my nuff

Fobia Dengan Baby Car Seat

Habit akak sekarang, bila melintasi mana-mana kereta yang ada baby car seat memang akak akan perhati betul. Takut2 ada anak kecil yang dibiarkan sendirian dalam kereta. Kalau itu dinamakan fobia, ya akak mengaku dan terima. Semuanya bermula setahun yang lepas. Julai tahun lepas. Siapa masih ingat kisah anak malang yang ditinggalkan ibunya dalam kereta sewaktu ibu mengajar sesi petang. Azabnya anak malang tu masih lagi terbayang walaupun akak tak tengok dengan mata kepala akak sendiri. Setiap kali mengenangkannya hati akak jadi kecut dan menggigil. Sentiasa berdoa agar akak tak diujikan sebegitu. Hati dan diri akak ni tak sekental ibu anak malang tu. Dan sekarang heboh tentang kes culik. Buat hati ibu ini bertambah gentar.


Saja tepek gambar Firas...

No comments:

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff