my nuff

Pemilik Kaid Johar Pengikut Syiah



Akak dapat gambar tu melalui whatsapp pagi. Pada mulanya akak tak percaya. Almaklumlah sekarang ni banyak sangat viral. Tak tau berita betul atau palsu. Tapi bila dengar berita kat radio pagi tadi, baru akak percaya. Tambahan pulak ada keluar dalam Sinar Harian edisi timur hari ni. Akak biasa juga masuk kedai kain Kaid Johar ni. Di Temerloh ni ada dua cawangan Kaid Johar. Pemiliknya tu keturunan India Muslim. Akak memang tak berapa berkenan dengan layanan tauke kaid johar. Kalau rasa2 anak tu jenis tak boleh duduk diam jangan lah bawa masuk kedai dia. Memang kena marah punya. Ada sekali akak pergi situ dengan Firas. Faham je lah karenah anak umur 2 tahun setengah. Semua benda mainan bagi diorang. Tu pun kena marah juga. Sejak tu kalau akak nak pergi kedai tu, tengok sapa jaga kaunter, kalau tauke lelaki tu memang akak keluar balik. Huhuhu.

Antara Gaza dan MH17

Dapat mesej ni dari aplikasi whatsaps.
Pls understand issue MH370, MH17, issue Palestine, kita rakyat M'sia & Islam... : Hari kita kehilangan MH370, adalah hari Obama menghadiri Persidangan Negara2 Teluk. Satu resolusi telah di keluarkan utk mengistiharkan Ikhwanul Muslimin sebagai terrorist. Semua arab jahil bersetuju kecuali Qatar & Tunisia (klu tak silap). MH370 di gunakan utk mengalih perhatian dunia. Hari ini MH17 di gunakan utk mengalih perhatian dunia dari isu Palestine. Kemunculan dajjal makin dekat. Komplot yahudi utk mengalih perhatian dunia dr isu gaza yg mana malaysia memberi sokongan dan bantuan kpd palestin. Malaysia menjadi perhatian yahudi utk 'masuk' dan menumbangkan negara islam spt yg berlaku di timur tgh. Akhir zaman adalah ujian yg hebat kpd umat islam. Justeru rakyat akan salahkan pemimpin. Ini yg yahudi mau. Hanya kuasa rakyat boleh mggulingkan pemimpin. Taktik ini diguna oleh yahudi dgn menghasut rakyat supaya menukar pemerintah kononnya gagal menangani sesuatu kes. Hati2 ngn fitnah dajjal laknatullah. Pemimpin yg menyatakan sokongan kpd umat islam dan menentang kezaliman israel akan diserang habis habisan. Propaganda yahudi sgt bahaya. Sanggup buat ape saje demi mengkucar kacirkan negara islam agar pro yahudi. Israel plans to hit hard in next 24 hrs. Plz dnt stop reciting Ayat e Karimah for Palestine: La illaha illa Anta subhanaka inni kuntu minazzaalimin. Frwd to all Pls even if U'll not read, jst FORWARD Astaghfirullah! Astaghfirullah! Astaghfirullah! 3x *Hasbunallahu wa ni'imal wakeel. *Hasbunallahu wa ni'imal wakeel. *Hasbunallahu wa ni'imal wakeel. *Hasbunallahu wa ni'imal wakeel. *Hasbunallahu wa ni'imal wakeel. *Hasbunallahu wa ni'imal wakeel. *Hasbunallahu wa ni'imal wakeel. 7x After reciting ur's, now forward it. In few minutes, millions will have said it and it may calm Allah's anger... You've got nothing to lose so pass on.. No need to believe everything, just sharing ..

Tragedi MH17

Terkejut dengar berita nahas MH17. Tragedi MAS kedua dalam tahun 2014. Sedih, sayu, pilu. Yang pasti orang yang tak berdosa menjadi mangsa kerakusan peperangan manusia berhati binatang.




Merah Belacan Pilihan Tahun Ni...

Salam Ramadhan semua. Hari ni dah 19 Ramadhan. Halooo.... Misi raya dah mula ke belum. Ke ada yang dah selesai. Misi raya akak tahun mula dengan tempahan kuih raya. Ok kira settle lah tu. Minggu ni dah boleh ambil.
Misi baju raya? Baru mula semalam. Lari dari perancangan. Mulanya nak kaler Biru. Tapi rupanya ramai sangat yang nak kebiruan raya ni. Belah akak pun ada, belah somi akak pun ada. Jadi tukar kaler lain. Sebelum masuk kedai semalam, dah plan nak kale coklat. Tapi lain plak jadi. Hasilnya...



Merah Belacan. Ok juga. Tiga pasang baju melayu untuk Faiz, Fahim ngan Firas. Nasib baik Fahim ok semalam. Bawa dia sorang je untuk jadi ukuran abang dan adik dia. Yang tinggal sekarang baju melayu ayah diorang, baju kurung akak ngan baju kasual diorang.

Salam Jumaat:Kita Diuji Setiap Masa

Perasan tak setiap apa yabg berlaku pada kita adalah ujian untuk kita. Terutama sekali bila kita berhadapan dengan pilihan. Pun begitu pilihan yang telah kita buat juga ujian seterusnya untuk kita. Bila pilihan kita salah kita diuji sejauh mana kita bersabar dengan dugaan akibat pilihan yang salah. Pilihan yang tepat yang membawa kebahgiaan juga ujian untuk kita. Sejauh mana kita mensyukuri nikmatnya atau kita alpa melupakan pemberi nikmat. Sifu akak di STG Pn. Hajah Siti Atkah selalu bagi tau, hidup kita ini telah ditetapkan skripnya. Dan kita ada pelakonnya. Tak perlu gusar dengan ujian dari Allah swt dan sentiasa baik dengannya.
Kenapa akak celoteh tentang ujian hari ni. Semalam akak didatangi oleh seseorang yang minta derma untuk membina madrasah katanya. Pada mulanya akak tak layan. Tapi lepas beberapa langkah akak keluarkan duit dan minta Faiz bagi pada orang tu. Pada dua tiga langkah tu, akak sedar mungkin Tuhan nak uji akak sama ada akak derma atau tidak. Dan tadi masa tazkirah ramadhan ustaz tu minta kita semua berhati2 sebab bulan ramadhan ni ramai yang ambil kesempatan untuk minta derma. Teringat akak pada kata2 DMFK, kalau kita derma pada orang menipu dan kita tak tau, kita dapat 2 pahala. Pertama pahala derma dan kedua pahala kita ditipu. Itu pun ujian utk kita.

Janji Allah Adalah Pasti


#PrayForGaza

Fobia Dengan Baby Car Seat

Habit akak sekarang, bila melintasi mana-mana kereta yang ada baby car seat memang akak akan perhati betul. Takut2 ada anak kecil yang dibiarkan sendirian dalam kereta. Kalau itu dinamakan fobia, ya akak mengaku dan terima. Semuanya bermula setahun yang lepas. Julai tahun lepas. Siapa masih ingat kisah anak malang yang ditinggalkan ibunya dalam kereta sewaktu ibu mengajar sesi petang. Azabnya anak malang tu masih lagi terbayang walaupun akak tak tengok dengan mata kepala akak sendiri. Setiap kali mengenangkannya hati akak jadi kecut dan menggigil. Sentiasa berdoa agar akak tak diujikan sebegitu. Hati dan diri akak ni tak sekental ibu anak malang tu. Dan sekarang heboh tentang kes culik. Buat hati ibu ini bertambah gentar.


Saja tepek gambar Firas...

Cerita Subuh Semalam 09.07.2014

Dua peristiwa besar terjadi pada Subuh semalam. Brazil kalah bola dan Gaza dibedil peluru Israel jahanam. Tapi berita kekalahan Brazil lebih hebat diperkatakan. Sampai pak menteri kita pun bagi komen. Cerita Gaza diserang Israel? Hanya golongan picisan yang memperkatakannya. Adakah kerana Brazil kalah bola tu lagi dasyat dari Gaza yang berperang. Mungkin ada mulut2 lancang yang membidas. "Ala... Gaza tu memang tiap2 kali puasa kena serang. Bukan selalu dapat tengok Brazil kalah teruk macam tu. Dan subuh semalam pastinya orang Islam kat Malaysia ni lebih ramai yang bersedih dek kekalahan Brazil berbanding mereka yang sedih mengenangkan nasib penduduk Gaza di Palestin.

Dan jika ada yang terlintas terfikir kenapa rakyat Gaza tu tak keluar je dan tinggal di tempat yang lebih selamat? Ini jawapan saudara kita di sana.


Terima Kasih saudara ku...

Dirogol Dirumah Sendiri

Tragiskan tajuk entry akak pagi ni. Mana taknya. Dirogol di rumah sendiri oleh 11 orang. Tu lah yang jadi pada pasukan Brazil. Menangis wei penyokong Brazil kat Malaysia ni. Silap2 ada yang mc tak pergi keje. Kalah 1-7 dengan Jerman. Memang kekalahan paling teruk dalam sejarah piala dunia. Lalalalalala (nyanyi ikut lagu tema Fifa 2014). Satu gol minit 90. Tu pun gol saguhati dari Jerman. Hmmm.... Agak2 penyokong Jerman kat Brazil tu boleh balik dengan selamat tak. Ye lahkan kalau kat Malaysia ni kan, kalau kalah macam tu kan ada yang kena baling batu lah. Tingkap bas kena pecahlah. Ooopppssss.....

Hanya Sekadar Lelaki Melayu Biasa



Bila tengok komik di atas ni, memang tak dapat dinafikan. Begitulah banyak pengorbanan isteri, penuh dengan lelah. Tetapi tetap tidak dihargai hanya kerana isteri tu duduk dirumah.
Zaman sekarang ni, kebanyakan isteri keluar bekerja. Tetapi bila pulang ke rumah tetap buat kerja rumah macam biasa. Jarang suami membantu. Alasannya mereka penat bekerja. Sedangkan isteri pun bekerja juga. Ketahuilah wahai suami semua. Janganlah terus berpegang teguh dengan amalan seorang lelaki melayu biasa. Yang melepaskan segala tanggungjawab rumah dan anak pada bahu isteri. Kerana sedetik hati isteri mengeluh kerana 'dianiaya' selangkah kaki suami menuju ke neraka. Sebab isteri hanya insan biasa yang lemah. Yang kekadang tewas dengan emosi dek kerana terlalu letih.

Bila Allah Swt masih memandang kita...

Dapat kisah ni dari group wassap...
Bersyukurlah jika diri sentiasa diuji. Tanda Allah swt masih menyayangi kita.
==================================
"Ouch!"

Kakiku terpijak kaca.

Perlahan-lahan cuba buang serpihan kaca di tapak kaki.
Kecil saja. Tapi berdarah juga.

Aku terhincut-hincut ke ruang tamu.

"Kau okay ke?" Kawan tanya. Ambil berat betul.

"Entah. Kaca tu tak belajar sekolah agama kot. Duk tengah-tengah jalan sampai dipijak aku yang sangat hensem ini."

Aku menjawab malas sambil mengambil tempat duduk di sebelahnya.

"Aku teringat satu kisah benar yang diceritakan padaku oleh pelajar USIM. Dia ceritakan mengenai kawannya yang satu universiti dengannya.

Kau nak dengar?"

Aku mengangguk sambil membulatkan mata macam Heliza Helmi.

"Suatu hari, pelajar perempuan ni memandu keretanya merentasi lebuhraya. Siang hari.

Entah macam mana, tengah-tengah drive tu tiba-tiba berlaku sesuatu. Hilang kawalan.

Kemalangan. Keretanya terpusing terbalik atas jalan. Remuk hancur keretanya.

Kenderaan-kenderaan lain memberhentikan kereta. Dari luaran, memang dah tak ada harapan dengan keadaan kereta yang sebegitu dahsyat. Sangka orang ramai yang lalu-lalang di situ, pemandu pasti dah meninggal dunia tersepit.

Tiba-tiba, kelihatan seorang gadis keluar dari kereta. Terhuyung-hayang. Masya-Allah, tiada sebarang kecederaan langsung!

Kereta barai, tuan tidak apa-apa. Lantas kawannya yang lalu di tempat kejadian memberhentikan kereta dan menolong beliau."

Kawanku mengusap-usap janggut helai jagungnya berkali-kali sambil menyambung,

"Dalam perjalanan, kawannya bertanya si gadis sebenarnya apa yang terjadi. Si gadis tu pun blur. Ingat-ingat lupa. Semua berlaku sekelip mata. Si gadis adalah seorang hafizah yang hafal 30 juz al-Quran.

Pada pagi kejadian, dia kata dia terlewat bangun untuk solat Subuh. Tapi, dia qadha (ganti) solat tu walaupun terbangun agak lewat.

Mungkin kerana terlewat itulah, Allah uji dengan kejadian sebegini. Menurutnya, ini bukan kali pertama berlaku kejadian-kejadian sedemikian. Bila dia buat sedikit kesilapan, Allah terus berikan musibah dan ujian sebagai kaffarah dosa.

Bila Allah sayang seseorang hamba-Nya, Dia akan jaga orang itu, Dia akan duga, Dia akan cuba sisihkan dosa-dosa hamba-Nya itu sehinggalah hamba itu bersih dari dosa. Sebab apa?

Sebab Allah nak masukkan dia dalam Syurga juga macam mana pun."

Aku bersila berlaga lutut dengan lutut kawanku. Tatap muka kawanku penuh perhatian dengar cerita.

"Pengajaran dari cerita ini. Kau terpijak kaca, pasti sebab Allah suruh kau ingat kembali pada Dia.

Pasti ada saat kau terlupakan Dia.

Sekarang, setelah dengar cerita aku, kau mulai ingat tak pada-Nya?"

Aku tunduk tengok kain pelekat kawanku.

"Aku solat Asar pukul 6.59 petang tadi. Aku sengaja lewatkan sebab aku nak tengok facebook aku. Aku suka tengok orang likes."

Kawanku menepuk-nepuk bahuku.

"Jangan ulang lagi. Jangan sampai Allah enggan beri hidayah lagi. Bila Allah tak nak peduli kau lagi, hati yang gelap tu takkan mampu bercahaya lagi. Itulah ibu segala bala. Bila di dunia Allah tak simpati, di akhirat Allah pandang muka kau pun tak sudi. Apatah lagi Syurga nak Dia beri."

Aku tunduk mengalah.

Malu semalu. Malu nya.

(cerita benar perihal hafizah tu ) [moga dapat forward & peroleh manfaat yg berterusan] -c/p-

Datuk Syarifah Aini Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah meninggal dunia awal pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara.

Allahyarham yang berusia 61 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1.26 akibat jangkitan pada paru-paru.

Allahyarham telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada Selasa.

Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu.

Kak Pah dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin.

Sharifah Aini anak pasangan Syed Jaafar Syed Sahil dan Sharifah Noor Syed Ahmad Al-Attas yang dilahirkan di Nee Soon, Singapura pada 2 Julai 1953.

Namun sejak usia lapan bulan lagi, Kak Pah mula dijaga serta dibesarkan oleh neneknya, Tengku Wan Mariam Tengku Wan Tahir serta datuknya, Syed Sahil Syed Ali Al-Jufry, di Majidee, Johor Bahru.

Datuknya seorang pemandu teksi dan kehidupan mereka keluarga bukanlah senang. Kak Pah sewaktu kecil pernah mengambil upah menggiling cili dan menjual buah nangka serta kuih.

Titik tolak Kak Pah menjadi artis adalah selepas menjuarai pertandingan Bintang RTS 1968 di Singapura dengan lagu Tiga Malam. Beliau kemudian disunting menjadi artis rakaman EMI dan terus bertahan dengan label itu selama 38 tahun.

Hasilnya, nama Kak Pah terukir dalam The Malaysia Book of Records sebagai penyanyi paling lama dengan sesebuah syarikat rakaman dan memiliki 135 album.

Kak Pah menerima gelaran Biduanita Negara pada tahun 2006
salam takziah

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
َ


Salam Jumaat


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani
Banyak Sunnah Rasulullah yang tiada cacat celanya, beribu pesanan dan suruhannya yang membawa kebaikan. Tapi kita sebagai umatnya sering menidakkannya. Apakah kerana desakan hidup atau bisikan syaitan dan pujukan nafsu tak mampu kita tepis. Ramadhan yang datang saban tahun tidak mampu mendidik hati. Walaupun syaitan dan iblis telah terikat tapi pesanan mereka pada nafsu terus menjerat kita.
Wallahu a'lam..

Bersyukur Yang Teramat Sangat



Masa memandu banyak bagi peluang untuk akak tengok pelbagai karenah manusia yang ada kat muka bumi ni. Berbagai2. Ada yang menggelikan hati, ada yang menjelikkan, ada juga yang buat kita naik angin. Tapi kali ni memang berbeza. Satu hari akak potong sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang wanita. Masa melepasi wanita tu, akak terpandang satu tangan kecil sedang berpaut pada lengan wanita tu. Ada anak seusia Firas duduk dalam raga motor tu. Buat akak tersentap dan menitiskan air mata. Rasa syukur yang teramat sangat sebab anak2 akak tak perlu merasa pengalaman yang sebegitu. Dalam masa kita selalu mengeluh akan kesukaran kita, realitinya ada yang lebih susah dari kita. Syukur Ya Allah...

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff