my nuff

Tips Tidak Lewat Ke Pejabat

Pada korang2 yang selalu lewat ke pejabat, akak ada beberapa tips yang nak kongsi dengan korang semua. Sebelum tu, apa alasannya yang selalu buat kita lewat ke pejabat. Bangun lewat? Kesesakan lalulintas? Anak meragam? Atau memang perangai memang suka datang lewat ke pejabat.
Bangun Awal
Itu yang pertamanya. Kena latih diri untuk bangun awal. Pasanglah berapa banyak alarm sampai boleh bangun. Lama kelamaan akan terbiasa. Tak perlu alarm pun boleh bangun sendiri.
Siap Sedia Segala Keperluan
Janganlah bangun pagi tu baru terpisat2 depan almari nak pilih baju. Baru nak gosok. Sebaiknya kena siapkan pada hari sebelumnya. Siap gosok baju. Beg kerja. Kalau macam akak yang working mum ni, siapkan beg sekolah anak, baju sekolah, beg taska. Supaya esoknya, andai kita terbangun lewat pun semuanya dah siap sedia. Begitu juga kalau family korang perlu sarapan pagi2. Semuanyanya kena prepare awal. Kalau nak buat nasi goreng, siap sedia bahan pada malam sebelumnya. Tak de lah kelam kabut jadinya.
Keluar Awal
Jangan suka jangkakan waktu perjalanan korang ke pejabat. Sebaiknya keluar awal. Tak rugi apa pun. Supaya dapat elakkan kejadian yang tak diingini semasa perjalanan. Manalah tau, ada kemalangan ke. Minyak kereta nak habis ke.
Samakan Waktu Jam Dengan Punchcard
Adakalanya waktu punchcard boleh jadi awal dari jam kita. Macam tempat kerja akak sendiri, waktu punchcard tu 7 minit awal dari jam biasa. Apa yang akak buat, jam tangan akak, akak samakan dengan waktu punchcard. Dari tu, boleh agak kita lewat atau tidak.
Ok... rasanya tu aje.. kalau ada lagi boleh share2 kat sini.

1 comment:

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff