi milik dio
Jangan salah anggap napo lobihkan pompuan
Sobab laki boleh hidup kalau campak dlm hutan
Zaman dah boghubah adat di tolan zaman
Dah takdo mewaghisi coghito bertauladan
Apotah laie mengaku ughang nogori
Bilo tanyo suku mano nak jawab pun tak ghoti
Poie tanyo omak,poie tanyo uwan
Kok takdo kosompatan buleh tanyo kawan kawan
Aktiviti bergurindam tolah lonyap dilupokan
sebagai suatu warisan

Ulang Chorus

Bukan Sekadar Duduk Antara 2 Sujud


posted from Bloggeroid

Shiro Naib Juara MLM 2013

Tamat sudah MLM2013. Hmmm... Keputusannya mengecewakan. Shiro dapat no.2. Tapi akak tak kecewa sangat yang tu sbb berdasarkan persembahan shiro malam tu, mmg patut pun dapat no.2 sebab ada yang lebih bagus. Bukan sepahtu tapi BOCEY. Tapi bila Sepahtu dapat jadi juara... Hmmm memag kecewa sangat. Kalau ada yang tempelak "kalau x nak sepahtu menang, nape tak undi bocey" akak undi bocey ok... Walaupun akak minat shiro tapi bocey layak dapat undian akak malam tu.. Bagi jambu dan nabil akak tak kisah sangat.. Diorang layak disitu... Sbb nabil nya persembahan malam tu bukan buat akak gelak tapi nangis... Mmg sedih... Sebab lebih pada luahan perasaan... Jangan ingat pelawak x de parasaan...huhuhu...


posted from Bloggeroid

Tak Boleh Nak Nafikan


posted from Bloggeroid

Maharaja Lawak Mega Akhir - Siapa Bakal Jadi Juara

Malam ni malam final untuk Maharaja Lawak Mega 2013.
Tak sabar nak tengok pukul 10 malam ni.
Lima finalist bakal berentap.
Shiro, Sepahtu, Nabil, Bocey dan Jambu.
Siapa pilihan akak? Dah tentulah kumpulan Shiro.
Berharap sangat diorang ni jadi juara.
Lawak diorang sentiasa segar dan kelakar.
Satu lagi peserta yang akak harapkan boleh menang besar malam ni kumpulan Bocey.
Gabungan kumpulan Bochik dan Achey dari Bintang Mencari Bintang memang menjadi.
Tiga peserta lain adalah nama besar dalam dunia lawak ni.
Nabil - Kalau dia buat lawak guna loghat lain selain N9 memang tak menjadi. Terutama sekali kalau guna loghat indon. Tak kelakar langsung. Lebih baik dia cakap biasa atau loghat n9 dia sendiri.
Sepahtu- Ada kalanya ok, ada kalanya lawaknya over sangat.
Jambu - Kalau diorang ni jadi juara, memang akak akan menangis terguling2.
Tak tau apa yang kelakarnya.
Lawak yang merapu hingga kekadang macam memperbodohkan diri sendiri.
Hmmm...
Apapun kita tengok malam ni...
Apa cittaaaa.... (pinjam tageline ropie comey ppppppeeeppp)

Kayuh Basikal Dari Semenyih Ke Shah Alam

Pagi dengar kat Sinar.fm tentang kisah budak perempuan 12 tahun keluar rumah jam 4.40 pagi kayuh basikal dari rumahnya di semenyeh untuk shah alam. Tujuannya hanya untuk menyaksikan Maharaja Lawak Mega dan untuk berjumpa dengan idolanya Dato AC Mizal dan Shiro. Berani gile budak ni. Tapi dia ditemui oleh pihak polis jam 11.30 pagi di taman conought. Tapi Sinar.fm merealisasikan impian budak tu dengan menemukannya dengan finalist MLM dan Dato AC Mizal. Korang boleh tengok video pertemuan tersebut di FB Sinar.fm. Tapi korang jangan salah sangka plak.. Tujuan sinar.fm tu hanya untuk menjadikan impian budak tu jadi nyata supaya kejadian sama tak berulang lagi. Dan amaran keras diberikan pada anak2 diluar yang perbuatan keluar dari rumah tanpa pengetahuan ibu bapa jangan sesekali dicontohi...


Sumber FB Sinar.fm

posted from Bloggeroid

Akak Cutest


Hahaha.... Perasan kn.... Sapa lagi nak puji, kalau tak diri sendiri. B
Rlajar hargai diri sendiri sebelum harapkan perhargaan orang lain..

posted from Bloggeroid

Bloglist KBBA Pantai Timur

Meriah betul group whatsapp KBBA Pantai Timur ni.
Tak terlayan akak.
Sampai tengah malam ada lagi duk berwhatsapp.
Sebagai penghargaan dan tanda perkenalan untuk semua, akak buat bloglist khas untuk KBBA Pantai Timur.
Bila keadaan dah ok, akak akan follow semua..
Sekarang ni memang tak boleh follow mollow ni.
Huhuhu...

Bila Yang Lama Tetap Di Hati


Haaa... Akhirnya dapat juga. Akak ni ortodoks sikit. Memang lah seronok ada hp canggih2 ni, tapi ada benda2 yang memerluakan cara lama... Akak ni ada wat bisnes top up. Jadi bila customer akak nak beli top up, terkial2 nak taip nombor... Pastu mulalah typo... Typo ok... Akak baru belajar istilah tu ngan adik2 kat group whatsapp KBBA. Tapi bukan setakat tu je, ada banyak lagi ortodoks akak. Lain kali akak story the morning glory ok... Daaaa....

posted from Bloggeroid

Group Whatsapp Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA)

Sumber dari benashaari.com.

Memang terbaik dari en.BenAshaari.
Buat group whatsapp macam ni.
Akak sendiri join dua group.
Group pantai timur (sebab duk kat temerloh)
dengan group selatan (sebab my hometown at n9)
Meriah wei...

Selamat Hari Lahir Fahim

Semalam besday hero akak yang kedua. Muhammad Amirul Fahim. Tiada sambutan yang istimewa, hanya sekadar bawa keluar makan di Marrybrown. Tapi tu pun dah buat Fahim seronok sebab ada playground kat dalam marrybrown tu.


Hmm.... suka buat aksi yang bukan2...



Firas pun tumpang seronok...

posted from Bloggeroid

Air Kelapa Muda

Apalah lagi aktiviti kalau balik ke rumah mertua akak di Padang Piol, Jerantut kalau tak menuai hasil tanaman yang ada kat belakang rumah tu. Kali ni kelapa muda. Petang2 minum air kelapa muda, hmmm nyaman nya....


Gigih biras akak kupas kelapa...

posted from Bloggeroid

Air Kelapa Muda

Apalah lagi aktiviti kalau balik ke rumah mertua akak di Padang Piol, Jerantut kalau tak menuai hasil tanaman yang ada kat belakang rumah tu. Kali ni kelapa muda. Petang2 minum air kelapa muda, hmmm nyaman nya....


Gigih biras akak kupas kelapa...

posted from Bloggeroid

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff