my nuff

Salam Jumaat:Kita Diuji Setiap Masa

Perasan tak setiap apa yabg berlaku pada kita adalah ujian untuk kita. Terutama sekali bila kita berhadapan dengan pilihan. Pun begitu pilihan yang telah kita buat juga ujian seterusnya untuk kita. Bila pilihan kita salah kita diuji sejauh mana kita bersabar dengan dugaan akibat pilihan yang salah. Pilihan yang tepat yang membawa kebahgiaan juga ujian untuk kita. Sejauh mana kita mensyukuri nikmatnya atau kita alpa melupakan pemberi nikmat. Sifu akak di STG Pn. Hajah Siti Atkah selalu bagi tau, hidup kita ini telah ditetapkan skripnya. Dan kita ada pelakonnya. Tak perlu gusar dengan ujian dari Allah swt dan sentiasa baik dengannya.
Kenapa akak celoteh tentang ujian hari ni. Semalam akak didatangi oleh seseorang yang minta derma untuk membina madrasah katanya. Pada mulanya akak tak layan. Tapi lepas beberapa langkah akak keluarkan duit dan minta Faiz bagi pada orang tu. Pada dua tiga langkah tu, akak sedar mungkin Tuhan nak uji akak sama ada akak derma atau tidak. Dan tadi masa tazkirah ramadhan ustaz tu minta kita semua berhati2 sebab bulan ramadhan ni ramai yang ambil kesempatan untuk minta derma. Teringat akak pada kata2 DMFK, kalau kita derma pada orang menipu dan kita tak tau, kita dapat 2 pahala. Pertama pahala derma dan kedua pahala kita ditipu. Itu pun ujian utk kita.

No comments:

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff