my nuff

Hanya Sekadar Lelaki Melayu Biasa



Bila tengok komik di atas ni, memang tak dapat dinafikan. Begitulah banyak pengorbanan isteri, penuh dengan lelah. Tetapi tetap tidak dihargai hanya kerana isteri tu duduk dirumah.
Zaman sekarang ni, kebanyakan isteri keluar bekerja. Tetapi bila pulang ke rumah tetap buat kerja rumah macam biasa. Jarang suami membantu. Alasannya mereka penat bekerja. Sedangkan isteri pun bekerja juga. Ketahuilah wahai suami semua. Janganlah terus berpegang teguh dengan amalan seorang lelaki melayu biasa. Yang melepaskan segala tanggungjawab rumah dan anak pada bahu isteri. Kerana sedetik hati isteri mengeluh kerana 'dianiaya' selangkah kaki suami menuju ke neraka. Sebab isteri hanya insan biasa yang lemah. Yang kekadang tewas dengan emosi dek kerana terlalu letih.

No comments:

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff