my nuff

Tak Nak Tanggalkan Lagi



Tu gambar bahu Fahim. Yang bertampal tu kesan kena cucuk kancing gigi semalam. Sepatutnya boleh tanggal dah. Tapi biasalah Fahim, terlalu sayangkan nyawanya. Takut sakit katanya kalau tanggal pelekat tu.
Kenapa Fahim kena ambil injection tu?


Semuanya gara kesan luka kat kaki dia tu. Masa duduk rumah atuk, tak tau apa yang dia main sampai cederakan kakinya. Bila atuk tanya, dia diam je. Tapi dengan papa dia memang tak boleh elaklah. Bila papa dah pegang kaki, diteleknya betul2. Berdasarkan pengalaman nakal papanya dulu, dia jangkakan itu kesan kena paku. Tu yang semalam bawa ke klinik dan dapat injection untuk cegah kancing gigi. Hmmm... Fahim... Fahim... Yang sadisnya itu kaki yang sama kena hempap dengan tv bulan lepas. Adeh....

1 comment:

Maria Firdz said...

Moga cptsmbuh amirul..

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff