my nuff

Hanya Kerana Dia Perempuan

Hari akak cukup terkesan dengan kisah isteri curang.


Bila baca kisah suami yang dapat menghidu kecurangan isterinya, pada mulanya akak rasa kesian dengan suami itu. Ditipu oleh wanita yang bergelar isteri. Tapi dari sudut lain akak rasa macam tak adil. Benar isteri itu curang. Sahih buktinya isteri itu telah berselingkuh dengan lelaki lain. Talak terus dijatuhkan. Tanpa beri peluang untuk isteri itu betulkan kesilapannya. Jatuhkan maruah suami jika maafkan isteri yang ingin perbetulkan kesilapannya. Dayuskah lelaki itu bila beri peluang kepada isteri itu. Kenyataan pada gambar tu buat akak sakit hati. Isteri curang menyumbang kepada penceraian. Kalau talak di tangan isteri rasanya peratus perceraian tu akan berganda. Tapi bila suami curang, isteri dipujuk agar bersabar, beri peluang demi anak2, paling tak pun tandatangan borang poligami tanpa kerelaan. Entahlah ye... Mungkin ada silapnya pada pendirian akak kali ini. Tapi ini hanyalah sekadar pendapat. Jika ada khilafnya harap dimaafkan...

posted from Bloggeroid

1 comment:

Maria Firdz said...

Bila iman x kuat itulah jadinya... Huhu.. Takut pla mngatakan.bab ni sbb tak tahu lagi apa akn jadi.masa dpn..hny Allah tmpat bergntung...

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff