my nuff

Hanya Kerana Umurnya Masih Panjang

Balik dari kerja tadi ada kemalangan yang berlaku. Akak sedang memandu dan baru melepasi lampu isyarat. Kedua2 lorong agak perlahan waimal lorong kanan sekalipun. Tiba2 dengan bunyi motor ditunggang dengan laju. Seorang remaja lelaki dan tidak bertopi keledar. Bila dia melepasi kereta akak, motor tu jatuh dan terseret menghampiri kereta akak. Nasib baik ada ruang lagi sebelah kanan untuk akak elak dari terkena serpihan motor tu. Penunggangnya dah bangun dan lari ke tepi jalan. Haihhh.... Akak terus aje memandu. Tapi seriau lah juga. Faiz yang ada dlm kereta pun jerit terperanjat.

posted from Bloggeroid

Bila Lelaki Gunakan Mandian Wanita

Orang lelaki yang bukan kategori maskulin mesti main sebat je sabun mandi yang ada dalam bilik mandi tu. Biasa nya jadi pada lelaki yang dah kawin atau lelaki yang berkongsi bilik air dengan adik beradik perempuan diorang. Jangan main guna je. Takut jadi macam dalam iklan ni. Tak caya klik je link kat bawah ni.
http://bit.ly/1dZ420t

posted from Bloggeroid

Sakit Perut....

Adeh...Dari malam tadi perut memulas2. Pukul 2 pagi dah bertemu janji dengan mr.tan. Akak ingatkan sebab terlebih makan pisang goreng. Tapi bila tengok group whatsapp adik beradik, rupanya ramai yang kena. Gara2 makan kenduri semalam ke. Huhuhu. Sekarang ni akak risaukan anak2 je. Sebab semalam pun diorg makan juga.

posted from Bloggeroid

Hidangan Makan Tengahari Ni


Dua ekor ayam kampung. Dah selamat disembelih. Rancang nak buat masak lemak cili api dengan sup ayam kampung. Tu yang best bila balik kampung ni.

posted from Bloggeroid

Nak tolong tapi


Akak ni kalau boleh nak berurusniaga dengan bangsa sendiri. Tapi kesudahan memang mengecewakan. Cermin mata akak yang patah tu mulanya akak hantar ke kedai melayu. Walaupun sebelum ni beli kat kedai cina. Kira kali ni nak ubah ge kedai melayu. Tapi bila pergi kedai tu, pekerja kedai tu hanya bagi sampel yang sama brand dengab spek lama akak tu. Warna merah ko. Adeh. Bila tanya brand lain yang sesuai. Dia kata tak boleh. Nanti kalau patah tak boleh ganti. Akhirnya akak pergi balik kedai sebelum ni. Memang kat kedai tu pun tinggal warna merah je. Tapi bila akak kata akak tak nak warna merah, tuan kedai tu usaha cari yang lain yanh sesuai. Tulah mentaliti orang melayu kan. Sebab tu lah bangsa lagi satu boleh berjaya.

posted from Bloggeroid

WW:Pertandingan Persandingan Semula


posted from Bloggeroid

WW:Pertandingan Persandingan Semula


posted from Bloggeroid

Duit lagi...


Usai je solat subuh semalam, Firas tunjukkan cermin mata tu. Tangkainya patah sebelah. Adeh. Tu lah nyawa mama nak oii. Kelam kabut cari lens. Nasib baik ada lagi. Ingatkan dah let go. Dah lah banyak urusan nak buat. Nak pergi kuantan. Semalam memang tak sempat pergi tukar bingkai baru. Nampaknya hari ni baru boleh tukar. Tak suka pakai lens. Menyusahkan. Walaupun nampak lagi comel... Hahaha... Comel ke. Tapi tetap selesa pakai cermin mata.

posted from Bloggeroid

Ada Hati Tu...


Sekarang ni memang payah nak pakaikan baju Firas. Dia nak pakai sendiri sekarang. Adeh. Sebab tu sejak dua menjak ni Firas hanya berpampers je. Bukan main payah nak pakaikan baju dia. Kalau nak keluar berjalan, pandai pulak suruh pakaikan baju dia. Haihh Firas... firas... Kalau mama ni tak kelam kabut, bolehlah... Tapi kalau nak cepat... Hmmm... Faham-faham je lah.

posted from Bloggeroid

Mati Dah Semut Tu


Bersungguh-sungguh dua beradik ni mengerjakan semut tu. Puas semut tu cuba nak larikan diri. Tapi hayat cukup sampai disitu. Ajalnya dibawah telapak tangan Firas. Hehehe

posted from Bloggeroid

Habuan Mesyuarat Tabika Kemas


Berbaloikan. Tak sangka pulak kali ni meriah betul cenderahatinya. Ada sijil untuk ajk. Hamper besar tu sebab ada cabutan bertuah. Bertuah akak kali ni.

posted from Bloggeroid

Pendaftaran Tahun 1 Untuk Fahim


Hmmm... Cepat betul masa berlalu. Pagi ni dah daftarkan Fahim untuk Tahun 1. Tahun 2016 nanti. Tapi dah kena daftar sekarang. Untuk pengesahan pendaftaran bulan Ogos nanti.

posted from Bloggeroid

Dah dapat


Kad ahli hai o... Jadinya secara rasmi akak sebagai agen hai o. Tapi setakat ni akak guna sendiri je. Yang paling set mandian marine. Wangi sangat. Suami akak pun guna juga.



Pastu akak suka minum kopi garam mineral hai o.



Memang berbaloi lah. Kalo korang nak tau pasal produk hai o yang lain boleh ge fb akak.

posted from Bloggeroid

Assalamualaikum...


Terbatuk2 bila masuk blog ni. Banyak betul habuk. Sawang pun dah mula ada. Adeh. Berapa hari tak update blog ni. Tak tercapai azam akak nak update blog ni hari2. Huhuhu. Sibuk amat rasanya. Sibuk cari MH370. Hahaha. Tak de maknanya. Biarkan yang pakar buat kerja diorang. Kita yang tak pakar ni duduk diam2. Ayah akak ada kat hospital lagi. Minggu ni masuk minggu kedua. Haihh... Moga dipermudahkan semuanya. Kulit sijil audit pun dah dapat. Tiga bulan tunggu woo. Ni semua gara2 tukar logo baru. Hmmm....

posted from Bloggeroid

Bayar Cukai Tanah


Semalam ada surat sampai ke office. Tengahari tu pap dah letak atas meja. Hmmm nampak gaya macam surat cukai. Cukai pintu kot. Petang semalam masa nak balik baru aku buka surat tu. Ambik kau.. Sekali cukai tanah daaa. Tahun 2013 punya. Adeh. Dah kena bayar cukai dah. Rumah pun tak duduk lagi. Baru dapat kunci. Untuk tahun 2014 kena bayar sebelum 31 Mei. Lewat punya pasal dah kena denda 5 hinggit. 5 hinggit pun duit juga. Lepas beli nasi ayam penyet 1 set.

posted from Bloggeroid

Debaran Yang Hampir Sama


Dah tiga hari berlalu. Tapi masih belum ada sebarang petanda positif. Tak dapat bayangkan kalau aku sendiri berada di kalangan ahli keluarga yang sedang menanti. Hanya harapkan yang terbaik. Dan selagi tak jumpa, pelbagai spekulasi yang timbul. Teringat aku pada tragedi Nuri tahun 2007. Hilang pada 9.15 pagi 13 Julai 2007. Dan ditemui pada 1.24 petang 17 Julai 2007. Bila aku tau berita tu, aku nangis. Rasa sedih sangat. Walaupun tak kenal tapi sedih tu tetap terasa. Begitu juga dengan kisah MH370 ni. Hanya mampu doa yang terbaik. Dan dipermudahkan segala urusan.

posted from Bloggeroid

Kawan Pada Kawan Kita Kata


#doauntukMH370

posted from Bloggeroid

Tak sempat buka seal lagi


Habis mayonis sebotol. Tak sempat buka lagi. Semua ni gara2 Firas. Adeh. Pecah sudah. Haihhh.... Firas firas... Kalo dapat kerusi habis semua nak dipanjatnya... Kan dah pecah... Risau serpihan kaca tu kena kaki je...

posted from Bloggeroid

MH370 Terhempas

Sekarang ni di Astro Awani 501 masih buat liputan tentang MH370 yang dilaporkan terhempas di laut china selatan. Hanya mampu doakan yang terbaik. Sehingga kini tiada lagi sebarang berita baik atau buruk yang dilaporkan. Aduh yai.... tapi dalam pada tu macam2 khabar tak baik yang disebarkan. Ada yang cuba ambil kesempatan. Mula sebarkan berita palsu untuk kepentingan masing2. Tolonglah... Beratus nyawa dipertaruhkan... Beribu hati2 ahli keluarga yang tidak tenang... Haihhh.... Sama2lah kita berdoa agar semuanya selamat.

posted from Bloggeroid

Masalah Nak Ingat Nama Orang

Aduh yai... Lama dah akak perasan kelemahan akak yanh satu ni. Memang susah nak ingat nama orang. Kalau setakat hanya jumpa sekali dan terus putus hubungan memang tak kan ingat. Bila jumpa semula, akak ingat muka... Tapi nama... Minta maaf lah ye. Jadi akak minta maaf sangat jika ada yang menegur tapi akak nampak blurrr je... Tu maknanya akak berusaha nak ingatkan nama dan jumpa di mana...

posted from Bloggeroid

Salam Jumaat


posted from Bloggeroid

Gadis dan Lelaki Malaysia




Betul ke tak. Hahaha. Akak rasa ada yang tepat secara kebetulan dan ada yang tak betul langsung. Personalitikan berbeza2. Tapi faktor negeri bukanlah antara penentunya. Apapun ini sekadar untuk suka2 saja.

posted from Bloggeroid

Apabila Hujan Merajuk..

Copy dari whatsapp... Untuk perkongsian bersama...
Apabila Hujan Merajuk
Posted by QuranicGen
Apabila Hujan Merajuk | Akhir-akhir ini, setiap kali saya menelifon ibubapa di Malaysia, antara berita yang menjadi kerunsingan keluarga adalah musim kemarau yang melanda Malaysia baru-baru ini.
Terkejut saya. Dramatiknya Malaysia. Akhir 2013 lepas, Malaysia digemparkan dengan berita banjir yang melanda Kuantan dan beberapa kawasan lain. Banjir besar yang memusnahkan banyak harta-benda.
Kemudian Malaysia dikejutkan pula dengan perubahan cuaca yang sungguh sejuk dan ramalan salji, terutamanya di kawasan Timur Tengah dan Utara.
Kemudian, Allah masih terus menguji Malaysia dengan kemarau panjang. Khabarnya, hujan tidak turun semenjak Januari. Apabila difikirkan semula, apakah sebenarnya hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap perancangan Allah ini?
Jalan penyelesaian
Semenjak hujan tidak turun, banyak pihak mula tidak senang duduk. Terutamanya para petani. Air di sawah semakin surut saban hari. Malah ada sahaja pokok-pokok yang mati kekeringan dan hutan-hutan kecil yang terbakar akibat kekeringan yang melampau.
Beberapa inisiatif cuba dilaksanakan seperti berkumpul untuk Solat Istisqa’ (Solat Meminta Hujan) dan catuan air mula dilaksanakan.
Saya tidak mengatakan bahawa inisiatif tersebut tidak bagus, tetapi saya ingin mengajak semua pembaca merujuk kembali kalam Allah yang Maha Agung. Dimana sebenarnya Allah telah memberikan jawapan di atas situasi ini jika ia terjadi,
إِﻧﱠﻪُ ْ رَﺑﱠﻜُﻢ اﺳْﺘَﻐْﻔِﺮُوا ُ ﻓَﻘُﻠْﺖ ﻏَﻔﱠﺎرً َ ﻛَﺎن
“Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah keampunan kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun.
ﻣِﺪْرَارًا ْ ﻋَﻠَﻴْﻜُﻢ َ اﻟﺴﱠﻤَﺎء ِ ﻳُﺮْﺳِﻞ
“(Sekiranya kamu berbuat demikian), Nescaya Dia akan menurunkan hujan lebat mencurah-curah,dari langit kepada kamu;
وَﻳَﺠْﻌَﻞْ َ وَﺑَﻨِﻴﻦ ٍ ﺑِﺄَﻣْﻮَال ْ وَﻳُﻤْﺪِدْﻛُﻢ أَﻧْﻬَﺎرًا ْ ﻟَﻜُﻢ ْ وَﻳَﺠْﻌَﻞ ٍ ﺟَﻨﱠﺎت ْ ﻟَﻜُﻢ
“Dan Ia akan memperbanyak harta kekayaan serta anak-anakmu; serta mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya). (Surah Nuh: 10-12)
Lihatlah, bagaimana Allah telah menunjukkan jalan penyelesaian kepada situasi yang sedang melanda Malaysia ketika ini. Allah meminta kita, manusia yang lemah ini untuk kembali kepadaNya. Mohonlah keampunan kepadaNya, sesungguhnya Allah Maha Pengampun. Maka nescaya dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit untuk kebaikan manusia.
Oleh itu, mari kita muhasabah semula. Setiap yang Allah telah susun kepada kita, pasti ada hikmahnya yang tersembunyi.
Rupa-rupanya dengan beristighfar dan memohon keampunan, ia menjadi penyebab kepada turunnya rahmat Allah berupa air, anak-anak, kebun-kebun dan sungai-sungai.
Dan janji Allah itu tidak pernah salah. Apabila kita mengingati Allah, akan dilimpahkan nikmat kepada kita. Dan apabila kita melupakannya, maka nikmat-nikmat akan ditarik daripada kita.
Sering kali, kita selalu mengeluh apabila hujan kerap turun setiap hari,
“ Lecehnya asyik hujan, baju pun tak sempat kering. Lembap sahaja”
“ Hujan lagi? Bagaimana nak pulang ke rumah ni. Kalau menunggang motorsikal ni, mesti basah lenjun”
Tetapi sebenarnya, banyak kepentingan hujan yang dipandang enteng selama ini. Dengan hujan, maka sejuklah muka bumi. Dengan adanya hujan, maka suburlah tanam-tanaman. Dengan turunnya hujan, maka dapat mengurangkan pencemaran udara di negara kita.
Dan apabila nikmat ini ditarik sedikit, manusia masih tetap manusia. Akan terdengar juga keluhan di mulut-mulut mereka.
“ Tak hujan lagi hari ini? Hai. Kering la pokok mawar kesayangan saya”
“ Macam mana ni bapak? Air di sawah sudah surut “
Rasulullah contoh tauladan
Rasulullah mengajar umatnya memperbanyakkan istighfar dalam usaha untuk mengejar keampunan Allah. Rasulullah sendiri beristighfar tidak kurang daripada 70 hingga 100 kali setiap hari semalam.
Rasulullah SAW bersabda : Tidakkah engkau beristighfar? Sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dalam sehari semalam seratus kali ( Riwayat Ahmad)
Begitu juga para sahabat yang banyak beristighfar kepada Allah diwaktu malam di kala orang lain sedang nyenyak tidur lena dibuai mimpi indah seperti yang dirakankan Allah didalam firmanNya yang bermaksud: “ Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam untuk mereka tidur. Dan di akhir malam mereka beristighfar kepada Allah (Surah Az-Zariyat: 17-18)
Di dalam sebuah hadis sahih yang lain, Rasulullah SAW bersabda : “ Wahai manusia, taubatlah kalian kepada Allah kerana aku bertaubat setiap hari seratus kali” (Riwayat Muslim, Ahmad)
Namun begitu, amalan berzikir dengan Astaghfirullah ini, kebanyakannya ditemui selepas solat sahaja. Wirid selepas solat dimulai dengan Astaghfirullah sehingga wa-atubu-ilaih sebanyak 3-10 kali.
Jadi, bilakah pula ingin menghabiskan 70-100 kali istighfar?
Rasulullah SAW sendiri melakukan yang bakinya di luar waktu solat. Mungkin ketika baginda sedang memetik tamar, ketika sedang berjalan ke pasar, ke masjid, dan waktu-waktu lain juga.
Para sahabat meriwayatkan bahawa, sedang Rasulullah SAW duduk-duduk bersama kami, Rasulullah SAW akan berhenti selang beberapa percakapannya. Dan apabila sahabat bertanyakan, mengapa Rasulullah berhenti daripada perkataannya, Rasulullah menjawab bahawa sesungguhnya baginda sedang beristighfar ketika itu. Subhanallah!
Oleh yang demikian, sewajarnya kita beristighfar dalam setiap saat kita melaksanakan aktiviti harian kita. Contohnya sewaktu kita sedang memasak, memandu, melakukan kerja-kerja rumah, sedang menunggu lampu isyarat, sedang menunggu kertas di fotostat dan sebagainya.
Sedangkan Rasulullah yang maksum (tidak berdosa) dan dijamin syurga itu meminta ampunan Allah 70-100 kali sehari, apatah lagi kita yang marhaen ini. Siapalah kita yang hendak dibandingkan dengan Baginda Ar-Rasul SAW. Untuk dibangdingkan dengan sahabat-sahabat baginda juga ibarat bumi dan langit. Kita sekadar hamba Allah yang sering melaksanakan kesilapan dan kesalahan, hampir setiap waktu sama ada kita sedari atau tidak.
Tetapi, jangan berputus asa dengan rahmat Allah
Walau banyaknya dosa dan maksiat yang kita lakukan seharian hidup kita, tetapi Allah tetap melarang kita daripada berputus asa dari rahmatnya.
أَﺳْﺮَﻓُﻮا َ اﻟﱠﺬِﻳﻦ َ ﻋِﺒَﺎدِي ﻳَﺎ ْ ﻗُﻞ رَﺣْﻤَﺔِ ْ ﻣِﻦ ﺗَﻘْﻨَﻄُﻮا ﻻَ ْ أَﻧْﻔُﺴِﻬِﻢ ٰ ﻋَﻠَﻰ ۚ ﺟَﻤِﻴﻌًﺎ َ اﻟﺬﱡﻧُﻮب ُ ﻳَﻐْﻔِﺮ َ اﻟﻠﱠﻪ َّ إِن ۚ ِ اﻟﻠﱠﻪ اﻟﺮﱠﺣِﻴﻢُ ُ اﻟْﻐَﻔُﻮر َ ﻫُﻮ ُ إِﻧﱠﻪ
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar 39:53)
Siapa yang tidak mahu keampunan Allah? Siapa yang tidak mahukan syurga Allah? Tentu kita mahukannya. Oleh itu, tetaplah bersangka baik dengan Allah. Kembalilah kepadaNya, kerana rahmat Allah itu sangat luas dan disediakan untuk hamba-hambanya yang datang berlari kepadaNya.
Mari kita berdoa supaya Allah menghentikan rajuk hujan, dan mengizinkannya menurunkan hujan yang lebat untuk kebaikan sejagat.
Wahai hujan, turunlah!
Penulis : Musyirah Hanan Zulkarnain

posted from Bloggeroid

WW: Taman Seri Empangan Putrajaya














posted from Bloggeroid

Gara2 Be Careful With My Heart



Hahaha... kuat betul virus Maya dengan Sir Chief ni. Sekarang ni tengah demam BCWMH. Demam kuat. Hehehe. Tengah dok ulang tengok dari episod awal. Kalau kat tv sekarang dah episod 82. Yang ulangannya akak baru tengok sampai episod 35. Satu hari akak tengok sekali 3 episod. Gile kan... Hmm... lebih baik tengok drama ni yang langsung tak ada watak antogonis. Happy je.. Positif je... Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta akak tinggal kan dulu. Sebab sekarang ni episod negatif. Akak tak nak tengok.

posted from Bloggeroid

Kisah Ibu Tunggal Muda

Pagi tadi dengar Sinar Pagi. Topik pagi ni tentang semangat Ibu Tunggal. Tetamu jemputannya seorang ibu tunggal muda. (Macam tak sesuai je... Lebih baik jemput Kak Abby Fana tu sendiri). IT (singkatan Ibu Tunggal) tu baru 32 tahun dan baru 3 tahun bergelar IT. Akak sempat dengar kenapa dia bercerai. Puncanya orang ketiga. Adeh... Memang menyakitkan. Tapi yang buat akak rasa tak puas hati sebab dia bercerai selepas sebulan dia tau ttg skandal suaminya tu. Sebulan bagi akak terlampau singkat. Dan akak rasa dia tak berusaha untuk pertahankannya. Bila tau suami ada skandal lain terus nak cerai. Hmmm... Entahlah ye. Masing2 punya pendirian.


Sumber dari fb sinar.fm
Bila tengok penampilan IT tu lebih banyak yang mengutuk dari kasihan... Huhuhu

posted from Bloggeroid

Nak Pergi Zoo Tapi





Plan hari nak ke Mahkota Cheras. Tapi tuan punya rumah tak ada. Malam baru ada. Oklah. Boleh bawak anak2 pergi jalan2. Haluan utama nak ke zoo negara. Kami sampai ke zoo jam 4.45 ptg. Rupanya zoo dah nak tutup. Waktu lawatan 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Ooo... Baru tau. Ingatkan ada night safari ke. Tapi harapan anak2 tak habis disitu. Berhampiran dengan Zoo ada Cheah Aquarium. Sesuai lah dengan minat suami dan anak2. Hmmm... Memang puas hati tengok ikan kat situ... Ada macam2 jenis. Besok on the way nak balik Temerloh, akan singgah lagi mana2 kedai ikan yang berhampiran. Hmmm tadi dah dapat ikan laga sepasang. Esok ikan apa pulak ye.

posted from Bloggeroid

Bob Kent Car Saloon

Tempat cuci kereta yang mendapat tempat dihati suami akak. Hasil cuciannya memang tip top. Macam kereta baru. Bukan tu aje, tempat menunggu yang selesa. Ada free wifi lagi. Kalau korang ke Temerloh, lokasi car wash ni bersebelahan dengan Tunas Manja. Korang nak tau, car wash ni siap ada qc. Check kereta yang telah dicuci benar2 bersih. Memang terbaik dari Bob Kent Car Saloon.
Pssstt... Car wash ni sebelah tunas manja.. So bagi korang yang tak suka tunggu kereta siap cuci, korang boleh cuci mata kat Tunas Manja tu.





posted from Bloggeroid

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff